Zul Murky
(1504 comments, 428 posts)
This user hasn't shared any profile information
Posts by Zul Murky
Pasca Bersih 3.0 (Ringkasan cerita)
2Ramai yang tahu, 28.04.2012 adalah tarikh yang bakal dimasukkan dalam buku – buku teks sekolah ataupun universiti kerana pada hari itu berlaku rusuhan dari demonstrasi yang sepatutnya aman (mata keatas tangan korek hidung). Bersih 3.0 ataupun dikenali sebagai “Clean three point O” adalah sebuah perhimpunan simbolik dimana para peserta hanya perlu duduk dan bantah tanpa perlu bermain sembunyi – sembunyi dengan polis. Dan yang simboliknya juga perhimpunan ini bebas, aku ulang balik BEBAS dari anasir – anasir politikus. Ye ke? kenapa Anwar ada ek kat sana? hehe.. simboliknye.
Skrip dari Bersih 1.0 sehingga 3.0 hampir – hampir sama, bezanya pada kali ini polis sedikit baik kerana hanya menggunakan bout sebagai senjata utama dan menunggu burung masuk ke dalam denak tanpa perlu melepaskan jaring berasap dulu untuk menangkap burung. Begitu juga drama sedih, Bersih 3.0 tiada drama orang meninggal dunia seperti Bersih 2.0 dimana driver van ambulans deman seminggu kerana mayat tiba – tiba berjalan keluar tanpa rasa malu. Tetapi!, hah, ada tetapi lagi, Bersih 3.0 disajikan aksi stunt diantara pemandu F1 Polis dan juga peserta – peserta Bersih dimana kita boleh melihat orang meloncat – loncat di atas bumbong kereta dan flying kick dari hadapan terus ke cermin kereta yang mana Jackie Chan pasti hairan bagaimanakah aksi stunt itu dilakukan tanpa bantuan alat “bajie jumpin”.
Tak lupa juga, aksi -aksi ala WWF diantara polis dan peserta Bersih dimana pihak polis telah melakukan aksi tag team yang cukup luar biasa dan tidak adil (harus diingat, tag team ini telah dirancang oleh Steve McMohan) dengan lebih 10 polis memijak satu wrestler tahap lightweight. Pergh! dah macam budak Skin Sharp kena pijak dengan boot budak Skin Nazi pulak aku tengok.
Popularity: 1% [?]
Tan Sri Anuar Musa digantung 2 tahun 6 bulan
0
Sejarah hitam bola sepak negara kembali lagi. Jika dulu, seorang tokoh bola sepak negara, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil telah digantung 7 tahun (digantung 2 kali) akibat terlampau cintakan nasib bola sepak negara, kini ia telah berulang kembali. Kali ini, mangsa ketidakbukaan FAM adalah Tan Sri Anuar Musa yang digantung 2 tahun 6 bulan kerana mengkritik prestasi skuad bola sepak negara. Tindakan ini boleh dikatakan berat sebelah kerana Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad tidak dikenakan apa – apa tindakan walaupun turut mengeluarkan kenyataan mengkritik skuad negara. FAM semakin hari semakin keras kepala, dari Presidennya sehinggalah kroni – kroni FAM.
Apa yang pasti, FAM adalah badan induk yang tidak dapat menerima pendapat dan juga kritikan samada dari peminat bola sepak sehinggalah individu penting yang benar – benar sayangkan masa depan bola sepak negara.
p/s: Buat peminat – peminat bola sepak negara yang turun berdemonstari mendesak Presiden FAM meletak jawatan, tahniah diucapkan! dan diminta jangan berhenti mendesak agar Presiden FAM meletak jawatan demi masa depan bola sepak negara. Selagi “orang – orang” tersebut tidak meletak jawatan, masa depan bola sepak negara akan terus mundur.
p/s/s: 30 tahun memegang jawatan tersebut, tetapi hasilnya?? memalukan!
JAWATANKUASA Tatatertib FAM memutuskan Timbalan Presiden badan induk itu, Tan Sri Annuar Musa didapati bersalah sekaligus digantung selama dua tahun enam bulan.
Prosiding Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selesai setelah lebih tiga jam mendengar kes membabitkan Tan Sri Annuar Musa di Wisma FAM di Kelana Jaya, petang tadi.
Annuar keluar dari Wisma FAM pada jam 6.35 petang, tetapi enggan mengulas lanjut berhubung keputusan jawatankuasa itu.
