berita

Achik Spin Meninggal Dunia

28

Baru sebentar tadi haku menerima berita dari member haku di Facebook yang mengatakan Achik Spin meninggal dunia. Kerana inginkan kepastian, haku Google kesahihan berita menyedihkan ini dan terjumpa berita ini di Forum Carigold.

Achik Spin dikatakan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawanya apabila kenderaan yang ditumpangi beliau terbabas. Beliau yang tersepit tidak dapat menyelamatkan diri apabila kenderaan yang kemalangan itu terbakar.

Ini quote dari forum Carigold:

17 april – 07.00 pm..berita yang aku baru terima dari member2 call man.. achik spin meninggal dunia petang tadi, dengar kata dia tumpang kereta kawan dia (toyota estima) terbabas di perhentian nilai langgar signboard, arwah tersepit dalam kereta dan kereta terbakar.. kawan dia sempat keluar kereta.. apa2 pun kita tunggu berita mlm ni.

Marilah kita bersedekah Al-Fatihah kepada Arwah dan takziah diucapkan kepada ahli keluarga Achik Spin.

(more…)

Popularity: 33% [?]

Al – Fatihah, Din Beramboi meninggal dunia

22

Credit: Utusan Malaysia

Al – Fatihah buat pelawak dan penyampai radio terkenal Tanah Air, Arwah Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam tadi. Haku mendapat berita ini setelah menerima SMSĀ  dari rakan haku dan membaca berita terkini di Utusan online sebentar tadi. Arwah Mior Ahmad Fuad menghembuskan nafas terakhirnya di wad ICU Hospital Selayang akibat daripada penyakit Demam Denggi Berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

Kepada umat islam diseluruh negara, marilah kita bersedekah Al – Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa semoga roh Allayarham ditempatkan disisi orang – orang yang beriman. Semua rakyat pasti meratapi kehilangan permata seni tanah air ini. Buat keluarga Allahyarham, takziah haku ucapkan, semoga kalian semua tabah menghadapi dugaan ini.

(more…)

Popularity: 12% [?]

Malaysia 3 – Laos 1 (Sukan Sea Laos 2009)

7

Perlawanan Separuh Akhir Bola Sepak Sukan Sea Laos
Malaysia 3 – Laos 1

Malaysia meneruskan kecemerlangan mereka dalam sukan bola sepak sukan Sea Laos 2009 setelah berjaya melangkah ke peringkat akhir apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan jaringan 3 – 1 hasil jaringan Badrol Baktiar pada minit ke-13 dan ke-78 dan jaringan Syafiq Rahim pada minit ke-84. Manakala pasukan tuan rumah menjaringkan gol pada minit ke-72. Kali terakhir Malaysia menjejakan kaki ke peringkat Akhir adalah pada 2001 semasa sukan Sea di Kuala Lumpur.

Link to this picture and news click here.


Bermain dihadapan hampir 20,000 penyokong Laos, pasukan Laos terlebih dahulu mengasak benteng pasukan Malaysia. Namun dalam kealpaan pemain – pemain Laos memburu gol pembukaan, Badrul Baktiar menjaringkan gol cantik pada minit ke-13 hasil hantaran Manaf Mamat pada sebelah kanan. Selepas jaringan tersebut, permainan pasukan Malaysia tampak perlahan dan kelihatan seperti kekurangan Idea untuk melakukan percubaan kearah gol. Serangan pasukan Laos yang diterajui ayam tambatan mereka Lamnao Singto dan Kampheng Sayyavuthi juga terbantut dibahagian tengah dah mereka kelihatan sukar untuk melepasi benteng pertahanan pasukan Malaysia yang diketuai oleh Zafuan Adha. Percubaan terbaik pasukan Laos pada separuh masa pertama adalah hasil sepakan percuma oleh Kaysone Soukhavong yang berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol negara, Sharbinee Allawee.

Di separuh masa kedua, gol penyamaan yang dicari oleh Laos akhirnya berhasil apabila pemain Laos berjaya menewaskan penjaga gol negara Sharbinee Allawee pada minit ke-72.

Bersemangat ingin memburu gol ke-2, pasukan Laos terus mengasak benteng pertahanan negara, namun begitu, kealpaan benteng pertahanan Laos dihukum oleh pemain negara dan sekaligus memberikan gol ke-2 untuk pasukan negara apabila Badrol Baktiar berjaya menjaringkan gol hasil hantran S. Kunalan pada minit ke-78. Enam minit kemudian, Syafiq Rahim menutup sisa perjuangan Pasukan Laos untuk mara ke perlawanan akhir bola sepak sukan Sea apabila menjaringkan gol dari dalam kotak penalti Pasukan Laos.

