Zul Murky

Zul Murky

(1504 comments, 428 posts)

This user hasn't shared any profile information

Posts by Zul Murky

Kerana terhegeh – hegeh mahu jadi popular

8

Benda neh mungkin orang anggap dah lama, dan pada aku memang dah lama pun sebab ia dah lama terjadi (hampir dua bulan kot) tapi disebabkan geram terhadap orang ini, aku semakin gatal untuk menulis pasal kejahilan dia melakukan sesuatu. Orang yang haku maksudkan ialah “Malaysian First Lady” (Ceh!). Sejak terhegeh – hegeh mahu gelaran “first lady”, dia mula melakukan sesuatu yang betul – betul menunjukkan kejahilannya dalam hukum – hakam agama Islam. Benda yang beliau lakukan ialah pertunjukan fesyen yang beliau buat di Monte Carlo.

Penganjuran Festival Fesyen Islamik (IFF) yang beliau buat itu betul – betul memalukan umat Islam keseluruhan dan juga Malaysia sebagai negara Islam kerana ia tidak langsung menunjukan sifat – sifat islamik yang sebenar dimata dunia. Secara terang – terangan setiap fesyen yang diperagakan tidak LANGSUNG menutup aurat wanita. Ini bukan saja memberi tanggapan salah kepada orang – orang bukan Islam diseluruh dunia, malah mengudang persoalan dikalang orang bukan islam sendiri tentang aurat seorang wanita. Malu bukan?

(more…)

Popularity: 4% [?]

Apa Rasionalnya bina bangunan 100 tingkat?

14

RM5 Billion. Itu angka yang bakal digunakan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk membina bangunan Warisan Merdeka yang setinggi 100 tingkat di tengah – tengah kesesakan ibu kota. Apa rasionalnya membina bangunan 100 tingkat? membuka peluang pelaburan? membina mercu tanda? atau mengejar status bangunan tertinggi di dunia yang akhirnya hanya burung dan Jin yang duduk dibangunan itu. Terus – terang aku katakan, jika pembinaan yang dijalankan ini sekadar membina mercu tanda, baik dilaburkan sahaja wang tersebut ke tempat – tempat yang lebih memerlukan. RM5 billion bukanlah satu jumlah yang sikit. RM5 billion adalah jumlah yang boleh digunakan untuk memajukan rakyat dinegara ini.

Walaupun pihak PNB menafikan menggunakan wang kerajaan dalam pembangunan bangunan Warisan Merdeka ini, kita tidak tahu samada Presidennya bercakap benar ataupun bohong mengenai dana yang bakal digunakan dalam pembinaan ini. Bukan hendak menuduh PNB bohong dalam kenyataannya mengenai dana yang bakal dikeluarkan oleh mereka, cuma agak ragu – ragu dengan kenyataan yang dikeluarkan. Yalar, sekadar cakap ada dana RM140 billion, aku pun boleh kata yang duit yang bakal diorang guna itu dikorek dari kantung kerajaan dan dari para pelabur unit amanah.

Permodalan Nasional Berhad (PNB)- pemaju mercu tanda baru ibu kota – Warisan Merdeka yang akan dibina di tapak sekitar Stadium Merdeka dengan nilai kos pembangunan RM5 bilion tidak akan menggunakan wang pelabur unit amanah dan juga wang kerajaan.

mStar online

(more…)

Popularity: 3% [?]

Intipati bajet 2011

11

Bajet sudah pun dibentang oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib  Razak pada hari Jumaat yang lalu dan banyak respon – respon telah didengari dari rakyat setelah selesai pembentangan itu. Ada yang berpuas hati dan ada juga yang merasakan bajet kali ini tiada yang istimewa melainkan cerita – cerita biasa sahaja. Apapun, terima sajalah belanjawan bijaksana ini dengan fikiran yang terbuka. Mana tahu, kelak dimasa hadapan, Malaysia akan menjana pendapatan yang lebih tinggi dari hari ini. Insyallah kalau diizinkan tuhan.

Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

(more…)

Popularity: 8% [?]

Bajet 2011 Bajet Rakyat?

8

adakah warna ungu itu untuk rakyat?

