Archive for April, 2011

Sumpah Eskay sumpah orang jahil?

2

Semalam trio sepak takraw, Eh? Dato’ T melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-as, Sentul selepas selesai solat jumaat. Sumpah yang dilakukan oleh trio ini sebenarnya bagi membuktikan bahawa video seks pemimpin politik pembangkang itu adalah benar dan bukan fitnah. Hai, macam – macam senario politik negara sekarang ini. Cukup memalukan. Tetapi yang menjadi persoalannya, kenapa Eskay sahaja yang bersumpah? lagi dua orang itu hanya melihat? nampak sangat si Eskay dikambing hitamkan demi tujuan politik (hehe). So, kepada rakyat diluar sana, sebelum korang bertekak sesama sendiri tentang sumpah – sumpah yang diorang main ini, baik korang baca statement bekas Mufti Kuala Lumpur ini, beliau lebih arif dalam hal – hal sebegini. Baik kita jangan terlibat dengan benda – benda macam ini, takut terjadinya fitnah besar pula nanti.

Video Sumpah Laknat Eskay


(more…)

Popularity: 2% [?]

Kenapa kita perlu bantah kilang “rare earth” di Gebeng, Pahang.

3

Pernah dengar bahan yang dipanggil “rare earth” atau dalam bahasa melayunya dipanggil nadir bumi? Rare Earth kalau mengikut kamus Google bermaksud “Any of a group of chemically similar metallic elements comprising the lanthanide series and (usually) scandium and yttrium. They are not esp. rare, but they tend to occur together in nature and are difficult to separate from one another“. Sekarang ini, satu isu mengenai Alam Sekitar dan Kesihatan awam muncul di salah sebuah daerah di Pahang apabila kilang pemprosesan rare earth akan beroperasi tidak lama lagi. Tempat yang dimaksudkan ialah di Gebeng, Pahang.

Untuk pengentahuan semua, rare earth digunakan untuk membuat iphone, bom dan badan [body] kereta dan pelbagai lagi. Dan ia juga dikatakan boleh memberi pulangan lumayan kepada negara apabila beroperasi kelak. Sebagai contoh, negara China merupakan pengeluar rare earth di dunia dan dikatakan mengaut untuk berbillion dollar hasil dari pemprosesan bahan ini. Walaupun dikatakan mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda, isu yang paling ditakuti ialah isu kesihatan dan alam sekitar kerana bahan ini dikatakan beradioaktif dan boleh memberi kesan kepada penduduk dan hidupan yang berada berdekatan dengan kawasan pemprosesan bahan ini.

Contoh yang paling dekat kita boleh lihat ialah isu pembinaan kilang ini di Bukit Merah, Perak pada tahun 80an. Pelbagai pihak membantah pembinaan kilang ini pada masa itu kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk sekitar seperti kanser, leukemia, cacat, malah ada yang meninggal dunia. Kini, setelah 20 tahun berlalu, masalah bahan merbahaya ini kembali lagi apabila Syarikat Australia, Lynas dikatakan akan beroperasi di Gebeng, Pahang tidak lama lagi. Isu ini telah mendapat perhatian serius dari seorang Pakar Kesihatan Awam dan beliau mengulas tentang akibat dan kesan buruk pembinaan kilang rare earth di Gebeng, Pahang.

(more…)

Popularity: 9% [?]

Barisan Nasional menang majoriti 2/3 di Sarawak

0

Keputusan pilihanraya negeri Sarawak ke – 10 telah diumumkan sebentar tadi di mana Barisan Nasional berjaya mengekal penguasaan Dewan Undangan Negeri dengan majoriti sebanyak 2/3 kerusi. Namun begitu, mereka menerima tampran hebat dengan kehilangan 8 kerusi, berbanding 63 buah kerusi yang dimenangi oleh mereka pada pilihanraya yang lalu. Sumber dari Malaysiakini.com memberitahu, DAP dan PKR menyapu bersih 5 kerusi yang dipertandingkan di Kuching.

