3.7 Juta rakyat masih belum menjadi pemilih berdaftar
Ramai rakyat Malaysia yang selalu pong pang pasal politik, kata parti A rahsuah, parti B sokong yahudi, parti C suka berparti – parti, tetapi rupanya ramai juga yang masih tidak mendaftar sebagai pemilih. Bercakap soal tukar kerajaan, sokong kerajaan, tetapi diri sendiri tiada inisiatif untuk menjadikan kenyataan mereka menjadi realiti. Sejumlah 3.7 juta rakyat Malaysia belum lagi mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih dan ini diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. So kepada yang selalu berkokok mengenai orang asing mendapat IC express dan telah menjadi pemilih, adakah korang telah mendaftarkan diri? Kalau korang belum mendaftar, layaklah korang untuk malu dengan bangsa – bangsa asing yang mendapat IC express kerana mereka telah “mendaftarkan” diri sedangan korang yang dah hidup lebih 21 tahun di bumi Malaysia masih belum mendaftarkan diri sebagai pemilih.
Kepada yang belum, disarankan untuk melakukan segera kerana undi korang itulah bakal menentukan masa depan negara.
Muat turun borang pendaftaran pemilih dilaman web SPR.
p/s: tak sabar nak mengundi untuk kali ke-2
KANGAR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengingatkan lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih, agar jangan menyesal jika mereka tidak berpeluang mengundi pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau mengharapkan 3,731,134 rakyat Malaysia ini yang layak menjadi pemilih agar mendaftar bagi membolehkan mereka berpeluang mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
“Bagi suku tahun ketiga tahun lepas, hanya 12,400,437 yang diwartakan sebagai pemilih berbanding rakyat yang layak mendaftar sebanyak 16,131,571 orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat untuk pegawai-pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurus peringkat negeri Perlis di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, ada yang mengambil mudah dengan tidak mendaftar sebagai pemilih tetapi mereka pasti menyelesal jika tidak berpeluang menentukan masa depan negara melalui haknya sebagai pemilih.
“Jika ingin menjadi pemilih, mereka perlu mendaftar awal kerana ia bukan proses yang singkat. Pada masa ini 23 peratus rakyat Malaysia yang layak mengundi tidak mendaftar,” katanya. – BERNAMA
Popularity: 1% [?]
