Zul Murky
(1504 comments, 428 posts)
This user hasn't shared any profile information
Posts by Zul Murky
Digital Camera Magazine Edisi Malaysia: Majalah fotografi paling popular di Malaysia
48Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua.
Siapa diantara bloggers disini yang kaki photography? mesti ramai bukan? tak kiralah yang menggunakan kamera kompak ke, DSLR ke ataupun kamera handphone. Kalau dah minat mengambil gambar, boleh dikata kaki photogrphy. Dan haku rasa ramai juga readers blog ini juga gila edit mengedit gambar mengunakan photoshop bukan. Mestilah minat, kalau dah kaki ambil gambar mesti minat mengedit, lagipun haku pernah berkata dulu, gambar tanpa edit umpama lagu tanpa irama. Cewah.
Ok, back to topic, sebenarnya entry haku kali ini haku nak reviewkan satu majalah Fotografi yang selalu haku langgan iaitu majalah Digital Camera. Siapa yang merupakan seorang photographer mesti tahu tentang majalah ini sebab majalah ini memang menjadi salah satu sumber rujukan mereka. Dan kepada yang tidak tahu, haku akan ceritakan secara pelahan – lahan supaya korang tahu kelebihan majalah yang selalu haku baca neh.
Majalah ini sebenarnya asal dari United Kingdom dan dibawa ke Malaysia oleh syarikat Velocity Media Sdn. Bhd. Majalah ini mempunyai banyak info dan tips mengenai photography jika hendak dibandingkan dengan majalh fotografi yang lain. Dari mempelajari teknik – teknik mengambil gambar sehinggalah mendapatkan info – info mengenai DSLR, semuanya anda boleh dapati dalam majalah ini. Memang tak rugi kalau menjadikan majalah ini sebagai sumber rujukan fotografi korang. Haku mula melanggan majalah ini lebih kurang setahun lepas selepas haku memiliki DSLR haku sendiri. Banyak majalah fotografi sudah haku baca dan laman – laman web haku lawati untuk mempelajari teknik – teknik mengambil dan mengedit gambar sehinggalah salah seorang rakan photographer haku mencadangkan kepada haku untuk membaca majalah Digital Camera.
Haku cukup terkejut setelah membaca majalah ini kerana terdapat info dan ilmu yang sangat – sangat haku perlukan untuk memantapkan ilmu fotografi dan editing haku. Dan start daripada itu, haku terus melanggan majalah ini kerana haku rasa majalah ini sudah cukup untuk haku mengorek tip photography tanpa perlu mencarinya dilaman web atau dimajalah lain.
Popularity: 40% [?]
Bahang Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 17 Semakin Dirasai
23Setelah bahang Anugerah Bintang Popular Berita Harian semakin menyejuk, kini satu lagi anugerah bakal memanaskan industri hiburan tanah air. Anugerah yang dimaksudkan ialah Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke – 17. Anugerah yang dianjurkan oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (AIMM) dan disokong oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) serta pihak media penyiaran dan syarikat komunikasi sebagai penaja utamanya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat seni muzik tanah air yang telah berjuang dalam memartabatkan industri muzik tanah air.
Berbeza dengan anugerah – anugerah yang lain, pemenang untuk anugerah ini dipilih 100% oleh juri profesional bukanya melalui undi peminat. Ini bermakna, kualiti lebih penting dari populariti.
Edisi ini juga dikatakan mendapat pencalonan paling tinggi sekali sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dimana pihak penganjur menerima 925 jumlah pencalonan, peningkatan sebanyak 30%. Menurut Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia, Dato’ Aziz Bakar, peningkatan ketara ini dapat dilihat menerusi pencalonan 12 kategori muzik single yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu.
Popularity: 4% [?]
Denaihati ingin memberikan 2 laptop Acer Aspire One Percuma!
26
Berjalan ke blog rakan – rakan tadi, mata haku terhenti disatu entry contest yang cukup menarik untuk disertai. Lantas haku berhenti diblog tersebut dan klik link yang menganjurkan peraduan itu. Blog yang haku maksudkan itu ialah blog Denaihati. Beliau menganjurkan dua peraduan dimana hadiahnya cukup menarik untuk dimenangi. Hadiah dia ialah 2 laptop Acer Aspire One dimana pemenang setiap peraduan akan mendapat laptop Acer Aspire One. Dan syarat untuk menyertainya pun cukup mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah: -
Untuk peraduan pertama, Referral paling banyak:
1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://www.murkiester.com (tengah cari sponsor untuk hadiah entri terbaik)
2. Follow @ http://twitter.com/denaihati
3. Follow @ http://facebook.com/denaihati
Untuk peraduan pertama ini, hadiah akan diberikan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI sepanjang 2010 berdasarkan analisa Google Analytics. Cara untuk menjadi TOP REFERRER adalah bebas, anda boleh menampalkan banner denaihati di sidebar atau letakan link denaihati.com dalam setiap entri baru.
