Hiburan

Wartawan hiburan cuba jatuhkan Noh Hujan?

Petang tadi, lepas bangun dari tidur, haku terima SMS dari member haku mengatakan yang muka haku keluar dalam ruangan hiburan akhbar Metro bertajuk Hujan vs Bunkface, konsert penyatuan band indie. Punyalah semangat haku mencari surat khabar berkenaan kerana tak sabar nak tengok muka haku masuk dalam paper. Mana taknya, masa haku attend konsert tersebut, haku diantara peminat yang duduk di barisan paling hadapan sekali (pasal nak ambil gambar ler..) sampaikan abang cameraman banyak kali terhantuk lensa kamera dia dengan lensa kamera haku. Last – last bila dah beli dan baca berita berkenaan, cit, gambar yang member haku maksudkan kecil aja sampai tak nampak muka. Paling jelas pun baju putih yang haku pakai malam tue (haha).

So, alang – alang dah beli, haku pun bacalah cerita yang dikarang oleh wartawan berkenaan dari A sampai Z. Sampai sahaja ada satu gambar ini, haku tergamam dengan satu statement yang ditulis oleh wartawan berkenaan.

Popular..vokalis Bunkface, Sam dijulang peminat ketika mengadakan persembahan (rujuk gmbar diatas)

More >

Popularity: 4% [?]

  • Share/Bookmark

Kantoi haku curi video klip Zee Avi

Sejak haku tengok live Zee Avi nyanyikan lagu “Kantoi” kat AIM17, tiba – tiba haku rasa adorable plak ngah minah neh (haha). Jangan salah faham aaa.. haku minat sebab lagu “kantoi” yang dia nyanyi kelakar dan rupa dia masa perform live AIM 17..pheww.. cute ngan rambut mengerbang dia. Sebelum neh haku cuma dengar lagu dia menerusi MP3 yang haku cilok dari member haku dan tak pernah tengok video klip dia. Jadi haku tataular macamana rupa Si Zee Avi neh. Tapi bila lepas tengok dia perform live lagu “Kantoi” kat AIM 17 minggu lepas, baru haku tau siapa si Zee Avi neh dan terus haku godek – godek Youtube untuk cari video klip lagu yang selalu haku dengar tu.

Rupa – rupanya, si Zee Avi tak pernah lekang dengan gitar kontot dia setiap kali perform lagu “Kantoi” neh. Dan viewer video klip dia? wow lebih 700k. Feymes dah rupanya dia neh dan paling haku terkejut, rupanya dia feymes gak kat US sebab haku tengok satu video klip yang dia perform live untuk rancangan Last Call with Carson Daly . Lagu Bitter Hard yang dia nyanyi dalam rancangan tersebut selalu bermain di Winamp haku dan baru haku tahu lagu tu si Zee Avi yang nyanyi. Ceh! Nampak sangat haku ketinggalan (haha). Al maklumlah, zaman – zaman indie dan underground haku neh dah habis, so lambat sketlah nak update pasal artis – artis indie neh.

So far, lagu – lagu lain Zee Avi yang haku dengar adalah lagu Honey Bee, Monte dan Dream a little dream of me. Semuanya sedap – sedap belaka.  Rasanya tak keterlaluan kalau haku kata lagu – lagu, suara dan style dia ada ala – ala Norah Jones (hehe).

Pada yang tak tahu siapa Zee Avi nih (macam haku) bolehlah korang pergi ke Facebook dia untuk mengetahui siapa artis baru neh. Neh fan page dia: http://www.facebook.com/zeeavi, dah 70K Fan dia (huhuu) dan kalau nak tengok video klip dia, korang search je kat Youtube. Kat sini haku kongsikan satu video klip lagu yang selalu haku melalak dekat ofis dan lagu yang ada kaitan dengan haku sebab kantoi ngan awek haku tak jawab call dia (hahaha).

More >

Popularity: 4% [?]

