AES atau nama penuhnya Automatic Enforcement System (Sistem Penguatkuasaan Automatik) adalah satu sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam menguatkuasakan undang – undang jalan raya. Sistem ini telah pun beroperasi sejak 23 September lepas. Namun begitu menurut pihak berkuasa, sistem ini dikatakan masih dalam tempoh percubaan dan tiada tindakan undang – undang yang akan diambil. Walaubagaimanapun, sejak sistem tersebut berjalan, sebanyak 63 ribu kesalahan lalu lintas telah pun dikesan.
KUALA LUMPUR – Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September lepas.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata imej itu kinidalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.
“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiadasebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya ketika menjawab soalan LeeBoon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu jumlah saman dan hasil sejak perlaksanaanAES, pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.
Abdul Rahim turut menafikan bahawa pengendali AES boleh sewenang-wenangnyamerakam dan mendakwa pengguna jalan raya melakukan kesalahan atas faktor keuntungan, sebaliknya setiap rakaman akan disemak oleh JPJ terlebih dahulu.
“
Apabila sesuatu kesalahan dilakukan, rakaman oleh pengendali operasi akandianalisa dan disemak semula oleh JPJ sebelum saman dikeluarkan bagi memastikan kesalahan itu benar-benar berlaku. JPJ yang mengeluarkan saman bukan pengendali,” katanya.
Beliau berkata AES fasa pertama melibatkan 14 lokasi dengan pengoperasian 10 kamera tetap dan empat kamera mudah alih yang terdiri daripada kamera statik dan visual serta mampu mengesan dua kesalahan utama iaitu memandu laju serta melanggar lampu isyarat.
Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihatantara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera manakala lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, diletakkan antara 50 hingga
500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Abdul Rahim berkata walaupun AES baru dipasang kira-kira dua minggu, ia telah menunjukkan tanda positif apabila jumlah kesalahan yang dirakam semakin berkurangan, membuktikan pemandu mula berdisiplin.
“Di kawasan Km 26, Kuala Kangsar, tiga hari pertama sebanyak 50 rakaman imej diperoleh dan selepas itu tiada rakaman langsung manakala di Km 85, Tapah,sebanyak 700 rakaman dibuat pada tiga hari pertama namun kini telah berkurangan,” katanya. BERNAMA
Dibawah adalah senarai kawasan – kawasan yang terdapat sistem AES:
- Kawasan Selangor
- Kawasan Putrajaya
- Kawasan Perlis
- Kawasan Kedah
- Kawasan Perak
- Kawasan Pulau Pinang
- Kawasan Terengganu
- Kawasan Kelantan
- Kawasan Pahang
- Kawasan Kuala Lumpur
- Kawasan Negeri Sembilan
- Kawasan Melaka
- Kawasan Johor
- Kawasan Sarawak
- Kawasan Sabah
- Kawasan Labuan



























[...] Senarai lokasi AES di seluruh negara. [caption id="attachment_3517" align="aligncenter" width="452"] AES[/caption] AES atau nama penuhnya Automatic Enforcement System (Sistem Penguatkuasaan Automatik) adalah satu sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam menguatkuasakan undang – undang jalan raya. Sistem ini telah pun beroperasi sejak 23 September lepas. Namun… [...]
[...] Senarai lokasi AES di seluruh negara. [caption id="attachment_3517" align="aligncenter" width="452"] AES[/caption] AES atau nama penuhnya Automatic Enforcement System (Sistem Penguatkuasaan Automatik) adalah satu sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam menguatkuasakan undang – undang jalan raya. Sistem ini telah pun beroperasi sejak 23 September lepas. Namun… [...]
[...] ada jumpa satu Blog http://www.murkiester.com/Blog/2012/10/senarai-lokasi-aes-di-seluruh-negara.html ada list kat situ, tak tahu la betul atau [...]