Hiburan
Din Beramboi kritikal disebabkan penyakit kencing tikus atau demam denggi berdarah?
21
Seperti yang kita semua tahu, pelawak terkenal yang juga salah seorang juri dalam rancangan realiti TV Raja Lawak, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, 44, sedang dirawat di ICU Hospital Selayang akibat penyakit yang sedang dihidapinya iaitu Leptospirosis atau lebih dikenali dengan penyakit kencing tikus.
Tetapi hari ini, Buletin Utama TV3 dan laporan dari Bernama menyatakan yang anak sulung Din Beramboi Nil Aina Adibah Mior, 18, menafikan yang ayahnya sedang menghidap penyakit yang berpunca dari kencing tikus itu. Menurut laporan dari kedua – dua media elektronik itu juga, doktor yang sedang merawat Din Beramboi mensyaki bahawa pelawak terkenal itu menghidap penyakit Demam Denggi Berdarah, dan masih lagi dirawat di dalam wad ICU tetapi semakin stabil.
Menurut kenyataan anaknya kepada Bernama, Din Beramboi sebenarnya tidak koma seperti yang dilaporkan oleh akhbar, beliau hanya “ditidurkan” oleh petugas perubatan supaya mereka dapat merawatnya dengan mudah. Anaknya juga menyatakan yang bapanya berkemungkinan akan dipindahkan ke wad biasa esok dan diperiksa oleh pegawai perubatan untuk melihat samada terdapat simpton – simpton penyakit kencing tikus seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Walauapapun penyakit yang sedang dihidapi oleh abang Din Beramboi kita ini, diharap beliau cepat sembuh dan marilah kita berdoa demi kesihatan beliau.
update: 11.52pm / 31.03.2010
Update: 01/04/2010 – Din Beramboi disahkan mengidap penyakit “Denggue Shock Syndrom” oleh Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh dan masih dalam keadaan Kritikal – Harian Metro
Popularity: 13% [?]
Kuasa Indie Band.
0“Kuasa Indie Band” ..
itu lar kata2 yg diungkapkan oleh 3 pengacara AJL 2008 setelah juri memutuskan Meet Uncle Hussain yang menyanyikan Lagu Untukmu menjuarai AJL malam tadi. Sudah dua tahun berturut-turut Band Indie menguasai arena musik tanah air dimana pada tahun lepas Estranged dgn lagu Itu Kamu menjuarai AJL yg lalu. Sekalung tahniah diucapkan kepada Meet Uncle Hussain kerana berjaya menewaskan semua artis2 yang lebih popular dari mereka.
p/s: haku tgk AJL sebab Meet Uncle Hussain jer..hehe
Popularity: 1% [?]

Recent Comments