Political
Perhimpunan 901, apa perlu korang buat?
1Besok satu lagi sejarah Demonstrasi akan berlaku, bukan demokrasi tau, sebab negara Malaysia tak cukup demokrasi lagi sebab senang sangat nak berhimpun, kalau negara demokrasi lain macam Britain atau US lagi senang nak berhimpun siap boleh buat riot lagi kah kah kah. So kepada yang nak pergi perhimpunan 901 besok (bukan 501 tau, perhimpunan 501 nak bantah penjualan jeans Levi’s siam hehe), pastikan korang ikut arahan dari pihak KDN iaitu:
- Polis akan memasang pita had kawasan perhimpunan
- Dilarang kain rentang ‘Bebaskan Anwar 901′ atau ‘Bebaskan Anwar’
- Dibenar hanya dua ‘loudhailer’ bagi kawal peserta
- Dilarang berucap
- Dilarang mengganggu prosiding mahkamah
- Jika kawasan penuh, peserta lain perlu beredar
- Penganjur pastikan peserta tidak bawa senjata
- Bersurai tidak lewat daripada satu jam selepas keputusan mahkamah
- Patuhi arahan polis
- Dilarang melakukan khianat atau merosakkan harta benda awam
So, polis dah bagi kebenaran kenalah ikut arahan yer, jangan diibarat orang dah bagi masuk rumah, buat rumah macam rumah sendiri pulak yer. lagi satu diharap yang pergi tue semua bijak – bijak pandai, orang bodoh jangan pergi tau baik PR ke, Perkasa ke or Pekida, harap yang pergi tu bijak – bijak belaka, sebab yang bodo – bodoh belaka neh suka buat huru hara, maklumlah terpengaruh sangat dengan filem – filem barat (hehe). Oh yer, ada satu tips aku nak bagi neh:
Popularity: 1% [?]
Barisan Nasional menang majoriti 2/3 di Sarawak
0Keputusan pilihanraya negeri Sarawak ke – 10 telah diumumkan sebentar tadi di mana Barisan Nasional berjaya mengekal penguasaan Dewan Undangan Negeri dengan majoriti sebanyak 2/3 kerusi. Namun begitu, mereka menerima tampran hebat dengan kehilangan 8 kerusi, berbanding 63 buah kerusi yang dimenangi oleh mereka pada pilihanraya yang lalu. Sumber dari Malaysiakini.com memberitahu, DAP dan PKR menyapu bersih 5 kerusi yang dipertandingkan di Kuching.
Pilihanraya pada kali ini menampak peralihan sokongan kaum cina kepada Pakatan Rakyat dimana ia boleh dilihat dari kekalahan teruk yang dialami oleh salah satu parti komponen BN iaitu SUPP. Ramai calon – calon penting SUPP seperti Tan Sri George Chan yang merupakan Presiden SUPP dan Tiong Thai King tewas ditangan calon DAP. Cubaan PAS untuk menduduki Dewan Undangan Negeri juga gagal apabila calon mereka tewas dalam 5 kerusi yang dipertandingi oleh mereka. Namun begitu, jika dilihat dari segi undi, PAS berpeluang untuk bertapak di negeri Sarawak.
Dalam pilihanraya ini juga, sebanyak 41 calon bebas turut bertanding. Walaubagaimanapun, hanya 1 calon yang memenangi pilihanraya kali ini iaitu George Legong.
Keputusan Penuh Pilihan Raya Sarawak:
| CONTESTED | WON | |
|---|---|---|
| PBB | 35 | 35 |
| SUPP | 19 | 6 |
| PRS | 9 | 8 |
| SPDP | 8 | 6 |
| . | ||
| DAP | 15 | 12 |
| PKR | 49 | 3 |
| PAS | 5 | 0 |
| . | ||
| PCM | 6 | 0 |
| SNAP | 26 | 0 |
| IND | 41 | 1 |
Sumber: Malaysiakini.com/bm
Popularity: 2% [?]



Recent Comments