Murky is On The Way!
Posts tagged azwan ali gaduh
Azwan Ali memohon maaf kepada Ummi Hafilda
Jan 19th
Kontroversi yang dibuat oleh pengacara Azwan Ali terhadap keceluparannya dilaman Twitter akhirnya berakhir apabila beliau memohon maaf secara terbuka akibat ketelanjurannya mengugut adiknya dilaman tersebut. Beliau sebelum ini mengugut Ummi Hafilda dengan kenyataan berbunyi “Slm. Let’s CEKUP juga si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup hidup ! Bako mayat diaaaaaa”. Menyedari kenyataan Azwan Ali dilaman sosial itu yang boleh mengancam keselamatan dan nyawanya, Ummi Hafilda segera membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Setelah menerima laporan itu, polis segera menahan Azwan Ali Ali bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Beberapa individu lain turut dipanggil bagi mengambil keterangan. Antara yang dipanggil adalah Azmin Ali (abang kepada Azwan Ali), Isteri Azmin Shamsidar Tahrin dan ibu mereka. Menurut Azwan, kenyataannya dilaman Twitter adalah atas arahan abangnya, Azmin Ali. Walaubagaimanapun, pihak polis telah membebaskan Azwan Ali dengan Jaminan polis.
Kenyataan maaf Azwan Ali:-
“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
“Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,”
Akibat daripada keceluparan Azwan dilaman Twitter, beliau kemungkinan besar akan disenarai hitam oleh Stesyen televisyen tempatan. Buat Azwan Ali, gunakan kebebasan berfikir sebelum menggunakan kebebasan bersuara. Fikir dulu sebelum bertindak.
Popularity: 2% [?]



