Posted by Zul Murky in Photo | 516 views

Assalamualaikum, saya disini ingin berkongsi satu pakej fotografi dari Marki Photography untuk pasangan – pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun 2012. Marki Photography sekarang sedang mengadakan satu promosi pakej fotografi dimana client boleh mendapatkan photobook percuma atau pre-wedding (hanya untuk pakej terpilih sahaja). Hubungi 014-6425917 atau email kepada vionerq@yahoo.co.uk untuk maklumat lanjut. Untuk melihat sampel – sampel gambar, anda semua boleh terus ke blog Marki Photography untuk melihat sampel gambar – gambar perkahwinan disana.
More >
Popularity: 2% [?]
Posted by Zul Murky in Photo | 1,069 views
Salam guys. Hari ini aku nak buat sikit iklan di Blog aku ini berkenaan pakej – pakej fotografi perkahwinan. Kepada yang hendak melangsungkan perkahwinan dan sedang tercari – cari photographer untuk perkahwinan, disini aku ingin promot promosi dan pakej – pakej menarik yang ditawarkan oleh Marki Photography. Promosi bermula dari bulan ini sehingga hujung tahun 2011. Bagi yang ingin bertunang juga boleh tengok – tengok pakej yang ditawarkan oleh Marki Photography. Tak lupa juga bagi yang nak berjimat, korang juga boleh negotiate untuk dapatkan harga terbaik dan bersuaian dengan budget korang. Contoh – contoh gambar boleh dilihat di blog terbabit dan juga Flickr Marki Photography. Bukan itu sahaja, contoh – contoh custom Album pun boleh dilihat didalam Flickr Marki Photography. Haa! apa lagi, jom kita tengok apa pakej yang ditawarkan oleh Marki Photography.
p/s: Jangan lupa like page Marki Photo
www.facebook.com/markiphotography
More >
Popularity: 5% [?]
Posted by Zul Murky in Photo | 4,062 views

Yey! Musim buah kat Penang neh makin dekat. Sempena kedatangan musim buah – buah tempatan melambak di tepi – tepi jalan di Penang neh, haku ingin men”tribute”kan buah – buahan tempatan dalam koleksi photography haku neh. Dan buah yang menjadi pilihan haku ialah buah durian Balik Pulau kerana buah durian Balik Pulau adalah salah satu buah yang haku suka beli tapi haku biar sampai busuk (haha). Haku malas nak bukak kulit dia daaa..
Tapi sebelum korang terliur melihat buah durian Balik Pulau neh, satu teka – teki haku nak bagi kat korang untuk korang teka. Hadiah dia? Sebiji buah durian untuk korang melahap. Soalan dia, berapa besar buah durian yang menjadi “model” dalam sesi photography haku ini? dan berapakah harga buah durian tersebut? hah! pikir 5 minit dulu kemudian baru klik “read more” (siapa yang malas klik, kena klik juga..kalau tak macamana nak dapat buah durian).
Ok? dah dapat jawapan dia? Boleh klik button “read more” kat bawah neh. (hehe)
More >
Popularity: 9% [?]
Buah - buahan tempatan,
Buah durian,
DIY Fotografi,
DSLR sony A200,
Durian Balik Pulau,
gambar ferrari dihempap buah durian,
Kereta Ferrari,
Miniature Ferrari,
Photo,
Photo tips,
Photoshop tutorial,
Selling DSLR Sony A200,
Tutorial mengambil gambar dalam bilik
Posted by Zul Murky in Photo | 4,436 views
Selepas mengeluarkan entry mengenai Majalah Digital Camera , hari neh terasa mahu mengodek – godek software Photoshop CS 3 untuk mengedit gambar. Dari pejabat lagi haku tak sabar – sabar mahu mencari gambar – gambar yang mahu diedit dan juga mengedit gambar member haku. So disebabkan hari neh haku tiada idea mahu menulis blog, haku menghabiskan masa berjam – jam duduk mengadap Photoshop mengedit gambar – gambar semasa di menonton perlawanan akhir Piala FA minggu lepas dan juga mengedit gambar rakan haku yang sarat mengandung. Nasib baik haku sempat menunaikan hajat member haku tu sebab agak lama dia menunggu haku datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil gambarnya kerana ke esokan paginya dia selamat melahirkan anak sulungnya. Huhuu, patutlah naluri haku berkata ambil gambar dulu baru pergi stadium, rupanya dah sampai due date dah member haku tue (hehe).
Ok, takmau menulis banyak – banyak, haku tengah kering idea neh, haku sajikan gambar – gambar edited haku kat korang semua.
More >
Popularity: 11% [?]
Posted by Zul Murky in Photo | 10,352 views

Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua.
Siapa diantara bloggers disini yang kaki photography? mesti ramai bukan? tak kiralah yang menggunakan kamera kompak ke, DSLR ke ataupun kamera handphone. Kalau dah minat mengambil gambar, boleh dikata kaki photogrphy. Dan haku rasa ramai juga readers blog ini juga gila edit mengedit gambar mengunakan photoshop bukan. Mestilah minat, kalau dah kaki ambil gambar mesti minat mengedit, lagipun haku pernah berkata dulu, gambar tanpa edit umpama lagu tanpa irama. Cewah.
Ok, back to topic, sebenarnya entry haku kali ini haku nak reviewkan satu majalah Fotografi yang selalu haku langgan iaitu majalah Digital Camera. Siapa yang merupakan seorang photographer mesti tahu tentang majalah ini sebab majalah ini memang menjadi salah satu sumber rujukan mereka. Dan kepada yang tidak tahu, haku akan ceritakan secara pelahan – lahan supaya korang tahu kelebihan majalah yang selalu haku baca neh.
Majalah ini sebenarnya asal dari United Kingdom dan dibawa ke Malaysia oleh syarikat Velocity Media Sdn. Bhd. Majalah ini mempunyai banyak info dan tips mengenai photography jika hendak dibandingkan dengan majalh fotografi yang lain. Dari mempelajari teknik – teknik mengambil gambar sehinggalah mendapatkan info – info mengenai DSLR, semuanya anda boleh dapati dalam majalah ini. Memang tak rugi kalau menjadikan majalah ini sebagai sumber rujukan fotografi korang. Haku mula melanggan majalah ini lebih kurang setahun lepas selepas haku memiliki DSLR haku sendiri. Banyak majalah fotografi sudah haku baca dan laman – laman web haku lawati untuk mempelajari teknik – teknik mengambil dan mengedit gambar sehinggalah salah seorang rakan photographer haku mencadangkan kepada haku untuk membaca majalah Digital Camera.
Haku cukup terkejut setelah membaca majalah ini kerana terdapat info dan ilmu yang sangat – sangat haku perlukan untuk memantapkan ilmu fotografi dan editing haku. Dan start daripada itu, haku terus melanggan majalah ini kerana haku rasa majalah ini sudah cukup untuk haku mengorek tip photography tanpa perlu mencarinya dilaman web atau dimajalah lain.
More >
Popularity: 42% [?]
Posted by Zul Murky in Hiburan | 4,715 views
Semalam, 6 March 2010 di Padang Kota Lama, Penang, Hotfm bersama – sama TM telah menganjurkan satu konsert Big Jam 2010. Konsert yang bermula dari pukul 12.00 tengahari dan berakhir pada pukul 12.00 malam menampilkan lebih 30 artis tanah air. Ramai penduduk Pulau Pinang tidak melepaskan peluang untuk pergi menyaksikan konsert yang dianjurkan oleh Radio Hangat tanah air. Haku juga tidak melepaskan peluang untuk pergi menyaksikan konsert hangat. Agak lama jugalah haku tidak menjejakkan kaki ke konsert – konsert besar seperti ini. Rasanya kali terakhir haku pergi ke konsert besar seperti ini ialah konsert Rock The World beberapa tahun yang lepas.
Jarak rumah haku dengan Padang Kota tidaklah berapa jauh, hanya beberapa kilometer sahaja, jadi haku bertolak keluar ke rumah bersama DSLR haku pada jan lebih kurang 6 petang. Tiba disana haku sangkakan pengunjung masih belum ramai lagi. Tetapi sangkaan haku meleset, rupa – rupanya sudah ramai pengunjung berkumpul di hadapan stage untuk menonton Misha Omar dan artis – artis lain melakukan persembahan. Haku tidak berkesempatan untuk snap gambar – gambar artis melakukan persembahan pada waktu petang kerana jarak antara haku dan stage terlalu jauh ditambah pula dengan crowd yang terlampau ramai dihadapan stage.
Pada belah malamnya, pengunjung mula bertambah untuk pergi menonton konsert tersebut sehinggakan jalan dari Jelutong Expressway menuju ke Pusat bandar mengalami kesesakan teruk. Haku yang datang ke konsert tersebut untuk mengambil beberapa gambar artis nekad merempuh pengunjung – pengunjung disitu untuk berada dekat dengan stage. Namun setibanya haku diruangan yang khas untuk pengunjung yang mempunyai sticker, haku dihalang oleh abang – abang RELA, namun setelah merayu haku dibenarkan masuk oleh petugas konsert tersebut tetapi hanya duduk dibahagian belakang ruangan tersebut. Ok lah dapat duduk disitu, sekurang – kurangnya dapat juga view terbaik untuk snap gambar daripada duduk berhimpit – himpit dengan orang ramai. Semasa haku sedang snap gambar – gambar kumpulan Fotograf, seorang ketua RELA mendekati haku dan menyuruh haku pergi kedepan untuk dapatkan view lagi terbaik. Peh, terima kasih banyak kepada abang RELA tersebut dan juga brader petugas konsert kerana membenarkan haku masuk ke area tersebut. Tanpa permission dan belas kasihan diorang, jangan haraplah haku dapat snap gambar – gambar seperti dibawah ini. Jadi kepada photographer – photographer, rule pertama untuk dapat view terbaik semasa di konsert, mintalah kebenaran dengan baik kepada petugas konsert, insyallah dia akan bagi (hohoo)
More >

Popularity: 20% [?]
Akim,
Alyah,
Anuar Zain,
B.P.R,
Big jam 2010,
Black,
Black mentor,
Bumi Putra Rocker,
Bunkface,
DJ FBI,
faizal ismail,
Faizal Tahir,
Faizal Tahir buka baju,
Fotograf,
gambar panas artis,
Hotfm,
Hotfm Big Jam 2010,
Hujan,
Konsert artis,
Konsert Big Jam,
M.Nasir,
Mawi,
Meet Uncle Hussain,
Noh,
Padang kota,
persembahan artis,
Photo,
photographer,
Pulau Pinang,
Stacy,
Through My Window,
TM,
Tomok