Pilihanraya pada kali ini menampak peralihan sokongan kaum cina kepada Pakatan Rakyat dimana ia boleh dilihat dari kekalahan teruk yang dialami oleh salah satu parti komponen BN iaitu SUPP. Ramai calon – calon penting SUPP seperti Tan Sri George Chan yang merupakan Presiden SUPP dan Tiong Thai King tewas ditangan calon DAP. Cubaan PAS untuk menduduki Dewan Undangan Negeri juga gagal apabila calon mereka tewas dalam 5 kerusi yang dipertandingi oleh mereka. Namun begitu, jika dilihat dari segi undi, PAS berpeluang untuk bertapak di negeri Sarawak.

Dalam pilihanraya ini juga, sebanyak 41 calon bebas turut bertanding. Walaubagaimanapun, hanya 1 calon yang memenangi pilihanraya kali ini iaitu George Legong.

Keputusan Penuh Pilihan Raya Sarawak:

CONTESTED WON
PBB 35 35
SUPP 19 6
PRS 9 8
SPDP 8 6
.
DAP 15 12
PKR 49 3
PAS 5 0
.
PCM 6 0
SNAP 26 0
IND 41 1

Sumber: Malaysiakini.com/bm

 

Popularity: 2% [?]

Keputusan Pilihanraya Sarawak ke-10

1

Dikatakan keputusan pilihanraya Sarawak ke-10 telah pun diketahui dimana Pakatan Rakyat telah mendahului Barisan Nasional dengan majoriti yang sangat besar dan ada juga desas desus yang mengatakan Pakatan Rakyat telah tewas dalam Pilihanraya ini sehinggakan Dato Seri Anwar Ibrahim melarikan diri keluar negara. Walaupun ada pusat pengundian telah ditutup awal, bukan bermakna keputusan telahpun dikeluarkan. Dalam kenyataan SPR sebentar tadi, mereka menegaskan hanya pihak SPR sahaja yang berhak untuk mengeluarkan sebarang keputusan. Namun begitu, TPM sendiri menyebarkan khabar angin yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat sudah tewas dalam berita terkini TV3. Walauapapun, kenyataan TPM tidak boleh diambil kira kerana kenyataan tersebut bukan dari pihak SPR itu sendiri.

Kenyataan SPR pada jam 04.31pm

KUCHING 16 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin mengatakan pakatan pembangkang kini mendahului Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 yang berlangsung hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata, berita itu nyata tidak benar sama sekali kerana terdapat 368 pusat pengundian yang masih dibuka.

“Setakat ini hanya 19 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah menghantar laporan dan 61 peratus pengundi telah keluar mengundi di kawasan tersebut. – Utusan

Oleh itu, kita tunggu sahaja keputusan rasmi dari SPR dan janganlah kita menyebarkan khabar angin mengenai kemenangan parti kerana ia mungkin akan menyebabkan kekacauan. Keputusan pertama akan diumumkan dalam jam 08.00 malam nanti dan keputusan penuh akan diumumkan dalam jam 11.00 malam. Keputusan pilihanraya akan diupdate dalam entry ini dan sources akan diambil dari Malaysiakini.com dan Bernama.

(more…)

Popularity: 4% [?]

Wow! Says.my nak kasi berjuta – juta hadiah sey!

0

Macam gempak je tajuk, padahal bukan berjuta pun. Haha. Siapa kat sini tau SAYS.my? Kalau yang tidak, SAYS.my neh merupakan salah satu company periklanan di website yang lebih kurang sama dengan Nuffnang dan Innity. Cuma bezanya, SAYS.my ada komuniti yang dapat mengerat hubungan diantara remaja – remaja seluruh Malaysia atau dalam bahasa yang lebih mudah, sosial networking macam facebooklah.

