Murky is On The Way!
berita
Malaysia pengeluar kondom terbesar
Jan 13th
Agak lawak bila dengar berita terbaru ini, Malaysia bakal pengeluar kondom utama dunia? satu pencapaian yang tidak boleh dibanggakan. Apa yang pasti, berita ini pasti akan digunakan oleh pihak pemprovok indon untuk mengejek – ejek Malaysia.
NEW DELHI: Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).
MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.
“Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.
Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.
Pengeluar utama Asia – Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia – terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.
Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.
“Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom,” kata Low.Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.
Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. – BERNAMA
Popularity: 1% [?]
Respon Azwan Ali selepas Anwar dibebaskan
Jan 9th
Selepas keputusan mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, manusia yang paling bergembira diatas berita ini bukanlah dari Keluarga Anwar Ibrahim, rakan – rakan Anwar, Karpal Singh mahupun penyokong – penyokong PR sebaliknya seorang pengacara yang dah semakin “season” iaitu Azwan Ali. Beliau sangat – sangat bergembira sehinggakan terlupa batas – batas agama dan adab. Kegembirannya dizahirkan dengan kata – kata cacian & makian di Twitter beliau dengan mencarut sana sini.
Sia – sia artis lapok neh pergi sampai ke tanah suci dan bertaubat tidak mahu jadi seperti dulu, akhirnya dia kembali menjadi seperti dulu bahkan dua kali ganda teruk dari dulu.
p/s: teringat gambar dia pakai baju perempuan dulu, sumpah mak nak termuntah..kahkahkah
Popularity: 3% [?]
Anwar bebas dari tuduhan liwat
Jan 9th
Berita gembira buat penyokong Pakatan Rakyat umumnya dan penyokong Anwar Ibrahim khasnya kerana keputusan Mahkamah telah memihak kepada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan telah dibebaskan dari tuduhan tersebut sebentar tadi. Anwar Ibrahim boleh menarik nafas lega dan seterusnya menumpukan sepenuh perhatian dalam perancangan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang untuk menawan Putrajaya. Sementara itu, lebih 5000 penyokong Anwar telah berhimpun di kawasan parking kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak jam 05.00pagi untuk mendengar keputusan kes perbicaraan Anwar Ibrahim dan pastinya mereka bergembira mendengar keputusan Mahkamah ini.
Untuk rekod, perbicaraan ini berlangsung selama 87 hari bermula tahun 2008 dan keputusannya diketahui pada 09 Januari 2012
Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
“Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.
“Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.”
Popularity: 2% [?]
Kehidupan Muammar Gaddafi sebelum digulingkan pemberontak suruhan kafir
Oct 21st
Berita – berita (klik untuk lihat video) seluruh dunia hari ini meraikan kejayaan pemberontak suruhan Amerika dan Yahudi membunuh pemimpin yang paling digeruni oleh orang – orang kafir laknatullah, Muammar Gaddafi. Muammar Gaddafi telah dibunuh semasa pemberontak menyeret beliau keluar dari tempat persembunyiannya di dalam pembentung dibandar kelahirannya di Sirte, Libya. Muammar Gaddafi adalah diantara salah satu pemimpin Islam yang berani menentang barat, dan disebabkan keberaniannyalah pemimpin barat dan yahudi mengatur rancangan untuk menjatuhkannya dengan memperkudakan pemberontak.
Sila baca kisah hidupnya dan sebab beliau menjadi sasaran pemimpin barat dan yahudi untuk menjatuhkannya:
Popularity: 10% [?]
Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton EPL
Oct 19th
Ha! siapa yang mahu merasai menonton bola sepak bersama Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib di kediaman Rasminya, korang berpeluang untuk bersama beliau menonton perlawanan diantara Manchester United dan Manchester City Ahad di Putrajaya. Tetapi sebelum itu, korang kena mendaftar dahulu di laman web http://bit.ly/rmH8tz dan korang boleh membawa seorang teman nanti.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengajak peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada jam 8 malam Ahad ini.
Najib dalam laman webnya, www.1malaysia.com.my berkata, mereka yang berminat bolehlah mendaftar di http://bit.ly/rmH8tz untuk berpeluang menghadirkan diri bersama seorang teman.
Beliau yang juga penyokong kuat Manchester United, berkata pendaftaran dibuka sehingga jam 5 petang esok.
“Selepas menghadiri beberapa sesi menonton bola sepak beramai-ramai termasuk di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan bersama belia di Putrajaya, saya memutuskan untuk menganjurkan satu sesi yang serupa malam Ahad ini, 23 Oktober.
“Inilah masanya untuk saya ‘lepak’ bersama rakan-rakan Facebook dan Twitter,” katanya. – BERNAMA
Popularity: 2% [?]