  • Share/Bookmark

Keputusan Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 17

Best of the best award. Anugerah Industri Muzik ke 17 (AIM 17) yang berlangung di PWTC, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di Saluran NTV7 dan juga di radio Hot.fm sudah pun tamat. Pemenang setiap anugerah pun sudah diketahui dan tidak banyak kejutan yang berlaku, malah pemenang pun sudah boleh diagak oleh para penonton (mana – mana artis yang buat persembahan atas pentas mesti menang award haha). Seperti dijangka, Yuna berjaya menewaskan artis – artis yang lebih senior dari beliau dimana beliau merangkul 4 anugerah iaitu anugerah Artis Baru Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris  Tempatan Terbaik dan juga Lagu Terbaik AIM. Yuna juga merupakan artis yang memenangi paling banyak anugerah pada malam ini berbanding artis – artis yang lebih senior dari beliau. Pergh! pakai bomoh ke kau Yuna? haha gurau je.

Apa pun tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada artis yang tewas, jangan kecewa, anda boleh dikira terbaik juga kerana tercalon dalam anugerah AIM ke 17 ini kerana beratus penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur.

Bab persembahan pentas dan pengacara anugerah ini, hmm..rasanya anugerah ABPBH lagi mengancam dan terbaik. So next time boleh pihak penganjur mencipta persembahan lagi mantap berbanding anugerah – anugerah lain nanti. Pengacara pulak? aisey apasallah haku tak gelak ngan lawak diorang? mula – mula persembahan je diorang boleh buat lawak ala – ala Jack Black semasa anugerah Grammy Award, lepas tue makin tengelam (huhuu).

Ok, tidak mahu komen banyak, dibawah ialah senarai 24 kategori dipertandingkan dan pemenang – pemenangnya:

More >

Popularity: 7% [?]

  • Share/Bookmark

Deep Purple datang ke Malaysia

16 Mei 2010 ini Genting Highland bakal digegarkan lagi dengan kehadiran kumpulan Rock legenda, Deep Purple. Kehadiran kumpulan rock legenda ini ke Malaysia adalah sebahagian daripada siri jelajah dunia kumpulan ini yang dinamakan sebagai Deep Purple Asia Tour 2010. Konsert Live In Malaysia ini dibawa khas oleh Zi Production Sdn. Bhd dengan kerjasama Resorts World Genting dan Genting Worldcard.

Ini merupakan kali keempat Deep Purple datang ke Malaysia untuk melakukan persembahan dimana mereka pernah datang ke sini pada tahun 1982, 1999 dan kali terakhir pada tahun 2001 dimana mereka pernah muncul dalam Anugerah Industri Muzik (kalau tak salah haku). Ketika ini, hanya tiga anggota asal masih berada dalam kumpulan ini iaitu Gillian (Vokalist), Roger Glover (Bassits), Ian Paice (Drum) manakala anggota baru ialah Steve Morse (Guitarist) dan Don Airey (Keyboard).

Info Deep Purple Asia Tour 2010.

  • Konsert ini bakal diadakan pada malam Ahad, 16 Mei 2010 di Arena Of Star, Genting Highlands.
  • Tiket boleh didapati pada harga RM 468, RM 368, RM268 dan RM168
  • Anda boleh menghubungi 03 – 27181118 untuk pertanyaan, pembelian atau tempahan tiket ataupun anda boleh melayari www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut.

Korang juga berpeluang untuk mendapatkan lima tiket percuma menyaksikan konsert live ini yang berharga RM 168 berserta satu set album Deep Purple dengan hanya menjawab dua soalan mudah iaitu:

  1. Adakah ini kali pertama Deep Purple datang ke Malaysia?
  2. Namakan pemain gitar terbaru Deep Purple.

dan korang hantar sebelum 30 April 2010 ke warnermusiccontests@gmail.com dengan meletakkan tajuk DEEP PURPLE Contest – Berita Harian berserta butir – butir peribadi anda seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat dan No. Telefon. Semua warganegara Malaysia layak menyertainya dan pemenang dipilih berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Dengan kedatangan mereka disini, pasti mengamit kerinduan peminat terhadap kumpulan rock ini dan lagu – lagu hits mereka seperti Soldier Of Fortune, Smoke On The Water, Highway Star dan Space Truckin pasti akan kedengaran di puncak Genting Highlands nanti.