Popularity: 3% [?]
Keputusan dan rangkuman gol – gol perlawanan Akhir Piala FA 2010
9
Perlawanan yang begitu mendebarkan malam tadi. Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana berjaya mempertahankan kejuaraaan Piala FA yang dimenangi pada tahun lepas. Tahniah kepada pasukan Hijau Kuning. Walaupun tewas, mereka memberikan komitmen yang cukup baik malam tadi. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka apabila gagal memanfaatkan peluang sudah terhidang didepan mata. Ketamakkan Penjaga Gol Kedah, Helmi Eliza Elias yang mengambil sepakan penalti dan seterusnya gagal menyudahkannya menyebabkan Kedah gagal membawa pulang Piala FA ke Alor Setar. Walaubagaimanapun, Helmi diumumkan sebagai Penjaga Gol terbaik malam itu kerana berjaya menyelamatkan beberapa cuba merbahaya pasukan Negeri Sembilan.
Kedah Terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi gerakan cantik satu – dua diantara Syafiq Jamal dan Badrol Bakhtiar dan seterusnya disudahkan oleh Badrul hasil Lop yang menarik. Gol penyamaan Negeri Sembilan pula dijaringkan oleh penyerang muda pasukan itu, Shaffik Rahman, apabila beliau berjaya memperdayakan 3 pertahanan Kedah sebelum menjaringkan gol pada minit ke – 39.
Hasil daripada gol itu, perlawanan diheret sehingga ke masa tambahan dan seterusnya ke penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 5 – 4. Keseluruhan perlawanan semalam, kedua – dua pasukan saling berbalas – balas serangan terutamanya semasa separuh masa kedua. Pemain terbaik malam tadi dimenangi oleh Badrol Bakhtiar
Popularity: 3% [?]
Hipokrit Commentator
40
Komen – mengomen diblog orang lain adalah pekara yang sering dilakukan para blogger untuk sentiasa berhubung diantara satu sama lain. Selain daripada mengeratkan hubungan silaraturahim diantara blogger – blogger, ia juga membantu mempromosikan dan mempertingkatkan sumber traffik sesebuah blog. Macam mana ia membantu? rasanya haku tidak perlu bagitau lagi kerana anda semua tahu kepentingan meninggalkan komen diblog orang lain.
Dan bagi yang suka meninggalkan komen diblog orang lain pasti melihat ragam dan telatah blogger – blogger atau anonymous meninggalkan komen. Ada yang suka meninggalkan komen secara ilmiah, ada yang komennya tidak langsung berkaitan dengan topik, ada juga yang memaki dan ada juga yang sekadar menulis “Yey! haku orang 1st mengomen di entry ini” (haha).
Kalau dilihat dari ragam – ragam yang haku bagitau tadi memang hendak tergelak pun ada. Biasalah, kalau semua komen disesebuah entry itu mempunyai nada atau tone yang sama tak best pula, tiada keseronokan untuk membaca komen – komen itu. Jadi kepelbagaian komen – komen yang ditinggalkan disesebuah entry sebenarnya memberikan kemeriahan terhadap sesebuah entry.
Tapi ada satu bentuk komen yang cukup menjengkelkan haku. Komen – komen berunsur hiporkrit. Komen – komen seperti ini selalunya timbul apabila isu – isu panas dimainkan oleh blogger – blogger. Diulangi, hanya isu – isu panas.
Komen – komen hiporkrit neh boleh dilihat apabila seorang komentator meninggalkan komen menyokong di dua entry yang sama tetapi berunsur pro dan kontra. Anda semua paham tak ayat tu? haku pun tak paham sebenarnya. (haha). Okok, macam ini maksud dia, komentator ini akan menyokong entry “A” (blog A) yang bersifat menyokong dan dalam masa yang sama menyokong entry “B” (di blog B) yang bersifat menentang. Mana satu sebenarnya yang disokong? Entry A atau Entry B. Ok itu satu. Contoh, kes budak (haku lupa namanya) yang menghina Allahyarham Din Beramboi di Facebook.
Popularity: 3% [?]




Recent Comments