Zul Murky

Zul Murky

(1504 comments, 428 posts)

This user hasn't shared any profile information

Posts by Zul Murky

Perhimpunan 901, apa perlu korang buat?

1
map berkumpul, bukan map kenduri kahwin tau

Besok satu lagi sejarah Demonstrasi akan berlaku, bukan demokrasi tau, sebab negara Malaysia tak cukup demokrasi lagi sebab senang sangat nak berhimpun, kalau negara demokrasi lain macam Britain atau US lagi senang nak berhimpun siap boleh buat riot lagi kah kah kah. So kepada yang nak pergi perhimpunan 901 besok (bukan 501 tau, perhimpunan 501 nak bantah penjualan jeans Levi’s siam hehe), pastikan korang ikut arahan dari pihak KDN iaitu:

  • Polis akan memasang pita had kawasan perhimpunan
  • Dilarang kain rentang ‘Bebaskan Anwar 901′ atau ‘Bebaskan Anwar’
  • Dibenar hanya dua ‘loudhailer’ bagi kawal peserta
  • Dilarang berucap
  • Dilarang mengganggu prosiding mahkamah
  • Jika kawasan penuh, peserta lain perlu beredar
  • Penganjur pastikan peserta tidak bawa senjata
  • Bersurai tidak lewat daripada satu jam selepas keputusan mahkamah
  • Patuhi arahan polis
  • Dilarang melakukan khianat atau merosakkan harta benda awam

So, polis dah bagi kebenaran kenalah ikut arahan yer, jangan diibarat orang dah bagi masuk rumah, buat rumah macam rumah sendiri pulak yer. lagi satu diharap yang pergi tue semua bijak – bijak pandai, orang bodoh jangan pergi tau baik PR ke, Perkasa ke or Pekida, harap yang pergi tu bijak – bijak belaka, sebab yang bodo – bodoh belaka neh suka buat huru hara, maklumlah terpengaruh sangat dengan filem – filem barat (hehe). Oh yer, ada satu tips aku nak bagi neh:

(more…)

Popularity: 1% [?]

Video Nikon D4 bakal hentam Canon

0

Wah, kagum betul aku tengok warga – warga fesbuk dengan ter”release”nye jenama terbaru Nikon iaitu Nikon D4. Segala macam post dibuat oleh warga fesbuk mengenai DSLR terbaru neh, dari posting berbentuk huruf sehinggalah berbentuk video (haha). Aku baru saje tengok hand – on preview mengenai Nikon D4 dan aku juga kagum tapi tak “eksited”, hehe. Sebabnya pertama aku bukan pengguna Nikon dan kedua kalau aku “eksited” pun apa aku boleh buat, tak mampu nak beli beb, $6000 (or $4799??) sebijik! cuba kali dengan 3 duit Malaysia (hehe), dah boleh beli Honda civic ferio secondhand sebijik yang spec single cam. Kalau mampu pun aku akan beli 1DX ataupun 5D3 dua bijik (boleh bikin video wedding)

Ok2, kembali ke pangkal jalan. Dari apa aku tengok dekat video preview Nikon D4, banyak spec telah di”upgrade”kan. Biasalah, takkan kamera baru nak totally downgrade pulakkan. Banyak spec telah ditingkatkan dari Nikon terdahulu iaitu D3S (nak detail boleh tengok video kat bawah) tp yang benar – benar membuatkan aku teruja dan tercengang biji mata, kualiti video HD dia (dalam hati kata habislah Canon). Sangat cantik, sangat smooth, sangat cool dan habislah Canon. Video HD memang lain dari DSLR – DSLR Nikon yang terdahulu, sangat superb dan macam Canon pulak aku tengok (ehehe).

So, Canon kenalah cepat – cepat release 5D3 untuk strike back apa yang Nikon buat sekarang. Aku yakin 5D3 yang bakal keluar tak lama lagi pasti dapat menandingi Nikon D4 dari segi kualiti video,  Kalau tak tercalarlah rekod video DSLR terbaek yang dipegang Canon (haha).

p/s: tengah sabar menunggu ke’release’san 5D3, hehe

(more…)

Popularity: 1% [?]

ADV: Pakej Fotografi Perkahwinan 2012

0

Assalamualaikum, saya disini ingin berkongsi satu pakej fotografi dari Marki Photography untuk pasangan – pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun 2012. Marki Photography sekarang sedang mengadakan satu promosi pakej fotografi dimana client boleh mendapatkan photobook percuma atau pre-wedding (hanya untuk pakej terpilih sahaja). Hubungi 014-6425917 atau email kepada vionerq@yahoo.co.uk untuk maklumat lanjut. Untuk melihat sampel – sampel gambar, anda semua boleh terus ke blog Marki Photography untuk melihat sampel gambar – gambar perkahwinan disana.

