Archive for March, 2011
Politik + Seks = Politisek?
6
Baru – baru neh Ketua Menteri Sarawak mengumumkan pembubaran dewan Dun Sarawak, dan pada hari tue jugalah “dan2″ Perdana Menteri mengumumkan berjuta – juta “uang” kepada rakyat Sarawak untuk tujuan peruntukan pembangunan atau lebih tepat lagi “gula – gula” politik. Pekara biasalah tue bila musim undi – mengundi neh. Dan semasa musim kempen berkempen neh, macam – macam cerita yang best – best, tak best – tak best dan juga kelakar – kelakar yang dibawa oleh ahlil – ahlil politik baik pembangkang mahupun pro-kerajaan semata – mata mahu meraih undi. Tetapi korang perasan tak sejak akhir – akhir ini ada satu isu politik ini boleh mengalahkan isu – isu lain semasa berkempen?
Isu yang aku maksudkan liwat, skandal dan zina. Haha! lawak betul, seriously Politik Malaysia neh dah macam cerita Porno! Ada je isu – isu 18SX yang keluar setiap kali berkempen sampai menengelamkan isu – isu rakyat. Kalau takde PRK or PRU pun isu – isu 18SX yang mengaitkan dengan pemimpin parti politik pasti timbul kat blog – blog dan juga akhbar – akhbar. Semasa PRK tenang, calon PAS dituduh berzina, lepas tue kantoi plak gambar pemimpin UMNO ngan kekasih gelapnya, then penasihat PM dikatakan seorang GAY?, Video pakcik mana tah dalam youtube yang kantoi dengan aweknya dalam wad dikatakan ADUN PAS, DNA sana DNA sinilah dan yang paling latest video Anwar pulak dengan pelacur?
Popularity: 8% [?]
Pandai juga si First Lady buat lawak
5Haha.. kecoh betul rakyat jelata dan rakyat dunia tentang lawak yang dibuat oleh isteri PM kita atau First Lady Malaysia tentang bencana alam yang berlaku di Jepun. Boleh pula dia kaitkan kejadian Gempa dan Tsunami yang berlaku disebabkan pembangunan tak terancang dan tidak peka dengan alam sekitar. Haha! tolonglah wahai si First Lady, janganlah buat pandai tentang geologi dan alam sekitar. Tak de kena mengena kejadian tsunami dan gempa dengan pembangunan. Kalau tak tahu kejadian tsunami dan gempa bumi, better cakap je simpati dengan apa yang terjadi kat Jepun, jangan lebih – lebih. Tengok apa dah jadi? 1Malaysia malu dengan 1Dunia.
Hadoilarr First Lady kita neh.
p/s: Kalau gempa dan tsunami jadi disebabka pembangunan, rasanya hari – hari Penang kena Tsunami dan Gempa, sebab pembangunan kat sini tak terkawal. Haha!.
Popularity: 5% [?]
Berita Minggu kena Tsunami
1
Akai letak kat lutut. Tu yang aku boleh bagi dekat pelukis dan penerbit Akhbar Berita Minggu yang mengeluarkan kartun kontroversi yang menghina negara Jepun. Kartun yang dilukis oleh pelukis Zoy benar – benar menghina negara Jepun yang baru sahaja dilanda musibah Tsunami. Bagi dia dan geng – geng akhbar Berita Minggu memanglah lawak, tapi apabila perasaan orang – orang Jepun yang sedang berkabung sekarang? lebih – lebih lagi yang baru sahaja kehilangan orang tersayang. Tak ke menimbulkan kemarahan rakyat Jepun nanti?
Memang pelukis dan penerbit tak ubah seperti pelukis karikatur Denmark yang melukis dan menghina Nabi Muhammad S.A.W. Mereka boleh mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain untuk membuat lawak. Memang sungguh hina.
Walaupun Akhbar Berita Minggu dan pelukis kartun tersebut sudah memohon maaf, tapi itu tidak cukup untuk menutup malu yang mereka buat. Bukan malu pada akhbar dan pelukis tersebut, tetapi negara Malaysia! Bayangkan kalau negara luar tengok kartun tersebut lebih – lebih lagi rakyat Jepun, confirm persepsi mereka terhadap negara Malaysia akan berubah. Come on lar, banyak lagi benda yang boleh dibuat lawak, takkan lar kekeringan idea sampai melukis “Ultraman lari dari Tsunami”. Tak pasal – pasal dah malu 1Malaysia. Kalau terlepas kat luar, malu pulak 1Dunia.
p/s: Nak femes sangat? nah amek! hahaha!
Popularity: 2% [?]
Tsunami melanda Jepun
0Tsunami dilaporkan telah melanda di timur laut Jepun pada 2.46 petang tadi. Menurut Stesen Televisyen Satelit Al-Jazeera, lebih 53 negara telah mengeluarkan amaran Tsunami dinegara masing – masing diantaranya Rusia, Amerika Syarikat, Indonesia, Guatemala, El Salvador and Costa Rica. Nampaknya tragedi 2006 telah kembali melanda dunia. Ada sebab disebalik kejadian yang berlaku di Jepun. Renung – renungkanlah.
Live Broadcast oleh Al-Jazeera
The National Weather Service list comprises of Japan, Russia, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Australia, Fiji, Mexico, New Zealand, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile, Ecuador, Colombia, Peru and the United States.
Numerous Pacific islands, including some U.S. territories, are also on the list.
-CNN
Popularity: 2% [?]
1,086 penjawat awam muflis
1Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai penjawat awam muflis sangat mudah. Antaranya,
1. kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang tidak seberapa untuk penjawat awam berjawatan rendah yang memaksa mereka membuat pinjaman sehingga menyebabkan mereka muflis.
2. Majikan menyekat peruntukkan untuk pekerja bawahan dari membuat claim Overtime (OT) terutamanya pekerja2 yang bekerja di bandar – bandar yang memerlukan pembelanjaan yang besar. Terdapat jabatan kerajaan tidak membenarkan OT di Claim dengan wang tetapi hanya digantikan claim Time Off sahaja, jadi pekerja terpaksa membuat pinjaman untuk perbelanjaan harian sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar kembali.
3. Statistik mengatakan 72.74 atau 790 yang muflis itu lelaki. Ini mungkin sikap orang lelaki untuk gemar menghabiskan duit untuk pekara – pekara yang tidak memberi hasil seperti memodifikasi kereta, joli dan lain – lain lagi.
4. Interest kad kredit yang terlampau tinggi yang membebankan pengguna dari kalangan penjawat awam sehingga mereka gagal menyelesaikan hutang kad kredit. Selain itu, penggunakan kad kredit yang tidak terkawal dikalangan penjawat awam.
5. Kawan makan kawan! semasa mencari penjamin, bukan main manis mulut. Bila dah dapat, tidak boleh membayar hutang, batang hidung pun tak nampak sampaikan penjamin yang bekerja sebagai penjawat awam menanggung akibat.
Popularity: 3% [?]

Recent Comments