Dengan kemenangan ini, pasukan negara akan bertemu kembali pasukan Vietnam yang berjaya menewaskan Singapura 4 -1 dalam perlawanan separuh akhir sebelumnya. Pada perlawanan peringkat kumpulan, Vietnam telah menewaskan Malaysia 3 – 1.

P/s: Perak untuk Pasukan bola sepak negara sudah berada didalam tangan, Emas merupakan bonus. Haku percaya, 100% rakyat Malaysia mahukan emas untuk bola sepak. Diharap, pemain – pemain dapat menghadiahkan emas untuk rakyat negara ini yang dahagakan kejayaan pasukan bola sepak negara. Malaysia Boleh!


Popularity: 1% [?]

Malaysia 2 – Thailand 1 – Sukan Sea Laos

14
Malaysia 2 – Thailand 1
Kejohanan Bola Sepak Sukan Sea Laos
Tahniah kepada skuad bola sepak negara kerana berjaya melangkah ke separuh akhir kejohanan bola sepak Sukan Sea Laos dengan menewaskan pasukan pilihan, Thailand 2 – 1 petang tadi. Gol Malaysia dijaringkan oleh Nasriq Baharom hasil hantaran dari sebelah kiri oleh Azmi Muslim pada minit ke 9 minit sebelum tamat 90 minit. Tetapi sebelum itu, Thailand terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke – 51 hasil sepakan percuma Arthit Sunthornphit. Gol kemenangan pasukan Malaysia muncul pada masa kecederaan hasil gerakan Norshahrul Idlan Talaha sebelum disudahkan oleh Ahmad Fakri Saarani. Dengan kemenangan ini, Malaysia mengikuti langkah pasukan Vietnam ke separuh akhir selepas berjaya menewaskan pasukan Kemboja 6 – 1. Bagi pasukan Thailand, ini kali pertama mereka gagal ke separuh akhir dalam tempoh 36 tahun. Selain itu juga, dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya menamatkan penguasaan Thailand selaku juara sukan SEA selama 8 tahun berturut – turut.

Adakah Sinar kegemilangan bola sepak negara akan kembali??
Tahniah sekali lagi.

Popularity: 1% [?]

Saman Bekas Tunang RM 1juta

25

Saman Bekas Tunang RM 1juta
Terkasima haku pagi neh bila haku belek – belek paper pagi terutama kat surat khabar Harian Metro. Berita bekas tunang kena saman RM 1,000,000 kerana memutuskan pertunangan. . Haku ingatkan Si perempuan yang menyaman si lelaki RM 1 juta tu, tapi bila baca berita sampai abeh, rupanya terbalik pulak, si lelaki itu yang menyaman bekas tunangnya yang merupakan seorang pegawai bank.

(more…)

Popularity: 2% [?]

1Malaysia Cuti

2

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

“Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

“Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

“Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia,” katanya.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanya sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia dan jenis-jenis program yang difikirkan berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas bermula tepat pukul 10 pagi ini dengan menyaksikan perdana menteri sebagai yang pertama memberikan jawapan bagi sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pagi ini.

Perdana menteri berkata, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sejak 1963, maka adalah wajar rakyat di kedua-dua negeri itu menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial seperti di Semenanjung.

“Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung,” katanya.

Mengenai gagasan 1Malaysia, Najib berkata tujuan utama konsep yang menjadi teras pentadbiran beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Beliau turut menegaskan, perpaduan antara kaum itu juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan terus ditingkatkan.

Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah itu, perdana menteri berkata, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus dipertingkat selain pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri itu seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan menambah lebih banyak peruntukan.

“Dengan adanya perpaduan nasional, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek,” katanya.

Najib berkata sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan di dalam negara lebih lima dekad lepas.

“Dan ingatkan bahawa harga keamanan ini adalah terlalu mahal dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bagi sesiapa yang cuba memporak-perandakan perpaduan maka merekalah yang sebenarnya menghancurkan keamanan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Marcus mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina atau Thailand, Najib berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.

“Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan bukan asimilasi seperti negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat (Putatan) tadi seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi.

“Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka.

“Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian… tiada negara lain seperti Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Najib berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

“Ia perjalanan yang lama, tidak mungkin sampai ke penghujung dalam masa sepenggal dua penggal. Kita anggap ia satu kesinambungan, dan insya Allah apabila kita lakukan satu gagasan 1Malaysia ada nilai yang mendasari gagasan ini dan ia menyokong Wawasan 2020,” katanya.

Abdul Hadi bertanya sama ada dengan penerapan gagasan 1Malaysia, bermakna kerajaan mengetepikan dasar-dasar terdahulu termasuk Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020. BERNAMA

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]

Go to Top