Murkiester Rss

facebook

Featured Posts

Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum matiPatma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya  dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati...

Read more

Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan dihadapan Balai Polis JinjangPolis tahan 18 individu sertai perhimpunan dihadapan...  KUALA LUMPUR 22 Mei - Seramai 18 individu, termasuk empat wanita, ditahan ketika berhimpun di hadapan Balai Polis Jinjang di sini, di mana aktivis mahasiswa Pakatan Rakyat, Adam Adli ditahan, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar...

Read more

10 haiwan yang awal masuk syurga10 haiwan yang awal masuk syurga 1. Unta Nabi Saleh Mereka menambah lagi, “Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu,” kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki. Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya...

Read more

9 tempat paling unik di dunia Dunia ini penuh dengan tempat - tempat yang penuh dengan keajaiban dan keunikannya. Apa yang selalu kita lihat adalah beberapa peratus sahaja dan banyak lagi kawasan didunia ini yang masih belum diterokai. Dibawah ini adalah gambar - gambar dimana kawasan tersebut sangat unik dan bagi kita ia kelihatan pelik. Walaupun unik, tempat ini sangat...

Read more

MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi MinhMAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho... KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia. Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat...

Read more

Datuk Khazali Din sila letak jawatan!

Category : Sukan

Sumber: Google

4 perlawanan, 2 seri, 2 kalah, 6 bolos dan ZERO jaringan. Tahun lalu tiada piala, tahun ini nampak seperti bakal terjerumus ke Liga Perdana. Jika pengurusan sebelum ini berjaya membawa kejayaan Double Treble, pengurusan sekarang berjaya membawa kejayaan double bebal. Kenapa aku kata double bebal? tahun lepas gagal mendapatkan walaupun 1 piala, tahun ini nampak seperti anak ayam. Terbaru, pasukan Kedah baru sahaja di “anak ayam” kan oleh pasukan Kelantan di tempat sendiri apabila tewas 0 – 3. pasukan Kedah sekarang tidak seperti dulu, dulu pasukan Kedah sangat digeruni, sekarang?

Apa sebabnya kejatuhan pasukan Kedah? mudah sahaja, pengurusan Kedah yang tidak berkaliber, kedekut dan adanya Datuk Khazali Din yang berlagak nak jadi coach. Tak percaya? tanya Azrai Khor sebab apa dia tidak mahu pulang ke pasukan lamanya sebaliknya memilih Negeri Sembilan. Rasanya Shafizan Hashim (Pelam) dan Fauzi Shaari (Pak Long) berpindah ke pasukan lain pun atas sebab yang sama, hatta Marlon Alex James pun pernah menempelak pengurusan KFA yang tidak cekap!

Punca utama kejatuhan pasukan Kedah adalah Datuk Khazali Din, seorang yang kedekut tapi nak team jadi power, berlagak pandai dalam hal taktikal padahal kurang bijak, dan berlagak sombong dengan pemain sendiri. Ayat paling top yang keluar dari seorang pengurus pasukan yang bebal adalah “Pakailah apa yang duk ada neh” tetapi mahu hasil seperti pasukan Manchester City. Hasil dari kebebalan pengurus Kedah terperosok di kedudukan ke-2 didasar Liga Super sekarang. Ingatkan dengan penyingkiran jurulatih Mat Yusof, pasukan Kedah akan meningkat naik, sebaliknya tidak, masih ditahap memalukan. Kini, masanya Datuk Khazali Din pula disingkirkan. Beliau tidak layak untuk memimpin pasukan Kedah.

Jurulatih bidan terjun? aku tak tahulah macamana pengurusan KFA boleh ambil Nizam Adha menjadi coach? 4 perlawanan taktik yang sama, menggunakan formasi 8-1-1, 8 pertahanan, satu midfield, satu striker. Apa kejadahnya pasing long ball dekat lone striker? kalau sorang target man , siapa stiker dia? Dalam hal ini, aku taknak salahkan jurulatih 100% kerana mungkin dia seorang yang tidak berpengalaman untuk menjadi jurulatih, tetapi aku letakkan kelemahan ini dibahu pengurusan KFA. Sebab apa? sebab gagal untuk mencari pemain, jurulatih dan mengurus dengan baik. Bukan sekarang, sejak mereka mengambil alih dari pengurusan lama. Dulu merudum, kita bagi peluang, sekarang? sanggupkah nak bagi muka lagi? Mungkin mereka menggunakan slogan ”Pakailah apa yang duk ada neh” sebab itu jadi macam ini.

Aku sayangkan pasukan Kedah, aku rindukan kejayaan pasukan Kedah dan aku malu dengan jatuhnya maruah pasukan Kedah, Rasanya seluruh rakyat Kedah berperasaan begitu. Peminat mana yang sanggup melihat pasukannya jatuh disebabkan kelemahan pengurusan, lebih – lebih lagi Kedah yang terkenal dengan kejuaraan double treble dia.  So, kepada Datuk Khazali Din dan pegawai – pegawai yang gagal menjalankan tanggungjawab dalam pengurusan KFA, kami merayu (dah tak larat nak desak dah) agar korang letak jawatan. Letak jawatan demi masa depan pasukan Kedah, fikirkan perasaan peminat pasukan Kedah, jangan fikirkan duit poket anda sahaja. Silalah letak jawatan!

video highlight Kedah vs Kelantan (credit to Sokernet.com)

Related Posts with Thumbnails