Ok, sebenarnya aku nak kongsi or sharing event yang dibuat oleh SAYS.my ini. Memandangkan diorang dah berumur 3 tahun, diorang pun bercadang nak buat besday party dan kasi birthday giveaway. Bukan untuk sehari, tapi untuk 30HARI! Haa! maknanya hari – hari ada pengumuman siapa yang dapat hadiah. Korang nak hadiah? Kalau nak kenalah join, mana tau dapat. Hadiahnya bukan cikai – cikai beb, terliur juga tengok. Ada DSLR (idaman aku neh..haha), ada IPad, Iphone 4, Justin Bibir(hehe..tiket konsert je, bukan budak tue), TV Plasma dan macam – macam lagi. Kalau tak dapat hadiah tue, hadiah saguhati pun dapat. Haa! Sekarang baru hari ke-8, ada 22 hari lagi untuk peluang dapat hadiah, dan ada 22 lagi hadiah untuk dirembat dari SAYS.my.

So, nak tak? kalau nak, jangan buang masa lagi, klik Banner kat atas neh untuk daftar dan peluang memenangi hadiah. Lepas tue dah daftar, jangan lupa sharing kat kawan – kawan samada kat facebook or twitter, kasi diorang rebut juga hadiah dari korang (haha). Takkan korang nak makan sorang kot. Hehe. Hah! pe lagi, cer klik banner or link kat atas dan cer daftar..hehe

 

Popularity: 1% [?]

Bagaimana Anwar dipergunakan?

2

Kecohkan paper – paper negara dengan berita lucah dan 18sx? rasa macam bodoh pulak jadi rakyat Malaysia kerana paper duk jaja kisah sex orang. Kisah sex orang lain tak mau pula diorang jaja. Buat malu betul. Habis 1Malaysia ditertawakan oleh seluruh dunia pasal isu video seks anwar. Dulu kes liwat, sekarang dengan pelacur pula, lepas neh mungkin kes dengan binatang pula. Macam dah takde modal je nak jatuhkan orang. Memang betullah kata orang yang politik Malaysia neh busuk dan lucah – lucah belaka. Diorang sama – sama gaduh, rakyat juga merempat.

Carian “Anwar” dalam tempoh beberapa hari

Ah! Sudah – sudah. Sebenarnya aku nak bercerita sikit pasal Anwar neh. Bagaimana Anwar dipergunakan. Bukan dipergunakan dalam percaturan politik, tetapi dipergunakan demi kepentingan blog aku yang semakin sayu dari trafik (haha!). Tak sia – sia aku mempergunakannya walaupun sekejap je. Carian “anwar” di Google telah berjaya melambungkan traffik yang selama ini hidup segan mati tak mahu (hehe). Tak percaya? haa! tengok screen shoot kat sebelah neh. Bukti trafik aku melambung sekejap walaupun tak lama. Sekurang – kurangnya up lar sikit traffik dan ranking alexa aku nanti (ahahaa).

Lagi satu, aku nak kongsi satu laman yang boleh membantu meningkatkan trafik. Bosankan? cerita pasal trafik blog pula (hehe). Aku tak tahulah kot – kot aku dah ketinggalan kapal atau tidak, maklumlah dah lama tak berblog secara serius. Laman web yang aku maksudkan ialah www.365autohits.com. Aku test website ini dan hasilnya memang cukup memberangsangkan. Blog Markiphotosniper.com tiba – tiba berjaya melonjakkan traffiknya dalam masa sehari sahaja. Kalau sebelum neh, 10-40 sehari je trafik, tapi hari ini berjaya meningkat trafik lebih dari 150. Hebat bukan? Hah! ini bukti lagi, korang boleh tengok trafik blog photography aku. Malu nak tunjuk sebenarnya, tapi sebab nak tunjuk trafik meningkat secara mendadak selepas guna enjin trafik kat 365autohit.coms, aku tunjuk je lah (hehe).

So, kepada siapa – siapa yang mengalami kekurangan trafik kat blog dan inginkan trafik yang tinggi bolehlah try enjin trafik yang ada kat website tersebut. Sesuai sangatlah pada blog – blog baru, tetapi yang dah tahap otai tue, rasa diorang tak pandang dah sebab trafik beribu setiap hari. Hehe

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 9% [?]

Go to Top