(more…)

Popularity: 4% [?]

Gambar kereta Honda dimusnahkan

1

Pandangan atas keadaan kereta Honda selepas banjir

Banjir yang berlaku di Negara Thailand pada beberapa bulan lalu bukan sahaja memusnakan banyak harta – harta awam dan harta – harta perniagaan, ia turut memusnahkan lebih kurang 1,055 kereta – kereta jenama Honda di wilayah tengah Ayuttaya, Thailand. Pihak Honda memberi jaminan kepada para pelanggannya dengan tidak menjual kereta – kereta banjir ini sebaliknya menyakinkan mereka dengan memusnahkan kereta banjir ini. Proses memusnahkan kereta ini dilakukan di kilang Honda yang terletak di Rojana Industrial Park. 

p/s: Kalau diorang repair luar dalam, enjin interior dan jual RM5k aku sanggup beli..hehe

(more…)

Popularity: 1% [?]

Perang ludah – meludah hampir bermula

0

Ludah sana, ludah sini. Ludah atas ludah bawah, ludah atas air ludah jatuh ke muka, ludah bawah kena terkena kasut pula. Haha! sebelum ini isu Lynas, lepas tue isu Lembu sekarang isu Ludah, semuanya berkaitan dengan L, diulangi huruf L haha!. Ada yang cuba nak tunjuk hero, ada juga nak tunjuk pandai dan ada juga nak cari populariti, tetapi yang pasti memalukan agama dan bangsa. Pasal bendera bergaduh sesama sendiri, pasal nak sangat berdemo, sanggup memalukan bangsa, bangsa lain semakin bijak dan bersatu, bangsa yang satu neh semakin bodoh dan berpecah pasal suka sangat berpolitik dan berdemo. Yang student cara student yang bapak budak cara bapak budak. Suka sangat bercakaran, suka sangat menabur fitnah, suka sangat bergaduh mulut, suka sangat kutuk mengutuk suka sangat bermasam muka sampai di masjid pun tiada penyatuan. Lantak korang ler, makin benci pula tengok gelagat bodoh diorang. Nak kata memperjuangkan nasib rakyat, isu peribadi dan cari salah pemimpin yang diangkat, isu asas dan hak rakyat sipi – sipi saja kedengaran. Al-maklumlah, PRU 13 makin dekat. Makin kuat gendang perang dimainkan. Sekarang perang Ludah lepas neh mungkin perang saudara. Tahniah bangsa Melayu!

(more…)

Popularity: 1% [?]

Malaysia juara bola sepak Sukan Sea 2011

5

Pemain negara meraikan kejayaan memenangi pingat Emas Sukan Sea 2011

Malaysia sekali lagi mempertahankan kejuaraan pingat emas yang mereka menangi di temasya Sukan Sea di Vietnam 2009 apabila berjaya melenyapkan ego dan jeritan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno dengan berjaya menewaskan pasukan Garuda Muda hasil penentuan sepakkan penalti. Sebelum itu, skuad Harimau Muda dikejutkan dengan jaringan awal hasil tandukan pemain pertahanan Indonesia Gunawan, pada minit kelima.

Hasil dari jaringan itu, skuad negara bangkit dengan membuat serangan bertali arus ke gawang Indonesia dan hasilnya, Asarudin Putra berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan ke gawang Indonesia pada minit ke-35. Selepas itu, kedua – dua pasukan terus mengasak untuk menjaringkan gol tetapi gagal dalam 90 minit perlawanan dan membawa perlawanan ke masa tambahan.

Kedudukan 1 – 1 tidak berubah disepanjang 30 minit masa tambahan dan penentuan juara terpaksa dilakukan dengan sepakan penalti. Kemenangan penuh bermakna ini terhasil apabila kapten pasukan Malaysia, Badrul Bakthiar menjaringkan gol kemenangan pasukan Malaysia apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir. Malaysia menang dengan jaringan 4 – 3 hasil penentuan sepakan penalti.

Syabas buat skuad negara kerana berjaya mempertahankan kejuaraan dan yang paling penting sekali menutup mulut segala ejekan penyokong Indonesia. Syabas sekali Harimau Muda!

Video perlawanan Indonesia & Malaysia

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

Zul Murky's RSS Feed
Go to Top