Archive for July, 2011

Dr. Lo’ lo’ Ghazali Meninggal Dunia

0

pengurus akaun Twitter beliau mengesahkan kematian Dr. Lo' Lo'

Dr. Lo’ Lo’ Ghazali, ahli parlimen PAS Titiwangsa telah pun kembali ke rahmatullah pada jam 10.00 malam tadi di Hospital Selayang, Selangor. Difahamkan, allahyarham meninggal dunia disebabkan penyakit kanser paru – parunya. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah.

Sumber dari sini:

(more…)

Popularity: 2% [?]

Rintihan dari pemain dan jurulatih Malaysia

1

Tamat sudah dua perlawanan persahabatan diantara pasukan negara dengan dua kelab EPL iaitu Arsenal dan Liverpool. Walaupun kedua – dua perlawanan yang dihadapi oleh skuad negara berakhir dengan kekalahan besar, banyak peningkatan yang telah ditunjukan oleh pemain negara terutamanya semasa menetang Liverpool sebentar tadi. 3 jaringan cantik dari Syafiq Rahim dan Safee Sali membuktikan pasukan negara boleh menjaringkan gol – gol jantan berbanding Player Liverpool yang banyak menjaringkan gol – gol betina (hehe). Selain dari pengalaman berguna yang dapat ditimba oleh skuad negara, mereka juga dapat melihat siapa penyokong sebenar Harimau Malaya. Pada game pertama menentang Arsenal, skuad negara terpaksa bermain di stadium lawan kerana hampir keseluruhan stadium dimonopoli dengan warna merah. Tidak kurang dari, skuad negara di “BOO” oleh penyokong Arsenal.

“Saya tidak tahu saya mahu meraikan jaringan saya tadi dengan siapa, saya keliru, saya keliru, jadi saya meraikan bersama rakan rakan seperjuangan saya” 

Menyedari fonemena “teruja rakyat Malaysia terhadap kelab EPL”, Jurulatih negara, K. Rajagobal telah merayu kepada penonton untuk menyokong skuad kebangsaan dengan memakai jersi Malaysia semasa perlawanan menentang Liverpool. Tidak kurang juga, para pemain turut mewar – warkan penonton untuk datang dengan memakai jersi Malaysia. Tapi, malang, skuad negara masih bermain digelanggang “lawan” apabila stadium Bukit Jalil di kuasai oleh penyokong baju merah. Ini secara tidak langsung meletakkan pemain negara merasa tertekan kerana tiada penyokong yang menyokong mereka walaupun kedengaran sorakan penonton apabila mereka menyerang ataupun menjaringkan gol.

sepatutnya penyokong bersama kita…tapi malangnya mereka dibelakang Liverpool…saya tak marahkan mereka, cuma apa salahnya bagi kita satu hari untuk bersama-sama kami (team malaysia

Mungkin ada yang berkata “walaupun memakai jersi pasukan EPL, Malaysia tetap dihati” Ya! Malaysia tetap dihati, tetapi pemain dan jurulatih tidak dapat melihat “Malaysia” didalam hati penyokong kerana pada zahirnya mereka melihat warna pasukan lawan dihadapan, tepi dan belakang mereka. Walaupun kedatangan pasukan EPL ke Malaysia dianggap seperti hari raya, janganlah kita membelakangi skuad kebangsaan kerana ia melibatkan maruah pasukan bola sepak negara. Berbanggalah dengan Jersi Malaysia walaupun kelab yang ditentang oleh skuad negara adalah kelab kegemaran anda kerana Malaysia ialah tanah tumpah darah kita. Ingatlah kata – kata arwah Mokhtar Dahari, “If you’re ashamed to stand by your colours you better seek for another flag”. Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, pakailah jersi Malaysia tanda sokongan padu kita kepada pasukan negara.

(more…)

Popularity: 2% [?]

