Murkiester Rss

facebook

Featured Posts

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2013 Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2013 Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno) Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno) Prime Minister’s Department: Ministers: 1. Jamil Khir Baharom (Umno) 2. Abdul Wahid Omar (Senator) 3. Idris Jala (senator) 4. Joseph Kurup (PBRS) 5. Shahidan KAssim (Umno) 6. Nancy Shukri (PBB) 7. Paul Low Seng Kwan...

Read more

Cara - cara mandi hadas yang sempurna dan mudahCara - cara mandi hadas yang sempurna dan mudah Soalan: macam mana mandi hadas besar dgn betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. blhkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dal hal ini. Jawapan; Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh...

Read more

Kenyataan Polis: Jangan Sertai Perhimpunan di PahangKenyataan Polis: Jangan Sertai Perhimpunan di Pahang JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN ESOK Kuantan, 7 Mei - Polis Pahang memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyertai perhimpunan haram yang dikatakan akan berlangsung di negeri itu esok. Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ACP Anuar Osman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perhimpunan yang dikatakan dirancang penyokong...

Read more

Blogger Jason King & Papa Gomo ditangkap polisBlogger Jason King & Papa Gomo ditangkap polis KUALA LUMPUR, 7 Mei – Seorang lelaki berusia 38 tahun yang menggunakan nama Jason King ditangkap di Klang, Selangor manakala pemilik akaun Twitter PapaGomo pula diberkas di Setapak, Kuala Lumpur. Dua pemilik akaun media sosial itu telah ditangkap bagi membantu siasatan atas kesalahan memfitanh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kenyataan...

Read more

Azlan Man, Menteri Besar Perlis yang baru ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Azlan Man, 54, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, sebentar tadi. Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Azlan yang memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi Antarabangsa dari Universiti...

Read more

Bagaimana Menyediakan Makanan Bayi Secara Selamat

Category : Info Kesihatan

baby_eat_melon11

Apabila bayi anda mula mengambil makanan pejal, anda perlu berhati-hati tentang kebersihan. Sistem imunisasi bayi masih belum sempurna, tidak seperti orang dewasa dan perut mereka mudah diserang kuman dan jangkitan. Tip-tip ini akan membantu.

• Basuh tangan anda dengan bersih sebelum anda menyediakan sebarang hidangan untuk bayi anda.

• Kementerian Kesihatan menyarankan supaya memulakan makanan pejal semasa kira-kira enam bulan. Jika anda memilih untuk bercerai susu sebelum itu, pastikan sudu disterilkan sehingga bayi anda berusia enam bulan dan gunakan mesin pencuci pinggan atau air yang sangat panas untuk mencuci mangkuk dan lain alat makanan bayi. Gunakan kain pengelap yang bersih atau tuala kertas untuk mengeringkannya.

• Makanan bayi yang disediakan untuk kegunaan pada lain masa perlu disejukkan dengan cepat dan kemudian disimpan di dalam peti ais. Makanan yang tidak akan dihidang hari itu atau diberikan dalam masa 24 jam, perlu dibekukan.

• Jika memanaskan semula makanan bayi, pastikan keseluruhan hidangan betul-betul hangat (wap kelihatan) dan biarkan ia sejuk sebelum memberikannya kepada bayi anda. Ujilah hidangan itu dengan meletak secubit pada pergelangan tangan anda untuk memastikan suhunya sesuai untuk dimakan.

• Jangan perangat makanan bayi lebih daripada satu kali.

• Ketuhar gelombang mikro boleh digunakan untuk memanaskan makanan bayi tetapi cuba berhati-hati. Kacaulah makanan itu dengan baik supaya tiada kelompok-kelompok yang terlalu panas dan biarkan makanan sejuk ke suhu yang selamat sebelum memberikannya kepada bayi anda.

• Jika makanan tidak habis dimakan oleh bayi, buangkan saja sisa itu. Makanan yang telah terkena air liur (dari mulut bayi anda atau sudu makan) akan mengandungi bakteria yang cepat membiak jika makanan tidak dibuang.

• Periksa bilakah tarikh bagi “baik sebelum” dan “gunakan sebelum” pada makanan dalam tin/botol yang hendak diberikan kepada bayi anda. Jika anda mahu memberikan bayi makanan yang bukan disedia secara segar, atau jika anda mahu menyimpan makanan bayi yang berlebihan (yang tidak pernah dipanaskan semula atau bersentuhan dengan mulut bayi anda) anda boleh menyimpannya dalam peti ais selama 24 jam selepas dibuka. Buangkan semua makanan lama yang sudah dipanaskan sekali atau yang telah diusik, iaitu, diberikan kepada bayi dalam bekasnya.

• Cuci kerusi tinggi budak, alas dada serta ruang-ruang makanan bayi dengan air panas bersabun atau lapkan dengan pencuci antibakteria. Pastikan dapur anda bersih, terutamanya lantai, yang bayi suka pergi merangkak!

• Jika bayi anda makan makanan jejari atau makan menggunakan tangan, jangan lupa mencuci tangannya sebelum dia makan.

• Periksa suhu peti ais anda; ia mesti cukup dingin antara 0 darjah C dan 5 darjah C (32 – 41 darjah F). Belilah termometer peti ais jika itu tidak dibekalkan.

• Tukar tuala dapur dan kain pengelap dengan kerap.

• Masak telur sehingga kuning telur dan putih telur cukup keras, dan masaklah daging sehingga tiada kelihatan kesan darah di bahagian tengahnya.

• Jika makanan dibekukan, nyahbekukannya dengan sempurna sebelum dimasak, kecuali jika arahan di paket menyatakan sebaliknya.

Related Posts with Thumbnails