“Highlight kredit to Sokernet.com”
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan diantara Malaysia dan Indonesia sebentar tadi telah dimenangi oleh pasukan Malaysia apabila berjaya membenam pasukan Indonesia 2 – 0 hasil jaringan Azamuddin & Mahali. Kemenangan ini sekaligus melayakkan pasukan Malaysia untuk aksi separuh akhir nanti. Malaysia akan bertemu pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir nanti pada 09.12.2012 di Stadium Bukit Jalil. Sementara itu, pasukan Singapura muncul sebagai juara kumpulan apabila berjaya menewaskan Laos dengan jaringan 4 – 3 di satu lagi perlawanan di Stadium Shah Alam.
Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir:
Filipina vs Singapore – 8 Disember 2012 , Sabtu di Stadium Memorial Rizal , Manila
Malaysia vs Thailand – 9 Disember 2012 , Ahad di Stadium Nasional Bukit Jalil , Kuala Lumpur
Jadual Perlawanan Pusingan Separuh Akhir Kedua Piala AFF Suzuki
Singapore vs Filipina – 12 Disember 2012 , Rabu di Stadium Jalan Besar , Singapore
Thailand vs Malaysia – 13 Disember 2012 , Khamis di Stadium Supachalasai , Bangkok








You must be logged in to post a comment.