Archive for February, 2012

CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700-RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54

0

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

“Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini. Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

“Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500,” katanya. Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji. ”Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. ”Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka,” katanya. Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

“Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan,” katanya. Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan. ”Jika tidak boleh juga…apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru,” katanya.– BERNAMA

Popularity: 2% [?]

Kerajaan tumbang sekiranya SBPA tidak adil

0

ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.

Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.

Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.

Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.

Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.

‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.

Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.

Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.

Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).

Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.

(more…)

Popularity: 3% [?]

Filem – filem Hollywood 2012 yang bakal meletup

0

2012 boleh dikatakan banyak filem – filem Hollywood akan ditayangkan dan kebanyakkan semua bakal memberi impak kepada panggung wayang seluruh dunia termasuk negara kita. 2012 boleh dikatakan banyak filem sebelum ini mengeluarkan sequel mereka filem Expendable yang bakal menampilkan ramai pelakon – pelakon gagah dizaman 90-an seperti Van Damme, Arnold dan Chuck Norris. Tidak ketinggalan juga filem Resident Evil 5 yang dijangka keluar pada tahun 2012 yang menampilkan ramai character – character seperti di dalam permainan videonya. G.I Joe juga bakal mengeluarkan sequel pada tahun ini dan Batman kembali menjaga Gotham City apabila filem Dark Knight juga akan keluar pada tahun ini. Tidak terkecuali, kembalinya dua agen MBI (Men In Black) apabila filem tersebut juga bakal dikeluarkan pada tahun 2012. 2012 juga bakal mengembalikan filem ala – ala Lord of The Ring apabila The Hobbit bakal ditayangkan dan yang paling best apabila hero – hero komik Marvel disatukan dalam Filem The Avengers. Pendek kata, 2012 bakal dipenuhi dengan filem – filem yang menarik dan meletup. Ok, dibawah ini aku sertakan serba sedikit trailer filem – filem Hollywood pada tahun ini.

1. Resident Evil 5 : Retribution

(more…)

Popularity: 2% [?]

3.7 Juta rakyat masih belum menjadi pemilih berdaftar

0

Ramai rakyat Malaysia yang selalu pong pang pasal politik, kata parti A rahsuah, parti B sokong yahudi, parti C suka berparti – parti, tetapi rupanya ramai juga yang masih tidak mendaftar sebagai pemilih. Bercakap soal tukar kerajaan, sokong kerajaan, tetapi diri sendiri tiada inisiatif untuk menjadikan kenyataan mereka menjadi realiti. Sejumlah 3.7 juta rakyat Malaysia belum lagi mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih dan ini diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. So kepada yang selalu berkokok mengenai orang asing mendapat IC express dan telah menjadi pemilih, adakah korang telah mendaftarkan diri? Kalau korang belum mendaftar, layaklah korang untuk malu dengan bangsa – bangsa asing yang mendapat IC express kerana mereka telah “mendaftarkan” diri sedangan korang yang dah hidup lebih 21 tahun di bumi Malaysia masih belum mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Kepada yang belum, disarankan untuk melakukan segera kerana undi korang itulah bakal menentukan masa depan negara.

Muat turun borang pendaftaran pemilih dilaman web SPR. 

p/s: tak sabar nak mengundi untuk kali ke-2

(more…)

Popularity: 1% [?]

Info mengenai pemberontakan di Syria

0

Presiden Basyar Assad

Seperti yang kita semua tahu bahawa Syria sekarang berada dalam keadaan bergolak apabila rakyat di negara itu bangkit menetang rejim Basyar Assad. Ramai nyawa rakyat Syria telah diragut oleh askar – askar yang setiap kepada rejim Basyar Assad. Dikatakan pergolakkan dinegara tersebut adalah diantara Mazhab Sunni dan Syiah, untuk pengentahuan semua, Basyar Assad adalah seorang bermazhab Syiah. Disini sedikit info mengenai peristiwa – peristiwa penting semenjak kemerdekaan negara Syria sehinggalah sekarang. Semoga Allah S.W.T memberi kemenangan kepada rakyat Syria dalam membebaskan diri dari rejim Basyar Assad yang sangat kejam terhadap rakyatnya sendiri.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

Go to Top