Murky is On The Way!
isu semasa
Perang ludah – meludah hampir bermula
Dec 20th
Ludah sana, ludah sini. Ludah atas ludah bawah, ludah atas air ludah jatuh ke muka, ludah bawah kena terkena kasut pula. Haha! sebelum ini isu Lynas, lepas tue isu Lembu sekarang isu Ludah, semuanya berkaitan dengan L, diulangi huruf L haha!. Ada yang cuba nak tunjuk hero, ada juga nak tunjuk pandai dan ada juga nak cari populariti, tetapi yang pasti memalukan agama dan bangsa. Pasal bendera bergaduh sesama sendiri, pasal nak sangat berdemo, sanggup memalukan bangsa, bangsa lain semakin bijak dan bersatu, bangsa yang satu neh semakin bodoh dan berpecah pasal suka sangat berpolitik dan berdemo. Yang student cara student yang bapak budak cara bapak budak. Suka sangat bercakaran, suka sangat menabur fitnah, suka sangat bergaduh mulut, suka sangat kutuk mengutuk suka sangat bermasam muka sampai di masjid pun tiada penyatuan. Lantak korang ler, makin benci pula tengok gelagat bodoh diorang. Nak kata memperjuangkan nasib rakyat, isu peribadi dan cari salah pemimpin yang diangkat, isu asas dan hak rakyat sipi – sipi saja kedengaran. Al-maklumlah, PRU 13 makin dekat. Makin kuat gendang perang dimainkan. Sekarang perang Ludah lepas neh mungkin perang saudara. Tahniah bangsa Melayu!
Popularity: 1% [?]
Sitt Al-Wuzara penakut rupanya
Sep 29th
Ingat tak Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, orang yang telah menghina agama Islam, Rasul dan juga Yang Di-Pertuan Agong? Mesti korang ingat bukan, si kafirun yang suka sangat menghina agama Islam. Ada berita baik nak disampaikan. AKhirnya pihak SKMM telah pun mengambil tindakan terhadap si kafirun neh. Dan yang kelakarnya, si ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ rupanya tinggal di Sweden. Patutlah berani sangat kutuk – kutuk agama Islam & Agong, duduk jauh beribu – ribu batu dari Malaysia. Tue bukan berani, tapi penakut HaHa. Siaplah ko Sitt Al-Wuzara, memang ko jadi perempatlah kat negara orang nanti, jejak je kaki ko dekat Malaysia neh, 4 abang – abang polis yang hensem – hensem dah tunggu ko nak angkut dan sumbat ko dalam lokap (hahaha!).
Tahniah SKMM!
Popularity: 3% [?]
Utusan menghina perundangan Islam
Sep 26th
Jahil! Ayat paling simple dan sesuai untuk pelukis karikatur sehingga ke editor Utusan. Tak sedar ke diorang yang karikatur diorang tu menghina Perundangan Islam dan secara tidak langsung menghina agama Islam. Malulah wahai Utusan dengan tindakan korang neh. Kata memperjuangkan Islam, tapi dalam masa yang sama menghina perundangan Islam. Diorang neh ingat pembaca akan ketawa ke dengan karikatur diorang neh? orang lain meluat dan marah dengan tindakan Utusan neh. Hish! Makin teruk, dah lah hari – hari duk baca cerita – cerita merapu dari Utusan, dari video seks sampaikan mempersoalkan hukum tuhan. Malu betul aku dengan tindakan Utusan sekarang neh. Kaum lain baca Utusan macam baca komik sekarang, cerita perpecahan Melayu dan Islam. Dan yang jadi kepala kepada perpecahan neh adalah Utusan Malaysia.!
Sumber: Nik Aziz Nik Mat Facebook Page
p/s: Satu lagi Surat Khabar yang paling merapu adalah Harian Metro, hari – hari cerita pasal Seks. Baik tukar nama jadi Harian Seks!
Popularity: 2% [?]
Bendera pun Pakatan Rakyat nak politikkan ke?
