Sukan
Apa yang ada dalam fikiran FAM?
8
PENYOKONG Kelantan hampa apabila penjualan tiket ditangguh gara-gara masalah harga 'naik-turun' di Kota Bharu, petang semalam.
Setelah berjaya menjatuhkan Kedah dan beberapa negeri lain seperti Perak dengan cara halus iaitu memansuhkan pemain import, kini FAM sekali lagi bermain kuasanya dengan keputusan tidak konsisten mengenai isu Jurulatih Kelantan B Sathianathan dan yang terbaru isu kenaikan harga tiket. Apa yang sedang difikirkan oleh badan induk bola sepak negara apabila menghukum jurulatih Kelantan itu seberat – beratnya disaat pasukannya sedang berusaha melangkah ke Final Piala Malaysia dan kemudian menangguhkan keputusannya. Kemudian, secara tiba – tiba FAM menaikkan harga tiket perlawanan akhir sehinggakan berlaku kekecohan dikalangan penyokong terutamanya penyokong The Red Worrior.
Adakah ini salah satu tindakan halus yang cuba dilakukan oleh FAM untuk menjatuhkan sesebuah pasukan sepertimana yang berlaku pada pasukan Kedah dan Perak? Cuba lihat apa yang terjadi pada pasukan Kedah dan Perak yang jatuh mendadak prestasi pasukannya akibat tindakan FAM memansuhkan pemain import dikalangan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia dengan alasan mengurangkan beban kewangan dikalangan Persatuan Bola Sepak Negeri.
Kini, apa yang kita dapat perhatikan, tindakan FAM seolah – olah mahu menjatuhkan pasukan Kelantan dari kancah bola sepak tanah air. Cuba kita perhatikan, kenapa kes yang sudah lama berlaku baru dijatuhkan hukumanya disaat pasukan Kelantan memerlukan seorang jurulatih untuk membimbing pasukan ke peringkat akhir Piala Malaysia. Kemudian setelah pasukan Kelantan berjaya melangkah ke peringkat akhir, dan didesak oleh ramai pihak mereka menangguhkan penggantungan Jurulatih Kelantan itu tetapi, selang beberapa hari kemudian, mereka mengumumkan menaikkan harga tiket pada perlawanan tersebut.
Popularity: 3% [?]
UEFA Champions League 2010/11 Group Fixture
1Semalam berlangsung undian peringkat kumpulan dalam kejohanan UEFA Champions League 2010/11. Setelah selesai perlawanan peringkat Play-Off, kini tiba pula perlawanan peringkat kumpulan. Inter Milan akan mempertahankan kejuaraan yang mereka kecapi musim lepas dengan berhadapan dua pasukan baru dalam kancah Piala Eropah iaitu Tottenham Hotspurs dan Twente FC dan juga pasukan SV Werder Bremen.
Perlawanan pertama akan berlangsung pada 14/15 September dan akan berterusan pada tarikh – tarikh 28/29 September, 19/20 October, 2/3 November, 23/24 November dan 7/8 December. Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Wembley pada 28 May 2011. Jadual penuh boleh dilihat dalam laman web ini.
| 2010/11 UEFA Champions League group stage | |||||
| Group A | Group B | ||||
| FC Internazionale Milano (ITA) | Olympique Lyonnais (FRA) | ||||
| SV Werder Bremen (GER) | SL Benfica (POR) | ||||
| Tottenham Hotspur FC (ENG) | FC Schalke 04 (GER) | ||||
| FC Twente (NED) | Hapoel Tel-Aviv FC (ISR) | ||||
| Group C | Group D | ||||
| Manchester United FC (ENG) | FC Barcelona (ESP) | ||||
| Valencia CF (ESP) | Panathinaikos FC (GRE) | ||||
| Rangers FC (SCO) | FC København (DEN) | ||||
| Bursaspor (TUR) | FC Rubin Kazan (RUS) | ||||
| Group E | Group F | ||||
| FC Bayern München (GER) | Chelsea FC (ENG) | ||||
| AS Roma (ITA) | Olympique de Marseille (FRA) | ||||
| FC Basel 1893 (SUI) | FC Spartak Moskva (RUS) | ||||
| CFR 1907 Cluj (ROU) | MŠK Žilina (SVK) | ||||
| Group G | Group H | ||||
| AC Milan (ITA) | Arsenal FC (ENG) | ||||
| Real Madrid CF (ESP) | FC Shakhtar Donetsk (UKR) | ||||
| AFC Ajax (NED) | SC Braga (POR) | ||||
| AJ Auxerre (FRA) | FK Partizan (SRB) | ||||
Popularity: 7% [?]
