Murky is On The Way!
Info Filem
Wow! kutipan 2 Alam mencecah RM2 Billion?!
Nov 25th
Terkejut aku bila membaca laporan hiburan Akhbar Sinar Harian yang mengatakan kutipan filem Dr. Rozmey iaitu 2 Alam mencecah RM2 Billion setelah ditayangkan lima hari di 84 pawagam – pawagam terkenal seperti GSC, Parvillion dan juga pawagam filem tamil di Jalan Penang, Pulau Pinang. Agak terkebil – kebil mata aku membaca laporan akhbar tersebut kerana terlampau banyak angka kosong di belakang no. 2. Yang hairannya, didalam akaun Facebook nya tiada pula shout – shout darinya yang mengatakan kutipan tiket sudah mencecah 2 billion. Kalau hari pertama tayangan filemnya pada 18hb yang lalu, setiap 5 minit ada je post – post baru yang mengatakan pawagam kat Jitra penuh sampai tokey pawagam tersebut kena membeli kerusi baru untuk penonton.
Tapi bila aku kira balik jumlah nombor yang ada dalam laporan tu, ceh rupanya ada 5 je nombor kosong dibelakang nombor dua. Jadi yang sebenarnya RM200,000 lah, bukan 2 billion. Maklumlah, lupa hendak memakai spek mata masa baca paper Sinar Harian tu (hehe). Takpe Dr. Rozmey, ada lagi sembilan hari nak kutip lagi RM32.8 juta, saya yakin yang Dr. Rozmey mampu mencapai target RM 40 juta tue..dalam masa 40tahun.. hehe
Popularity: 15% [?]
Menanti filem The Malay Chronicles: Bloodlines
Nov 19th
Puas sudah menonton filem 2 Alam? Filem tipikal Malaysia yang boleh dijangka jalan ceritanya. Tetapi filem yang ingin aku kongsikan sangat – sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan filem – filem Malaysia yang lain. Filem yang penuh dengan aksi dan teknologi CGI. Filem yang dimaksudkan ialah The Malay Chronicles: Bloodlines atau dan versi bahasa Melayunya Hikayat Merong Mahawangsa.
Filem epik Malaysia yang dikeluarkan oleh KRU Studios dibawah arahan Yusri KRU ini dikatakan filem kedua termahal yang pernah dicipta selepas filem Puteri Gunung Ledang. Filem ini bukan saja ditayangkan di Malaysia, malah hampir 24 buah negara bakal memaparkan filem buatan Malaysia ini. Satu pencapaian yang membanggakan dari produksi 3 beradik ini.
Sinopsis
Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. (full synopsis)
Popularity: 3% [?]
Mini Siri Terbaru Astro, The Pacific memang Best!
Apr 5th
ASTRO bulan ini membawakan satu siri cerita yang dijangkakan akan mendapat sambutan paling tinggi dikalangan subscriber mereka. Lupakan Akedemi Fantasia, lupakan drama lakonan Fasha Sandha, Spa Q dan lupakan rancangan – rancangan lain di Astro. Mini siri yang haku maksudkan ialah The Pacific.
Dari penerbit mini siri Band Of Brothers iaitu Steven Spielberg dan Tom Hanks, jalan cerita The Pacific boleh dikatakan hampir sama dengan cerita Band Of Brothers, cuma yang membezakannya ialah peperangan yang berlaku ialah di pasifik bukannya di Eropah. Mini siri ini berdasarkan pengalaman veteren Perang Dunia Kedua yang menceritakan bagaimana keadaan mereka semasa bertempur dengan tentera Jepun di Pasifik.
Bagi yang pernah menonton mini siri Band of Brothers di Astro suatu masa dulu, pasti tidak mahu melepaskan peluang menonton mini siri terbaru ini. Mana tidaknya, cerita – cerita dan filem – filem dari Steven Spielberg memang semuanya terbaik terutamanya apabila beliau membuat filem – filem atau cerita – cerita perang. Malah, aksi – aksi pertempuran dalam mini siri ini cukup real, seperti filem- filem perangnya yang lain.
Rancangan mini siri The Pacific ini boleh ditonton disaluran HBO iaitu saluran 411 dan ia sudah pun ditayangkan pada hari Sabtu yang lalu iaitu 3 April 2010 dan setiap episod baru akan ditayangkan setiap hari sabtu, jam 09.00 malam. Dan untuk makluman anda juga, terdapat 10 episod dalam cerita The Pacific ini. Sekiranya anda terlepas salah satu episod yang ditayangkan setiap hari Sabtu, jangan risau, rancangan ini mempunyai siaran ulangan. Contoh siaran ulangan yang boleh ditonton ialah setiap hari Isnin bermula jam 10.00 malam sehingga jam 12.00 tengahmalam. More >
Popularity: 3% [?]