Sep 18th
Haih.. dah habis modal ke ADUN Pakatan Rakyat Kota Alam Shah (M. Manoharan) neh sampaikan Bendera Malaysia pun dia nak politikkan. Ceritanya macan neh, mentang – mentanglah bendera Malasyia sama dengan bendera US, dia dengan bangganya mengumumkan nak tukar bendera Malaysia sebab pertama dengan US, dan yang ke dua bendera tu sama dengan BN. Cait poraah lah dia neh, dia ingat negara Malaysia je ke ada persamaan dengan negara lain. Berlambak lagi negara yang mempunyai bendera yang hampir sama. Nampaknya ADUN Pakatan Rakyat neh jenis duduk bawah tempurung je kot? Tengok persamaan bendera Malaysia dan bendera US je? Dia tak tahu ke bendera negara Eropah lagi banyak persamaan contoh Bendera Perancis dan Belanda. Warna dan stripe sama, cuma kedudukan je berbeza, takde pun diorang nak kecoh – kecoh suruh tukar.
Lagi satu, kata Bendera Malaysia ibarat bendera BN. Bendera BN, BN lar, Bendera Malaysia, Malaysia lar. Apahal pulak nak samakan kedua – dua tue pulak? Bendera Malaysia tu takdenye nak melambangkan BN. Bendera Malaysia tu melambangkan rakyat yang merdeka, bukan melambangkan BN.
Popularity: 1% [?]
Cukai 6% peratus Telco Ditangguh, sebuah lagi wayang baru.
Sep 12th
Syabas kepada rakyat Malaysia yang berjaya menangguhkan cukai 6% Telco terhadap penggunanya. Dengan tumbuhnya page – page Facebook anti cukai 6% ini dan juga tersebarnya kutukan rakyat kepada kerajaan akibat perlaksanaan cukai 6% Telco ini dalam blog – blog, akhirnya kerajaan melalui SKMM telah berjaya memaksa syarikat – syarikat Telco yang sedia kaya ini menangguhkan cukai 6% dari dikenakan kepada pengguna.
Persoalannya disini, siapakan pihak sebenar yang mengenakan cukai ini? adakah pihak Telco atau kerajaan? Mari kita lihat point – point dibawah:
Undang – undang
Akta Perkhidmatan Cukai 1975 dimana mensyaratkan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan, termasuk ke atas pengguna prabayar.
Belanjawan Negara 2010
Pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:
1. Pendahuluan
YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:
(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas.
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran.
Televisyen Berbayar.Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.
2. Peruntukan Undang-Undang
2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.
Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam.
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:“(b) Penyediaan –.
(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan.
(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”.
Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].
3. Pelaksanaan
3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%.
Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, Peraturan Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.
2 point diatas sudah cukup memberi gambaran bahawa sebenarnya pihak Kerajaanlah telah mengenakan cukai kepada pengguna bukan pihak Telco. Jadi, cukuplah menjadi Hero dengan menghalang perbuatan yang dilakukan oleh diri sendiri. Jadi hentikanlah wayang wahai pak – pak menteri.
p/s: 25 perceeeennnttt
Popularity: 1% [?]
ASTRO kecewakan peminat bola sepak negara
Jul 13th
Kecewa!, Sungguh kecewa dengan tindakan ASTRO yang tidak menayangkan perlawanan secara langsung diantara Malaysia dan Arsenal. Alasan yang diberikan oleh Astro, pihak penganjur tidak mahu menjual hak siaran kepada ASTRO selagi kutipan tiket tidak mencecah 80,000 penonton memang tidak boleh diterima. Selaku penyiar bola sepak utama negara, Astro tidak seharusnya mengecewakan peminat bola sepak negara dan juga pelanggan mereka yang berharap dapat menonton perlawanan ini di televisyen. Tidak semua peminat bola sepak negara dapat turun ke Bukit Jalil untuk menonton perlawanan ini kerana jarak yang jauh dari rumah mereka (bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur & Selangor) dan juga berlangsung semasa waktu orang ingin bekerja pada keesokan harinya.
Paling mengecewakan lagi, bagaimana stesen televisyen Arab dapat menayangkan siaran langsung ini sedangkan Astro tidak dapat menayangkan perlawanan ini? Dan paling menyakitkan hati perlawanan diantara Liverpool dan Guangdong FC dapat pula ditayangkan tetapi perlawanan di negara sendiri tak dapat ditayangkan. Kalau beginilah servis Astro kepada pelanggan mereka, maka layaklah berjuta pelanggan mereka memboikot mereka. Tak guna pihak Astro menaikkan kadar Bil mereka jika servis seperti ini gagal dilaksanakan baik. Diharap Astro satu nanti akan bungkus.
Siapa – siapa yang nak menonton Live Malaysia vs Arsenal, boleh tonton disini
P/S: Astro penipu, diharap ada syarikat dapat memecahkan monopoli diorang neh.
Popularity: 2% [?]