Apabila sotong pun pening pilih juara Piala Dunia
11Salam Piala Dunia kepada bloggers yang kaki bola dan kaki – kaki bola di luar sana. Apa khabar korang semua? agak lama haku tidak menulis coretan haku diblog ini. Rasa malas pula hendak berblogging. Semakin hari semakin tiada mood. Baru je nak menulis entry terbaru, tiba – tiba jadi down terus mood sebab mengantuk, takde idea, tak pun entry yang haku nak tulis tu dah berlambak blogger duk tulis, lebih – lebih lagi kalau pasal Piala Dunia, potong betul (haha).
Berbalik kepada tajuk besau (kata orang melaka) diatas. Rasa – rasanya, ramai orang kenal Paul si Sotong. Sotong ne bukan sotong yang terer main trompet macam Squidward dalam cita Spongebob (betul ke tah haku eja nama dia), tapi sotong neh sotong special yang berjaya menyebabkan bookie – bookie diluar sana bunuh diri kerana prediction dia tepat.
Mula – mula si Paul meramalkan yang Jerman akan menang menentang Argentina sekaligus menyebabkan haku terkeluar dari contest Denaihati.com kerana betul tekaan menatang tue dimana Jerman berjaya menewaskan Argentina 4 – 0. Menantang tue sekali lagi buat hal dengan meramalkan Spain menang menentang Jerman yang akhirnya Spain betul – betul menewaskan Jerman. Prediction si Paul tue menyebabkan empat pengawal diletakkan di kandangnya kerana ada ugutan bunuh dari peminat bola sepak yang kecewa dengan kekalahan pasukan yang disokong mereka.
Popularity: 2% [?]
Video Lin Dan berlatih Badminton
30Salam kepada readers blog ini. Hari ini, haku hendak keluarkan entry pasal Badminton (huh! badminton lagi!). Ini bukan entry mengutuk BAM ataupun skuad badminton negara yang gagal melayakan diri ke final Piala Thomas ataupun entry yang ingin mengondem skuad negara yang memberikan alasan lapuk kerana gagal menyerlah dalam kejohanan Piala Thomas(kata paper arus perdana negara). Tapi entry neh pasal kenapa Lin Dan, Pemain nombor 1 China begitu sukar untuk ditewaskan oleh lawannya.
Siapa yang ikut kejohanan Piala Thomas mesti tertanya – tanya kenapa Lin Dan begitu kuat dan sukar ditewaskan sehinggakan Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain nombor 1 dunia dan Taufik Hidayat dari Indonesia gagal memberikan tentangan sengit kepada Lin Dan. Malah, kedua – dua jagoan badminton dunia itu telah diayam – ayamkan oleh Lin Dan dengan cukup mudah. Setelah haku membuat kajian dan research (samakan maksud tu?) haku terjumpa satu video yang menunjukan Lin Dan sedang berlatih bermain badminton. Kalau korang tengok video tu mesti korang suspek, ehh? respek dengan training yang dibuat. Tak hairanlah dia menjadi begitu poweroot dalam kejohanan Piala Thomas yang lalu.
Korang nak tengok video tu? Klik “Read more” kalau rajin..hehe
Popularity: 9% [?]
Keputusan Final Piala Thomas 2010
9
China membuktikan kepada dunia bahawa kuasa sukan Badminton berada dalam tangan mereka apabila berjaya mempertahankan Piala Thomas buat kali keempat berturut – turut apabila menewaskan Indonesia 3 – 0 dalam perlawanan akhir semalam. Indonesia gagal mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2000 di Kuala Lumpur apabila ketiga – tiga pemain mereka gagal menyekat permainan pemain China. Mata pertama China diperolehi oleh bekas juara Olimpik, Lin Dan apabila mudah menewaskan pemain nombor 1 Indonesia Taufik Hidayat dengan kiraan mata 21-7, 21-14 dalam tempoh hanya 44 minit.
China menerima tentangan sengit dari pemain Indonesia pada permainan seterusnya, walaubagaimanapun, pemain China berjaya mengekang pemain – pemain Indonesia dari memburu mata. Pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng berjaya menambah mata buat pasukan China apabila menewaskan pasangan Indonesia Markis Kido-Hendra Setiawan 25-23, 16-21, 21-12 sebelum Chen Jin memastikan Piala Thomas milik mereka dengan menewaskan Santoso dengan kiraan mata 19-21, 21-17, 21-7 dalam pertarungan yang berlarutan selama sejam 13 minit.
Dengan kemenangan ini, Piala Thomas kekal berada di bumi China untuk dua tahun berikutnya. Sementara itu, Pasukan Piala Uber China gagal mengikut jejak langkah pasukan Piala Thomas mereka apabila mereka gagal membawa pulang Piala Uber ke negara China dimana mereka tewas dengan pasukan Korea Selatan 1 – 3. Dengan kekalahan itt, pasukan Piala Uber China gagal mempertahankan kejuaraan mereka yang dimenangi sejak tahun 1998.
Kedudukan penuh pasukan dalam kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber:
Popularity: 2% [?]





Recent Comments