Sebentar lagi, PM Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan hala tuju belanjawan negara bagi tahun 2011 di Parlimen pada pukul 04.00 petang nanti. Banyak rakyat tertanya – tanya apa belanjawan yang bakal dibentangkan oleh PM untuk rakyat negara ini? Sejak dikatakan ekonomi negara yang semakin baik, ramai berharap kerajaan bakal menimbangkan Gaji Minimum untuk pekerja swasta, penurunan cukai, penambahan subsidi, pendidikan dan peningkatan mutu kemudahan negara ini dalam pembentangan bajet kali ini. Walaubagaimana pun, jangan meletakan harapan terlalu tinggi pada Bajet 2011 ini kerana ia sukar diramal dan tidak seperti yang di war – warkan samada di surat khabar, televisyen ataupun dimulut – mulut rakyat. Kadang – kala apa yang diharapkan tidak termaktub dalam buku belanjawan, dan kadang – kala, apa yang tidak dijangka akan diucapkan, tiba – tiba terpacul dimulut PM. Tapi yang pasti, setiap kali belanjawan, kita tahu yang harga Rokok dan Arak pasti dinaikkan melalui kenaikan harga cukainya. Itu tidak menjadi masalah, cuma apa yang rakyat harapkan bajet kali ini, ia akan membantu rakyat untuk hidup dengan lebih selesa didalam keadaan ekonomi RAKYAT yang tidak menentu disebabkan kenaikan harga – harga keperluan dan minyak!.

Sambil menyifatkannya sebagai ‘bajet oleh rakyat’, Perdana Menteri berkata, perkara berkaitan pekerjaan terutama pelaksanaan gaji minimum, cukai dan subsidi, kualiti dan kos pendidikan serta menaikkan taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar adalah antara topik yang dibangkitkan.

- Berita Harian

Popularity: 7% [?]

Sampai bila bas akan menjadi keranda bergerak?

6

Gambar kemalangan Plaza Tol Simpang Ampat

Setiap tahun, kemalangan melibatkan bas sentiasa berlaku dinegara kita ini. Dia apabila berlakunya kemalangan, pasti kemalangan jiwa yang akan terjadi tidak kira jumlah tinggi ataupun tidak. Dan semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri melibatkan Bas express, Bas JKM, sebuah Van dan 3 buah kereta yang meragut 15 nyawa dan berpuluh lagi yang cedera. Persoalannya sekarang, adakah Bas merupakan sebuah pengangkutan awam yang selamat?

Rata – rata rakan haku lebih rela menaiki keretapi untuk perjalanan jauh dari menaiki bas kerana bimbangkan kejadian seperti ini berlaku. Bagi mereka, pepatah “biar lambat asal selamat” membuatkan mereka lebih merelakan diri lambat tiba ke destinasi dari menyerahkan 50% nyawa mereka kepada pemandu bas. Bukan niat menyalahkan pemandu bas 100% dalam kemalangan yang melibatkan bas, tetapi jika dilihat dari sejarah – sejarah kemalangan ngeri yang melibatkan bas, rata – ratanya disebabkan kecuaian pemandu bas itu sendiri. Ada yang mengantuk semasa memandu, ada yang memandu laju dan tidak kurang juga yang memandu dibawah pengaruh dadah!.

Sebagai contoh, lihat kejadian kemalangan yang berlaku di Perak beberapa bulan lepas dimana pemandunya dikatakan mengantuk semasa memandu dan akhirnya menyebabkan lebih 10 nyawa melayang. Tidak kurang juga ada kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian orang. Disebabkan mahu mengelakkan kemalangan disebabkan kecuaian pemandu lain, akhirnya terpaksa mengorbankan nyawa sendiri dan penumpang.

(more…)

Popularity: 5% [?]

Setelah Murkiester[dot]com berusia 10 bulan

14

Pejam celik, pejam celik rupanya dah 10 bulan Murkiester.com bertapak didunia WordPress dan berdomain sendiri. Bermula 30.12.2009, Blog yang pada mulanya menggunakan platform blogspot sebagai tempat untuk meluahkan idea – idea penulis, telah menukar haluannya dengan menggunakan WordPress sebagai medium perantaraan diantara penulis dan pembaca. Rasa inginkan sesuatu yang baru dari segi keterampilan dan kebebasan, telah mendorong aku untuk berpindah dari Blogspot ke WordPress.

Semasa berkira – kira mahu berpindah dari Blogspot ke WordPress, aku seringkali memikirkan kesan yang akan berlaku terhadap blog aku setelah berpindah ke platform lain. Mana tidaknya, segala SEO, ranking, dan traffik akan kembali ke tahap Zero seperti lahirnya sebuah blog baru ke dunia Internet.

Tetapi setelah berfikir dalam bentuk jangka masa panjang, aku tekad berpindah juga walaupun terpaksa berkorban apa yang bina sebelum ini. Diawal perpindahan, memang banyak dugaan yang dihadapi oleh blog ini. Secara mendadak dan tiba – tiba, traffik merudum jatuh dari beratus traffik sehari kepada tidak sampai 50 traffik sehari. Jadi haku terpaksa melakukan cara manual yang paling memenatkan demi mendapatkan traffik. iaitu blogwalking. Memang aku terpaksa buat demi menaikan traffik dan juga ranking yang secara tiba – tiba jatuh.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]

Zul Murky's RSS Feed
Go to Top