Akai letak kat lutut. Tu yang aku boleh bagi dekat pelukis dan penerbit Akhbar Berita Minggu yang mengeluarkan kartun kontroversi yang menghina negara Jepun. Kartun yang dilukis oleh pelukis Zoy benar – benar menghina negara Jepun yang baru sahaja dilanda musibah Tsunami. Bagi dia dan geng – geng akhbar Berita Minggu memanglah lawak, tapi apabila perasaan orang – orang Jepun yang sedang berkabung sekarang? lebih – lebih lagi yang baru sahaja kehilangan orang tersayang. Tak ke menimbulkan kemarahan rakyat Jepun nanti?

Memang pelukis dan penerbit tak ubah seperti pelukis karikatur Denmark yang melukis dan menghina Nabi Muhammad S.A.W. Mereka boleh mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain untuk membuat lawak. Memang sungguh hina.

Walaupun Akhbar Berita Minggu dan pelukis kartun tersebut sudah memohon maaf, tapi itu tidak cukup untuk menutup malu yang mereka buat. Bukan malu pada akhbar dan pelukis tersebut, tetapi negara Malaysia! Bayangkan kalau negara luar tengok kartun tersebut lebih – lebih lagi rakyat Jepun, confirm persepsi mereka terhadap negara Malaysia akan berubah. Come on lar, banyak lagi benda yang boleh dibuat lawak, takkan lar kekeringan idea sampai melukis “Ultraman lari dari Tsunami”. Tak pasal – pasal dah malu 1Malaysia. Kalau terlepas kat luar, malu pulak 1Dunia.

 

p/s: Nak femes sangat? nah amek! hahaha!

Popularity: 2% [?]