Kepada peminat-susah-mati kumpulan legenda rock dunia ini, jangan lepaskan peluang korang untuk menyaksikan konsert live dari mereka ini.  Bukan senang nak melihat aksi – aksi mereka diatas pentas, selepas konsert ini entah bila lagi mereka ini akan datang ke Malaysia. Jadi apa lagi, dapatkan tiket untuk anda sekarang.

Popularity: 4% [?]

  • Share/Bookmark

Bahang Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 17 Semakin Dirasai

Setelah bahang Anugerah Bintang Popular Berita Harian semakin menyejuk, kini satu lagi anugerah  bakal memanaskan industri hiburan tanah air. Anugerah yang dimaksudkan ialah Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke – 17. Anugerah yang dianjurkan oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (AIMM) dan disokong oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) serta pihak media penyiaran dan syarikat komunikasi sebagai penaja utamanya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat seni muzik tanah air yang telah berjuang dalam memartabatkan industri muzik tanah air.

Berbeza dengan anugerah – anugerah yang lain, pemenang untuk anugerah ini dipilih 100% oleh juri profesional bukanya melalui undi peminat. Ini bermakna, kualiti lebih penting dari populariti.

Edisi ini juga dikatakan mendapat pencalonan paling tinggi sekali sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dimana pihak penganjur menerima 925 jumlah pencalonan, peningkatan sebanyak 30%. Menurut Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia, Dato’ Aziz Bakar, peningkatan ketara ini dapat dilihat menerusi pencalonan 12 kategori muzik single yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu.

More >

Popularity: 6% [?]

  • Share/Bookmark

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2009)

Selesai sudah majlis penyampaian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang berlangsung di Arena of Star Genting Highland malam tadi. Teka – teki siapa yang popular sudah pun terjawab dalam majlis yang cukup gilang gemilang itu. Tapi dalam suasana yang gemilang itu, terselit sedikit babak emosional apabila  terkenangkan Arwah Din Beramboi yang meninggalkan dunia ini 2 hari yang lepas.

Kebanyakkan anugerah yang dimenangi oleh artis – artis malam ini memang sudah dijangka,  cuma terselit sedikit dua tiga upset seperti kemenangan Tiz Zaqyah dan Aizat. Mesti ramai yang menyangkakan Anugerah Pelakon TV Wanita Popular patut di menangi oleh Fasha Sandha atau Scha Al Yahya dan Anugerah Penyanyi Lelaki Popular dimenangi oleh Faizal Tahir.  Tapi itulah dia, undi peminat, siapa yang tahu. Mungkin Kontroversi dan gosip – gosip memberi kesan kepada artis – artis berkenaan.

Pengacara malam ini juga, Raja Azura dan Sharifah Shahira memang cukup sempoi dan sepontan. Cukup kelakar dan pedas lawak – lawak yang diorang buat diatas pentas. Ramai artis terkena dengan sindiran diorang yang panass tapi cool (haha). Respek kepada pengacara ABPBH kali neh. Berjaya menaikan mood  para penonton untuk majlis ABPBH 2009 kali ini.

Artis – artis yang perform juga cukup mantap cuma semasa persembahan Diana Danielle ada sedikit kecacatan apabila mikrofon salah seorang penyanyinya (haku lupa siapa dia) tidak berfungsi (tak tahu samada TV haku problem atau betul mikrofon itu tidak berfungsi). Keseluruhannya memang best terutama semasa Lan and The Typewriter dan Wings perform (lama tak tengok Lan menyanyi)

Takmau cakap banyak, disini haku sertakan keputusan ABPBH 2009 dan artis – artis yang merangkul anugerah bintang paling popular bagi setiap kategori. Tahniah haku ucapkan kepada artis yang menang. Yang kalah, jangan kecewa, tahun depan ada lagi (hehe):

More >

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 9% [?]

  • Share/Bookmark