Ketika ditanya mengenai keputusan jawatankuasa, Annuar bagaimanapun enggan mengulas lanjut atas alasan beliau tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.
Katanya, keputusan rasmi akan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufik Abdul Razak.
Popularity: 1% [?]
Safee Sali bercerai
0
Sumber: Google
Dugaan buat bintang bola sepak negara yang juga pemain Pelita Jaya, Muhd Safee Sali yang bercerai dengan isterinya hari ini. Diharap, bintang bola sepak negara ini tabah menghadapi dugaan yang datang tidak menganggu prestasi dan kariernya yang sedang berada di puncak. Semoga Safee dan bekas isteri kembali berbaik semula.
SHAH ALAM: Bintang bola sepak negara, Safee Sali, bercerai talak satu dengan isterinya, Sabarina Yusof, di sini hari ini.
Safee melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Popularity: 1% [?]
Lumpuh tetapi merogol?
2Sebuah berita pelik bin ajaib, kisah seorang lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun. Yang peliknya, lelaki tersebut lumpuh dari paras pinggang sehingga kebawah. Bagaimana seorang yang agak mustahil untuk bergerak boleh merogol seorang remaja. Adakah remaja tersebut rela melakukan hubungan seks, lepas tu kantoi dengan penjaga dia dan disuruh membuat laporan polis kerana dirogol ataupun si lelaki itu meletakkan ubat tidur dan merogolnya. Undang – undang Malaysia mengklafikasikan rogol jika mangsa berusia bawah 18 tahun walaupun hubungan seks dilakukan atas suka sama suka.
KUALA TERENGGANU — Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lepas.
Mohd. Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerusi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, merupakan bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Sapawi didakwa merogol pelajar itu di rumahnya di Kampung Beting Lintang di Kampung Raja, Besut, antara 8 malam dan 11 malam 27 November lepas.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh mengulangi perbuatan itu pada 28 dan 29 November di sebuah rumah berdekatan rumahnya antara waktu yang sama.
Tiada pengakuan dicatatkan.— BERNAMA
Popularity: 1% [?]
Mangsa “culik” tipu diculik.
2
Sekarang ini musim orang hilang, orang kena culik dan segala bagai, tetapi kes yang paling “menyayat” hati adalah kes budak kena culik dan dibawa lari sehingga ke Thailand. Mana tidaknya, hampir 1Rakyat Malaysia ditipu hidup – hidup oleh “mangsa” culik yang kononnya diculik dan dibawa lari ke Thailand. “Mangsa” tu bukan saja menyusahkan mak bapak, malah menyusahkan Polis Malaysia, rakyat Malaysia yang sangat bersimpati dengan kehilangannya dan juga polis Thailand yang terpaksa membawa pulang “mangsa culik” tu. Kecik – kecik lagi otak dah ligat nak merancang jenayah. Siap jadi mastermind lagi. Dah ko merayau, lepas tu kena tangkap, telefon mak kata kena culik. Isk! betul – betul menyusahkan orang. Harap – harap, remaja lain tidak ikut perangai macam neh.
Popularity: 1% [?]
SBPA batal, SSM ditambahbaik
1Sebentar tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Kenyataan ini diumumkan semasa beliau berucap di majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi. Antara intipati ucapan beliau adalah:
1. Mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan, antaranya:
- Kumpulan pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 – Pelarasan sebanyak 13%
- Kumpulan Gred Utama C, B, A – Pelarasan sebanyak 9%
- Gred Turus III dan II – Pelarasan sebanyak 8%
- Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) – Pelarasan sebanyak 7%
2. Perdana Menteri juga mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 di kawasan B dan C : -
- Kawasan B – RM250
- Kawasan C – RM150
Sebelum ini Elaun Sara Hidup (COLA) dikawasan B dan C adalah sebanyak RM200 dan RM100. Elaun COLA dikawasan A pula kekal sebanyak RM300.
Dengan terbatalnya pelaksanaan SBPA, segala perjanjian yang telah ditandatangani pada awal Januari 2012 yang lalu automatik terbatal. Kakitangan awam sekarang menunggu bila tarikh kenaikan ini akan dikuatkuasakan samada tertakluk pada kenaikan tahunan seperti biasa atau sebaliknya.
Popularity: 2% [?]



Recent Comments