Archive for January, 2012
Nidzam Adha meletak jawatan, Datuk Khazali Din bila lagi??
2
Sebahagian daripada 1,000 penyokong Kedah berkumpul di luar stadium mendesak Pengurus Pasukan Bola Sepak Kedah, Datuk Khazali Din meletak jawatan selepas perlawanan Liga Super antara Kedah dan Johor FC di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi. Keputusan Kedah 1, Johor FC 3. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Jurulatih sementara Kedah, Mohd Nidzam Adzha, yang menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan Liga Super, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan prestasi hambar pasukan kendaliannya.
Mohd Nidzam berkata, keputusan berkenaan dibuat memandangkan beliau gagal membawa pasukan berada pada kedudukan terbaik walaupun berusaha bersungguh-sungguh.
“Saya menyerahkan tugasan ini kepada penolong jurulatih Radhi Mat Din dan memberi fokus sepenuhnya kepada skuad Piala Presiden selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Nidzam yakin pemain mampu bangkit semula memburu kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini memandangkan saingan masih di peringkat awal dan berharap mereka tidak putus asa serta bersatu padu sebagai satu pasukan.
Beliau turut melahirkan penghargaan atas sokongan padu yang ditunjukkan penyokong setia Skuad Kenari yang mahu pasukan itu bangkit mencari kemenangan dan sekali gus berada pada kedudukan terbaik musim ini.
Beliau yang sebelum ini adalah jurulatih skuad Piala Presiden Kedah dipilih untuk memangku jawatan Ketua Jurulatih bagi menggantikan Wan Jamak yang digantung tujuh perlawanan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). – BERNAMA
Popularity: 1% [?]
Datuk Khazali Din sila letak jawatan!
24 perlawanan, 2 seri, 2 kalah, 6 bolos dan ZERO jaringan. Tahun lalu tiada piala, tahun ini nampak seperti bakal terjerumus ke Liga Perdana. Jika pengurusan sebelum ini berjaya membawa kejayaan Double Treble, pengurusan sekarang berjaya membawa kejayaan double bebal. Kenapa aku kata double bebal? tahun lepas gagal mendapatkan walaupun 1 piala, tahun ini nampak seperti anak ayam. Terbaru, pasukan Kedah baru sahaja di “anak ayam” kan oleh pasukan Kelantan di tempat sendiri apabila tewas 0 – 3. pasukan Kedah sekarang tidak seperti dulu, dulu pasukan Kedah sangat digeruni, sekarang?
Apa sebabnya kejatuhan pasukan Kedah? mudah sahaja, pengurusan Kedah yang tidak berkaliber, kedekut dan adanya Datuk Khazali Din yang berlagak nak jadi coach. Tak percaya? tanya Azrai Khor sebab apa dia tidak mahu pulang ke pasukan lamanya sebaliknya memilih Negeri Sembilan. Rasanya Shafizan Hashim (Pelam) dan Fauzi Shaari (Pak Long) berpindah ke pasukan lain pun atas sebab yang sama, hatta Marlon Alex James pun pernah menempelak pengurusan KFA yang tidak cekap!
Popularity: 2% [?]
Azwan Ali memohon maaf kepada Ummi Hafilda
1Kontroversi yang dibuat oleh pengacara Azwan Ali terhadap keceluparannya dilaman Twitter akhirnya berakhir apabila beliau memohon maaf secara terbuka akibat ketelanjurannya mengugut adiknya dilaman tersebut. Beliau sebelum ini mengugut Ummi Hafilda dengan kenyataan berbunyi “Slm. Let’s CEKUP juga si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup hidup ! Bako mayat diaaaaaa”. Menyedari kenyataan Azwan Ali dilaman sosial itu yang boleh mengancam keselamatan dan nyawanya, Ummi Hafilda segera membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Setelah menerima laporan itu, polis segera menahan Azwan Ali Ali bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Beberapa individu lain turut dipanggil bagi mengambil keterangan. Antara yang dipanggil adalah Azmin Ali (abang kepada Azwan Ali), Isteri Azmin Shamsidar Tahrin dan ibu mereka. Menurut Azwan, kenyataannya dilaman Twitter adalah atas arahan abangnya, Azmin Ali. Walaubagaimanapun, pihak polis telah membebaskan Azwan Ali dengan Jaminan polis.
Kenyataan maaf Azwan Ali:-
“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
“Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,”
Akibat daripada keceluparan Azwan dilaman Twitter, beliau kemungkinan besar akan disenarai hitam oleh Stesyen televisyen tempatan. Buat Azwan Ali, gunakan kebebasan berfikir sebelum menggunakan kebebasan bersuara. Fikir dulu sebelum bertindak.
Popularity: 2% [?]
Malaysia pengeluar kondom terbesar
0Agak lawak bila dengar berita terbaru ini, Malaysia bakal pengeluar kondom utama dunia? satu pencapaian yang tidak boleh dibanggakan. Apa yang pasti, berita ini pasti akan digunakan oleh pihak pemprovok indon untuk mengejek – ejek Malaysia.
NEW DELHI: Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).
MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.
“Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.
Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.
Pengeluar utama Asia – Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia – terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.
Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.
“Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom,” kata Low.Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.
Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. – BERNAMA
Popularity: 1% [?]
Respon Azwan Ali selepas Anwar dibebaskan
1Selepas keputusan mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, manusia yang paling bergembira diatas berita ini bukanlah dari Keluarga Anwar Ibrahim, rakan – rakan Anwar, Karpal Singh mahupun penyokong – penyokong PR sebaliknya seorang pengacara yang dah semakin “season” iaitu Azwan Ali. Beliau sangat – sangat bergembira sehinggakan terlupa batas – batas agama dan adab. Kegembirannya dizahirkan dengan kata – kata cacian & makian di Twitter beliau dengan mencarut sana sini.
Sia – sia artis lapok neh pergi sampai ke tanah suci dan bertaubat tidak mahu jadi seperti dulu, akhirnya dia kembali menjadi seperti dulu bahkan dua kali ganda teruk dari dulu.
p/s: teringat gambar dia pakai baju perempuan dulu, sumpah mak nak termuntah..kahkahkah
Popularity: 3% [?]




Recent Comments