Info Kesihatan

Penyakit Leptospirosis dan cara – cara mencegahnya

Masih ingatkah anda akan satu kejadian misteri yang berlaku di Lubuk Yu, Maran, Pahang? Kejadian yang dianggap sumpahan seorang mangsa lemas dikawasan tersebut terhadap penyelamat – penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari mayat seorang mangsa lemas disana. 6 orang yang terlibat dalam operasi itu telah meninggal dunia sehingga menimbulkan perasaan panik dikalangan penyelamat yang turut serta dalam operasi tersebut kerana dikatakan mereka bakal menjadi mangsa seterusnya.

Namun setelah siasatan dijalankan dari segi perubatan dan kesihatan, akhirnya mereka disah meninggal dunia akibat salah satu penyakit yang jarang – jarang sekali kita dengar iaitu penyakit kencing tikus atau nama saintifiknya Leptospirosis. Tapi kali ini, penyakit tersebut telah mula menyerang dan membunuh salah seorang dari 3 pengunjung pusat rekreasi Lata Bayu, Baling, Kedah.

Kini penyakit tersebut mula dikesan di Kedah apabila seorang disahkan maut manakala tiga lagi dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang setelah berkelah di kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling.

Utusan Malaysia

More >

Popularity: 3% [?]

  • Share/Bookmark

Influenza A (H1N1) dan Langkah – Langkah Pencegahannya.

Setiap kali kita membaca surat khabar, pasti ada berita tentang kes – kes selsema babi atau dengan nama lainnya Influenza A (H1N1). Nampaknya apa yang diwar – warkan oleh Kementerian Kesihatan akhirnya menjadi kenyataan. Gelombang kedua Influenza A (H1N1) akhirnya berlaku.

Sehingga kini, jumlah terkumpul kes selsema babi ini sudah pun menjangkau 13,158 dengan 31 kes baru direkodkan hari ini. Seperti yang kita tahu, ramai diantara kita masih tidak imum dengan penyakit ini (melainkan ada yang pernah mendapat penyakit influenza A (H1N1), jadi memandangkan gelombang ke dua Influenza A (H1N1) sudah pun bermula, haku ingin berkongsi sedikit info mengenai penyakit ini kepada anda semua supaya kita semua sentiasa berwasapada akan penyakit yang boleh membawa maut ini.

Dan Sebagai salah seorang anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia juga, haku sarankan kepada anda semua untuk ikuti langkah – langkah pencegahan yang terdapat dalam entry ini bagi membendung penularan penyakit selsema babi. Lagipun mencegah lebih baik dari mengubati bukan?

More >

Popularity: 12% [?]

  • Share/Bookmark

Tips menaikkan berat badan secara sihat.

Kita selalu terbaca tip – tip untuk mengurangkan berat badan. Bagi yang mengalami masalah berat badan memang sesuailah membaca dan mempraktikan tips itu, tapi bagaimana yang sudah kurus? takkan nak jadi lagi kurus bukan.  Bagi yang terlampau kurus, mereka selalu mengeluh dan mencuba pelbagai cara untuk menaikkan berat badan. Dan jangan terkejut kalau haku mengatakan, mereka yang terlampau kurus juga sebenarnya risau akan masalah berat badannya sama seperti mereka yang obesiti.

Bagi yang kurus, ramai akan menyuruh seseorang itu untuk sentiasa makan, makan dan makan untuk menaikan berat badan mereka, tetapi tak semua yang akan naik berat badannya dengan hanya makan, makan dan makan. Bagi seseorang yang kadar metabolisma dia tinggi, makan saja tidak cukup untuk menaikkan berat badannya, malah sentiasa makan tanpa memikirkan khasiat makanan itu boleh mengundang kepada penyakit seperti diabetis dan masalah kolestrol.

Haku dulu merupakan seorang lelaki yang sangat kurus. Dengan berat badan tak sampai 60kg dan ketinggian lebih kurang 168cm, memang haku mengalami masalah berat badan. Haku bukanlah jenis orang yang control makan atau suka mencatu makan. Walaubanyak manapun haku makan, berat badan haku tidak akan meningkat walaupun sekilo. Even haku dah bekerja pun berat badan haku masih ditahap yang sama. Jadi hari ni, haku nak kongsikan pengalaman haku kat anda semua bagaimana haku meningkatkan berat badan haku dari kurang 60 Kg ke 75kg dan dalam masa yang sama kekal cergas dan mantap (haha).

Tips yang hendak haku kongsikan tidak banyak, hanya dua saja. Tapi dengan dua tips inilah berjaya menaikan berat badan haku.

More >

Popularity: 12% [?]

  • Share/Bookmark

Demam Denggi, tanggungjawab bersama

Demam denggi sering dikaitkan sebagai salah satu daripada penyakit – penyakit urban. Sebab apa haku mengatakan demam denggi merupakan penyakit urban? Sebabnya ialah penyakit ini seringkali berlaku dibandar – bandar dan juga kawasan – kawasan yang sedang mengalami pembangunan yang pesat. Kalau dilihat dari statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, Top 5 negeri yang mencatat kes denggi tertinggi di Malaysia adalah negeri – negeri yang maju dan sedang pesat membangun seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.

Dan dengan kempen – kempen dari pihak kesihatan, ramai rakyat negara ini tahu apa penyebab demam denggi dan tempat – tempat pembiakan nyamuk aedes. Tapi, adakah mereka sedar bahawa effort untuk mengelakkan demam denggi adalah tanggungjawab bersama? Tidak, ramai yang tidak sedar, malah mereka lebih mengharapkan pihak kesihatan atau PBT untuk menangkis kejadian demam denggi ini sedangkan masyarakat adalah key player dalam perang demam denggi ini.

Sebagai seorang pekerja barisan hadapan yang memerangi denggi, haku tidak nampak peperangan dengan nyamuk aedes ini patut digalas oleh pihak kesihatan sahaja dan PBT sahaja. Peranan masyarakat sangat penting dalam mengurangkan kejadian demam denggi.

Sebab apa haku berkata demikian? ok, pihak kesihatan dan PBT ditugaskan untuk melakukan kawalan terhadap sesebuah lokaliti samada kawalan dari segi mengelakkan penularan kes ataupun kawalan dalam mengurangkan kepadatan nyamuk aedes. Dan kawalan yang sering dilakukan oleh pihak kesihatan dan PBT ialah dengan melakukan kajian aedes dan semburan kabus fogging disesebuah lokaliti. Kajian aedes yang dilakukan disesebuah lokaliti adalah untuk melihat index nyamuk yang terdapat dikawasan itu dan juga mencari dan memusnahkan tempat – tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk  Aedes. Manakala, semburan fogging pula dilakukan apabila sesebuah lokaliti itu terdapat kes demam denggi. Tujuan semburan fogging dilakukan adalah untuk memutuskan rangkaian penyakit  demam denggi dengan membunuh nyamuk – nyamuk dewasa yang mungkin terdapat virus denggi didalam badannya. (Semburan fogging juga dilakukan ditempat yang tiada kes sekiranya kepadatan nyamuk dikawasan tersebut sangat tinggi.)

More >

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 8% [?]

  • Share/Bookmark