Murky is On The Way!
Informasi
Hukum menyebut R.I.P kepada orang bukan Islam
Oct 6th
Umum kita tahu bahawa co-founder Apple, Steve Jobs telah meninggal dunia akibat kanser. Selepas tersebarnya berita kematian beliau, banyak ucapan R.I.P telah dikeluarkan untuk mendiang. Ini termasuk jugalah masyarakat Islam di Malaysia. Pagi tadi kita dapat tengok ramai umat Islam di Facebook menaip atau mengucapkan R.I.P kepada mendiang sedangkan dia merupakan penganut agama Buddha. Jadi timbul persoalan apakah hukumnya kita menyebut atau menaip perkataan R.I.P kepada beliau yang bukan muslim sedangkan kita tahu, orang bukan Islam sememangnya tidak akan aman di alam barzakh dan juga akhirat.
Oleh itu, mari kita lihat beberapa pandangan orang yang arif tentang pekara ini.
R.I.P membawa maksud berehatlah dengan aman. Ia tak layak diucapkan atau didoakan oleh seorang Muslim kepada seorang kafir yang meninggal kerana ia tak akan pernah aman di alam barzakh. Itulah janji Allah kepada mereka yang menyektutukan Allah. Apakah kita dalam tak sedar mendoakan kebaikan seorang kafir yang menentang Allah?
dari Ustaz terkenal tanah air dan juga di Facebook, Ustaz Azhar Idrus:
p/s: Sekadar berkongsi infomasi
Popularity: 8% [?]
Penipuan Sejarah (dajjal)
Sep 22nd
Dah muak orang – orang politik bercakap mengenai sejarah Malaysia? Mari kita tengok penipuan sejarah yang paling besar pernah berlaku dibumi ini. Penipuan sejarah oleh golongan yang digelar Freemanson atau illuminati.
Part 1:
Part 2:
Popularity: 3% [?]
Peralatan Kamera yang paling extreme
Sep 13th
Kepada kaki – kaki DSLR, mesti korang ingat equipment korang dah cukup giler kentang dan mahal – mahal gile. Sebenarnya equipment korang tu biasa – biasa je sebab ada lagi peralatan yang lagi giler kentang extreme dan giler kentang nak pikul or lagi giler kentang nak bubuh dalam bag kamera korang.
1. Sigma APO 200-500mm f/2.8
Lens pertama yang jumpa paling besar dan paling mahal pernah aku tengok semasa mula – mula main kamera. Sigma APO 200-500mm f/2.8. Walaupun terdapat Lens 200-500mm yang lagi kecil dan murah, tetapi lens ini ada keistimewaan dia dimana lens mempunyai nilai aperture maksimum iaitu f/2.8 dan juga mempunyai focusing motor yang paling laju.
Lens ini digunakan oleh photographer untuk shoot gambar – gambar wildlife, astrophotography, mengintip anak dara dan juga boleh digunakan sebagai rocket launcher.
2. Zeiss APO Sonnar T* 1700mm f/4.0
Carl Zeiss merupakan pembuat optical yang paling berkualiti. Lens ini dikeluarkan pada tahun 2006 (harap2 info ini betul) untuk tujuan Sains Astronomi. Seberat 256kg, memang mustahil untuk korang mengangkatnya dan yang PALING MUSTAHIL untuk korang milikinya adalah disebabkan harganya yang mencecah beberapa billion euro. WHOAA!
Popularity: 2% [?]
Keputusan peperiksaan Akhir UiTM 2010/2011
Dec 9th
Keputusan peperiksaan akhir bagi pelajar – pelajar UiTM sesi Semester 1 2010/2011 akan diumumkan pada 10 Disember 2010. Disebabkan khabar yang mengatakan keputusan peperiksaan akhir boleh dilihat hari ini, server istudent untuk melihat keputusan peperiksaan akhir dan juga melihat mini transkrip telah pun down disebabkan terlampau tinggi traffik yang cuba mengakses link tersebut. Bagi mengatasi masalah tersebut, satu pengumuman telahpun dibuat di student portal yang mengatakan keputusan peperiksaan akhir akan dihantar melalui email pada 10th Disember 2010 dan juga boleh diakses pada jam 09.00 pagi ditarikh yang sama.
Kepada pelajar – pelajar UiTM, good luck! Semoga mendapat keputusan yang membanggakan.
Popularity: 3% [?]
Belacan & Paku
Sep 23rd
Apa itu Belacan? dan apa itu Paku? Haa, belacan adalah salah satu makanan tradisi orang Melayu zaman berzaman manakala, Paku adalah salah satu alat yang digunakan untuk mencantumkan dua kayu dan juga bahaya kepada kaki – kaki apabila terkena(haha). Tapi dalam entry ini, Belacan dan Paku yang haku maksudkan ialah dua Mat Salleh yang cukup cool dan kelakar bagi aku. Mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai Belacan dan Paku ini.
Belacan dan Paku merupakan rakyat Amerika yang boleh dikatakan fasih berbahasa Melayu dan merupakan comedian di Laman Youtube yang gemar membuat lawak – lawak dalam berbahasa Melayu. Mereka sangat – sangat cintakan Malaysia dan pernah menetap di Sarawak dan Sabah selama lebih setahun (menurut apa yang ditulis oleh mereka didalam Facebook).
Walaupun bahasa Melayu mereka tunggang langgang, tapi cara penyampaiannya yang menjadikan ia lawak dan mereka berdua? very – very cool man!. Diorang berdua pun sekarang sudah mempunyai 10 ribu fan di Facebook! video lawak diorang pun mempunyai view yang tinggi di Youtube. Nak lihat video diorang? boleh klik sini untuk melihatnya.
Sini haku sharing dengan korang semua video terbaru Belacan dan Paku yang dibuat sempena hari raya. Kelakar gila bila tengok kawan – kawan diorang makan durian (haha).
Oh! ya. Sebelum terlupa, jangan lupa support diorang. Add twitter dan Facebook diorang dalam friendlist korang yer.
Popularity: 3% [?]