ASTRO kecewakan peminat bola sepak negara

1

Kecewa!, Sungguh kecewa dengan tindakan ASTRO yang tidak menayangkan perlawanan secara langsung diantara Malaysia dan Arsenal. Alasan yang diberikan oleh Astro, pihak penganjur tidak mahu menjual hak siaran kepada ASTRO selagi kutipan tiket tidak mencecah 80,000 penonton memang tidak boleh diterima. Selaku penyiar bola sepak utama negara, Astro tidak seharusnya mengecewakan peminat bola sepak negara dan juga pelanggan mereka yang berharap dapat menonton perlawanan ini di televisyen. Tidak semua peminat bola sepak negara dapat turun ke Bukit Jalil untuk menonton perlawanan ini kerana jarak yang jauh dari rumah mereka (bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur & Selangor) dan juga berlangsung semasa waktu orang ingin bekerja pada keesokan harinya.

Paling mengecewakan lagi, bagaimana stesen televisyen Arab dapat menayangkan siaran langsung ini sedangkan Astro tidak dapat menayangkan perlawanan ini? Dan paling menyakitkan hati perlawanan diantara Liverpool dan Guangdong FC dapat pula ditayangkan tetapi perlawanan di negara sendiri tak dapat ditayangkan. Kalau beginilah servis Astro kepada pelanggan mereka, maka layaklah berjuta pelanggan mereka memboikot mereka. Tak guna pihak Astro menaikkan kadar Bil mereka jika servis seperti ini gagal dilaksanakan baik. Diharap Astro satu nanti akan bungkus.

Siapa – siapa yang nak menonton Live Malaysia vs Arsenal, boleh tonton disini

P/S: Astro penipu, diharap ada syarikat dapat memecahkan monopoli diorang neh.

Popularity: 2% [?]

Komen mengenai BERSIH yang paling best

6

Hari bertembungnya puak – puak BERSIH dan PATRIOT semakin hampir dan semakin panas. Amiga dan Ibrahim Ali semakin tak sabar hendak duduk dihadapan barisan puak – puak mereka, dan rakyat – rakyat KL semakin berkira – kira membeli beras, gula dan garam sebagai persediaan pasca BERSIH 2.0. Pergh! propa je cakap HAHA. Sebenarnya aku sedang membaca blog Imam Muda Asyraf mengenai BERSIH 2.0, selepas membaca coretan beliau, aku membaca pula komen – komen entry tersebut. Nak tengok bangaimana kedua – dua puak BERSIH dan PATRIOT menegakkan benang mereka yang basah. Tetapi aku terhenti di satu komen yang ditulis oleh seseorang bernama Cik Kiah. Aku tak tahu samada penulis komen tersebut berpihak mana – mana parti, tetapi komen yang dibuat oleh beliau benar – benar membuka mata aku mengenai BERSIH 2.0 ini. Korang boleh baca komennya dibawah dan entry dari Imam Muda Asyraf disini.

Pesan aku untuk orang ramai kat luar sana, duduklah rumah dan pasang TV pada 9 Julai ini, kita tengok “siapa” yang kena! Hehe.

(more…)

Popularity: 3% [?]

Page Facebook Anwar kena Hack

2

Adus, lama betol tak update blog. Tetiba rasa macam gatai tangan nak menulis. Sebab apa? sebab dapat isu lawak, bukan isu BERSIH atau KOTOR tau, isu lawak!. Dalam duk PM Najib war – war kan rakyat jangan ke perhimpunan BERSIH dan Amiga yang turun naik jumpa Agong semata – mata mau nak sangat buat perhimpunan tue (maybe Amiga neh tak pernah pergi perhimpunan pagi kat sekolah kot). Ada satu hackers yang aku agak ar seorang noob telah meng”hack” page facebook Anwar Ibrahim. Kelakar pulak rasanya ada lawak comei ditengah orang duk kalut nak buat demo.

 

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

Go to Top