Murky is On The Way!
Murky lifestyle
Weekend street photography outing.
Apr 4th
Lama betul aku tak berjalan – jalan dijalanan sambil mengambil gambar. Rindu dengan aktiviti yang aku lakukan dulu semasa mula – mula berjinak dengan fotografi. Snapping orang, snapping tong sampah, snapping mat salleh dan macam – macam jenis snap aku buat semasa mula – mula berjinak dengan dunai fotografi. Sekarang? dengan komitmen pada keluarga, kerja dan pelajaran telah membataskan aku untuk keluar berjalan dijalanan sambil mengambil gambar.
Baru – baru neh aku ke KL untuk menghadiri kelas E-PJJ aku. Aku gunakan sedikit masa terluang di hari minggu untuk grab DLSR aku dan memecut ke Pasar Seni Kuala Lumpur semata – mata mengasah kembali mata lensa di Jalanan. Agak kekok sebab lama tak buat, tetapi puas hati apabila dapat gambar – gambar yang aku ingin. Rasa macam nak buat lagi. Haha. Ok, aku kongsikan satu persatu gambar yang aku snap disetiap entry nanti, tapi bukan dekat blog neh, korang boleh tengok kat blog photography aku.
Mula – mula agak kekok sikit lar sebab lama tak buat street photog neh, ditambah pula public duk tengok macam nak makan orang sampaikan aku kadang – kadang terpaksa sembunyikan DSLR sebab takut kena ragut. Dah tu bila point je lensa kat public yang lalu lalang, ada je tak puas hati. Memang betul – betul jadi gabra nak bila shoot. Bila pikir nakkan sangat gambar – gambar street, aku shoot jugalah dan pedulik orang nak kata apa. Nasib baik sepanjang aku shoot kat CM tak de kejadian kena maki or kena kejor dengan orang.
Dalam jalan – jalan sambil shoot street, aku berselisih dengan brother otai dalam street photography. Orang tue Che Ahmad. Dalam hati kata “macam pernah tengok, tapi dimana ya?” ingat nak tegur, tapi segan. Aku biasalah, takut nak tegur orang sebarangan je. So aku tengok je dia dengan kameranya berjalan melepasi aku. Balik je rumah, aku terus bukak facebook and tengok profile dia.HAH! memang betullar orang yang selisih ngan aku tue Che Ahmad, menyesal tak tegur! ..haha
Walaupun street photog yang aku buat neh tak lama, tapi aku tetap puas hati sebab dapat melempiaskan nafsu kat street photo. Rasa macam nak pegi lagi kat jalanan shoot life orang – orang kat street or apa – apa benda yang ada kat street. Puas hati bile tengok hasil seharian ditepi jalan.
Kalau korang tengok gambar – gambar lain, korang boleh pergi ke http://markiphotosniper.com. Aku letak semua gambar street kat sana. Harap dapat kritikan dan komen dari korang semua.
Owh! btw, thanks to my friend, Mono sebab ikut street shooting neh walaupun sekejap saje..
Popularity: 2% [?]
Selamat Hari Raya Aidiladha
Nov 17th
Buat kali keduanya aku tidak beraya di Hari Raya Korban kerana menjalankan khidmat kepada rakyat. Walaupun terasa bila mendengar takbir raya dan melihat ternakan – ternakan yang bakal dikorban, aku tetap rilex menaiki motorsikal ke pejabat. Tetapi, mujur officemate aku membawa ketupat rendang ke pejabat, kurang sikit perasaan tidak dapat beraya. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat islam seluruh dunia dan rakyat Malaysia.
Berqurban merupakan amal yang paling dicintai Allah SWT pada saat Idul Adh-ha. Sabda Nabi SAW :
“Tidak ada suatu amal anak Adam pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah selain menyembelih qurban.” (HR. At Tirmidzi) (Abdurrahman, 1990)
Berdasarkan hadits itu Imam Ahmad bin Hambal, Abuz Zanad, dan Ibnu Taimiyah berpendapat,“Menyembelih hewan pada hari raya Qurban, aqiqah (setelah mendapat anak), dan hadyu (ketika haji), lebih utama daripada shadaqah yang nilainya sama.” (Al Jabari, 1994).
setiap titisan darah haiwan qurban akan memintakan ampun bagi setiap dosa orang yang berqurban. Sabda Nabi SAW :
“Hai Fathimah, bangunlah dan saksikanlah qurbanmu. Karena setiap tetes darahnya akan memohon ampunan dari setiap dosa yang telah kaulakukan.. .” (lihat Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah XIII/165)
Popularity: 3% [?]
