Baru – baru neh Ketua Menteri Sarawak mengumumkan pembubaran dewan Dun Sarawak, dan pada hari tue jugalah “dan2″ Perdana Menteri mengumumkan berjuta – juta “uang” kepada rakyat Sarawak untuk tujuan peruntukan pembangunan atau lebih tepat lagi “gula – gula” politik. Pekara biasalah tue bila musim undi – mengundi neh. Dan semasa musim kempen berkempen neh, macam – macam cerita yang best – best, tak best – tak best dan juga kelakar – kelakar yang dibawa oleh ahlil – ahlil politik baik pembangkang mahupun pro-kerajaan semata – mata mahu meraih undi. Tetapi korang perasan tak sejak akhir – akhir ini ada satu isu politik ini boleh mengalahkan isu – isu lain semasa berkempen?

Isu yang aku maksudkan liwat, skandal dan zina. Haha! lawak betul, seriously Politik Malaysia neh dah macam cerita Porno! Ada je isu – isu 18SX yang keluar setiap kali berkempen sampai menengelamkan isu – isu rakyat. Kalau takde PRK or PRU pun isu – isu 18SX yang mengaitkan dengan pemimpin parti politik pasti timbul kat blog – blog dan juga akhbar – akhbar. Semasa PRK tenang, calon PAS dituduh berzina, lepas tue kantoi plak gambar pemimpin UMNO ngan kekasih gelapnya, then penasihat PM dikatakan seorang GAY?, Video pakcik mana tah dalam youtube yang kantoi dengan aweknya dalam wad dikatakan ADUN PAS, DNA sana DNA sinilah dan yang paling latest video Anwar pulak dengan pelacur?

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau adalah individu dalam satu rakaman video lucah yang didedahkan sekumpulan lelaki di ibu negara pagi tadi.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, sebentar tadi, Anwar berkata, tindakan kumpulan itu adalah satu konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan diri serta keluarga.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini.

“Visual yang ditayangkan pagi tadi di Carcosa Seri Negara adalah satu tindakan jahat dan kelihatan dirancang penuh teliti,” katanya.

Turut hadir pada sidang media, isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR bersama beberapa pemimpan kanan parti itu

Haha! kan, tak habis – habis isu – isu lucah yang cuba di”gula-gula”kan.

Aku bukannya nak sokong PKR ke, PAS ke UMNO ke, tapi hentikanlah politik – politik macamneh baik yang pembangkang mahupun prokerajaan. Malu orang tengok isu – isu macamneh, lagipun tak membantuk rakyat langsung! memecahbelahkan lagi adalah. Masalahnya pulak tu, bukan bangsa lain yang berpecah, orang melayu juga! Buat malu je bangsa lain tengok kita bergaduh pasal skandal – skandal seks pemimpin neh. Adoi!.

Popularity: 8% [?]