Green Zone (Film)
Mar 13th
Pernahkah anda terfikir peperangan di Iraq merupakan konspirasi Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menjatuhkan Presiden Saadam Hussain? dan benarkah Iraq, negara yang mundur memiliki senjata pemusnah besar – besaran atau tujuan pendudukan negara – negara penceroboh di negara Iraq adalah untuk mengaut emas hitam yang wujud di bumi Iraq. Walau apapun alasan Amerika dan negara sekutunya menyerang dan menduduki Iraq, tindakan mereka jelas tidak berperikemanusian dan tidak wajar dilakukan sama sekali. itulah mesej yang dicuba disampaikan dalam filem terbaru lakonan aktor kacak Hollywood, Matt Damon dalam filem Green Zone. Filem ini sudahpun ditayangkan diseluruh dunia termasuk Malaysia pada 12 Mac 2010 yang lalu.
Filem yang berlatarbelakangkan suasana selepas perang Teluk ke – 2 mengisahkan seorang pegawai tentera yang bernama Roy Miller (Matt Damon) yang bertugas sebagai pegawai waran didalam unit Mobile Exploitation Team. Dia dan anggotanya ditugaskan untuk mencari Senjata Pemusnah Besar – besaran (WMD) yang dipercayai disembunyikan oleh tentera Iraq sebelum tercetusnya peperangan diantara Iraq dan Amerika. Mensyaki maklumat yang diterima dari CIA tidak tepat, beliau mula mempersoalkan segala maklumat yang diterimanya dari ketuanya. Namun, tindakannya menyebabkan rasa kurang senang dikalangan pihak atasan tentera dan CIA. Ingin tahu kesahihan maklumat yang diterima, beliau mula menjalankan siasatannya sendiri. Dibantu oleh seorang penduduk tempatan yang bernama Freddy (Khalid Abdalla) dan juga salah seorang pegawai CIA yang kurang senang dengan tindakan agensinya, beliau mula mencari Jeneral Al – Rawi yang dikatakan mempunyai maklumat mengenai senjata yang disembunyikan dinegara berkenaan. Setiap klu dan maklumat yang beliau terima, beliau semakin dapat hampir memberkas Jeneral berkenaan. Bukan itu sahaja, beliau juga merasakan yang peperangan yang berlaku di Iraq adalah konspirasi negara asalnya.
Popularity: 3% [?]
Filem From Paris With Love
Mar 2nd
Siapa yang tidak mengenali aktor John Travolta, pelakon serba boleh Hollywood. Beliau bukan saja hebat berlakon dalam filem aksi, malah hebat berlakon dalam filem – filem lawak. Dan jangan terkejut, beliau juga hebat menari dan juga merupakan seorang penyanyi. Sejak akhir – akhir ini beliau sudah jarang berlakon filem – filem aksi dan banyak terlibat dalam filem – filem komedi seperti Wild Hogs dan Old Dogs. Mungkin pada usia 54 tahun menyebabakan beliau banyak tertumpu pada lakonan bergenre sebegitu. Namun, tanggapan haku yang beliau sudah bersara dari berlakon dalam filem – filem aksi ternyata meleset apabila beliau bersama Jonathan Rhys Meyes telah muncul dalam filem aksi berjudul From Paris With Love yang telahpun ditayangkan dipawagam pada 25 Februari yang lalu.
Filem ini mengisahkan seorang pegawai perisikan kelas rendah yang menjadi pembantu khas Duta Amerika Syarikat di Perancis. Ejen James Reece lakonan Jonathan Rhys Meyes yang sering diarahkan ketuanya yang juga duta tersebut melakukan kerja – kerja perisikan kelas rendah telah meminta kepada ketuanya untuk melakukan kerja – kerja perisikan yang lebih tinggi dan mencabar. Akhirnya apa yang diimpikan oleh beliau untuk menjadi ejen perisikan kelas tinggi tercapai apabila dia telah diminta oleh ketuanya untuk membantu ejen Charlie Wax (lakonan John Travolta) yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat untuk menjalankan satu misi penting di Perancis iaitu misi menggagalkan rancangan pengganas di Perancis.
Popularity: 3% [?]
The Book of Eli
Feb 26th
Bosan dan slow, itulah gambaran yang boleh haku berikan terhadap filem terbaru lakonan Denzel Washington, The Book Of Eli. Dari apa yang haku lihat dengan reaksi penonton filem ini dipawagam tadi, ramai yang mengeluh dan ada juga penonton yang meninggalkan panggung sebelum filem ini habis ditayangkan. Filem ini sebenarnya sudahpun ditayangkan di Amerika Syarikat pada 15 Januari 2010 yang lalu dan baru ditayangkan di Malaysia pada 25 Februari 2010. Walaupun haku berpendapat filem ini membosankan, ia sudahpun mendapat hasil lebih kurang $100 juta Dollar dan mendapat tempat ke – 2 dibelakang filem Avatar pada minggu pertama tayangannya.
Popularity: 4% [?]