Setelah Murkiester[dot]com berusia 10 bulan
Oct 7th
Pejam celik, pejam celik rupanya dah 10 bulan Murkiester.com bertapak didunia WordPress dan berdomain sendiri. Bermula 30.12.2009, Blog yang pada mulanya menggunakan platform blogspot sebagai tempat untuk meluahkan idea – idea penulis, telah menukar haluannya dengan menggunakan WordPress sebagai medium perantaraan diantara penulis dan pembaca. Rasa inginkan sesuatu yang baru dari segi keterampilan dan kebebasan, telah mendorong aku untuk berpindah dari Blogspot ke WordPress.
Semasa berkira – kira mahu berpindah dari Blogspot ke WordPress, aku seringkali memikirkan kesan yang akan berlaku terhadap blog aku setelah berpindah ke platform lain. Mana tidaknya, segala SEO, ranking, dan traffik akan kembali ke tahap Zero seperti lahirnya sebuah blog baru ke dunia Internet.
Tetapi setelah berfikir dalam bentuk jangka masa panjang, aku tekad berpindah juga walaupun terpaksa berkorban apa yang bina sebelum ini. Diawal perpindahan, memang banyak dugaan yang dihadapi oleh blog ini. Secara mendadak dan tiba – tiba, traffik merudum jatuh dari beratus traffik sehari kepada tidak sampai 50 traffik sehari. Jadi haku terpaksa melakukan cara manual yang paling memenatkan demi mendapatkan traffik. iaitu blogwalking. Memang aku terpaksa buat demi menaikan traffik dan juga ranking yang secara tiba – tiba jatuh.
Popularity: 2% [?]
hari ke-12 Puasa dan kali ke-3 seminar
Aug 22nd
Salam ramadan haku ucapkan kepada korang semua buat kali kedua. Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Suasana raya semakin lama semakin dirasai, lagu – lagu raya mula bergema diradio – radio dan mulut – mulut orang, dan kuih raya dan mercun – mercun yang ditempah sebelum puasa mulai dapat.
Genap hari ke – 12 berpuasa juga bermakna haku sudah menghadiri 3 kali kelas e -PJJ ku. Semakin haku menghadiri kelas PJJ ini semakin mencabar tugas – tugasan yang diterima. Betul kata orang, belajar jarak jauh tersangatlah mencabar kerana hanya 10% pembelajaran adalah diantara pelajar dan lecture, selebihnya, pelajar itu terpaksa berusaha sendiri.
Popularity: 4% [?]
Puasa datang lagi dan haku ingin kurus!
Aug 11th
Salam Ramadhan kepada semua umat islam. Wah, tajuk entry bunyi macam “Tora datang lagi!” (haha). Esok semua umat islam seluruh Malaysia dan beberapa negara Islam didunia akan melaksanakan rukun Islam yang ke – 3 iaitu “Berpuasa di bulan Ramadhan”. Solat sunat Tarawikh pun telah pun ditunaikan malam tadi. Berpusu – pusu orang islam menunaikan solat sunat Tarawikh di masjid – masjid dan harap – harap suasana itu akan berterusan sehingga ke hujung bulan Ramadhan dan haku juga berharap terhadap diri haku dapat menunaikannya di Masjid ataupun Surau.
Hari pertama bulan Ramadhan pasti akan menyaksikan ragam – ragam lawak dan lucu. Puasa “yan yuk bangun pagi buka periuk” pasti berlaku, alasan lupa niat atau terlupa kata hari ini hari pertama puasa semestinya akan terjadi dikalangan rakan – rakan disekeliling kita. Hari – hari yang mendatang di bulan puasa juga nanti kita boleh saksikan aksi – aksi memakai topeng dan topi keledar berlaku dikedai – kedai makan. Dan bulan puasa jugalah kita boleh melihat “mayat” hidup bersama nasi dan air bungkus diangkut ke dalam Van Mayat Jabatan Agama Islam (haha).
Apapun ragam diatas itu, haku tidak ambil peduli. Apa yang haku peduli, haku dapat melaksanakan ibadat Puasa haku dengan jayanya dan disamping itu mengurangkan berat badan haku yang semakin mem”belon” ini. Memang haku melawan habis – habisan nafsu makan dan berbelanja haku untuk menjadi kurus seperti haku dizaman mula – mula masuk kerja. Ini bermakna, haku terpaksa mengurangkan jumlah duit yang bakal dibawa ke Bazar Ramadhan dan mengunjungi bazar – bazar Ramadhan yang kurang dengan aneka makanan.
Popularity: 3% [?]






