Teka – teki pasukan yang akan menggunakan khidmat penyerang kebangsaan yang juga penyerang Selangor iaitu Safee Sali akhir terjawab apabila sebentar tadi diumumkan bahawa kelab Indonesia, Pelita Jaya telah membeli pemain tersebut. Sebelum ini, dilaporkan beberapa kelab dari Indonesia berminat untuk mendapatkan khidmat Safee Sali selepas menunjukan aksi memberangsangkan semasa kejohanan piala AFF yang lalu. laporan penghijrahan Safee Sali ke kelab barunya boleh ditonton pada hari ini jam 07.30pm & 11.30pm di saluran 501 Astro Awani. Kontrak Safee Sali akan bermula 14 Februari ini dan berakhir setahun kemudian. Buat Safee Sali, tahniah diucapkan dan semoga beraksi cemerlang di Liga Indonesia dan seterusnya mengharumkan nama negara di sana.

PETALING JAYA, 7 Feb. – Penyerang kebangsaan, Safee Sali hari ini mengesahkan dia akan berhijrah ke kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya dengan kontrak selama setahun.

Safee secara rasmi akan menandatangani kontrak bersama kelab yang berpengkalan di Jawa Barat itu mulai 14 Februari depan dan akan menggunakan jersi bernombor 10.

Perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu ini dan berdepan Kuala Lumpur, pada Sabtu dalam aksi Liga Super akan menjadi perlawanan terakhir buat Safee. – Utusan

Popularity: 4% [?]