Tsunami dilaporkan telah melanda di timur laut Jepun pada  2.46 petang tadi. Menurut Stesen Televisyen Satelit Al-Jazeera, lebih 53 negara telah mengeluarkan amaran Tsunami dinegara masing – masing diantaranya Rusia, Amerika Syarikat, Indonesia, Guatemala, El Salvador and Costa Rica. Nampaknya tragedi 2006 telah kembali melanda dunia. Ada sebab disebalik kejadian yang berlaku di Jepun. Renung – renungkanlah.

 

 

Live Broadcast oleh Al-Jazeera

The National Weather Service list comprises of Japan, Russia, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Australia, Fiji, Mexico, New Zealand, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile, Ecuador, Colombia, Peru and the United States.

Numerous Pacific islands, including some U.S. territories, are also on the list.

-CNN

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. – Reuters

Popularity: 2% [?]