Murky is On The Way!
Posts tagged BAM
Keputusan suku akhir Piala Thomas dan Piala Uber 2010
May 12th
Mendebarkan! Cukup mendebarkan perlawanan diantara Malaysia dan Denmark sebentar tadi. Akhirnya Malaysia menjadi pasukan terakhir mengisi slot perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas setelah China, Indonesia dan Jepun layak ke peringkat separuh akhir dengan menewaskan lawan masing – masing. Malaysia layak setelah mengharungi perlawanan yang cukup mencabar dengan menentang pasukan nombor 1 Eropah yang juga pasukan pilihan Piala Thomas.
Malaysia pada mulanya berjaya mendahului Denmark 2 – 0 setelah Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu nombor satu negara Koo Kean keat dan Tan Boon Heong berjaya menewaskan perlawanan masing – masing dengan straight set. Namun begitu, episod mendebarkan pasukan negara muncul apabila pemain perseorangan nombor dua negara, Wong Choong Hann gagal menewaskan pemain Denmark, Jan Ø Jørgensen apabila tewas dalam pertarungan 3 set dengan 20 – 22, 21 – 16 dan 18 – 21. Pasangan beregu nombor dua negara yang juga pasangan baru Mohd Zakry Abdul Latif dan Thien How Hoon juga tewas dengan lawan mereka dalam pertarungan 3 set yang cukup mendebarkan.
Dalam keadaan yang cukup merisaukan kem negara dan juga peminat, muncul wira negara pada perlawanan ini apabila Mohd Hafiz Hashim berjaya memberikan mata kemenangan kepada pasukan Malaysia apabila menang mudah dengan menewaskan lawannya iaitu Joachim Persson dengan straight set, 21 – 12, 21 – 10. Dengan kemenangan ini, pasukan negara akan menentang juara bertahan China pada separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mei ini.
Sementara itu, pasukan Piala Uber negara tewas mudah ditangan Indonesia pada perlawanan suku akhir. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan buat pasukan Piala Uber negara kerana berjaya meberikan persembahan terbaik dalam kejohanan ini. Buat pasukan Malaysia, diharap mereka dapat mengekal momentum permainan mereka dalam perlawanan menentang China nanti. Buat Wong Choon Hann dan pasangan baru negara, diharap anda semua dapat mempertingkatkan lagi prestasi anda untuk perlawanan akan datang dan seterusnya dapat merealisasikan harapan peminat tanah air untuk lihat pasukan negara layak ke Final Piala Thomas 2010.
Keputusan Penuh dan Jadual Perlawanan Separuh Akhir:
Popularity: 5% [?]
Senarai Pemain Pasukan Pilihan Piala Thomas
Apr 27th
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sudah pun mengeluarkan senarai pemain bagi pasukan – pasukan yang bertanding pada Piala Thomas dan Piala Uber pada 9 – 16 Mei 2010 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Skuad Malaysia juga tidak ketinggalan menyenaraikan nama – nama yang bakal mengalas cabaran negara dalam kejohanan paling berprestij dalam sukan Badminton.
Walaupun skuad negara sekarang sedang dilanda pelbagai kontroversi dan berita – berita sensasi disamping prestasi pemain yang tidak menentu, ia tidak menghalang para peminat untuk menyokong skuad negara ini. Bermain ditempat sendiri sudah pasti memberi kelebihan kepada para pemain untuk cuba merangkul piala yang kali terakhir dimenangi oleh skuad negara pada tahun 1992.
Jika dilihat dari senarai pemain – pemain pilihan Piala Thomas, skuad negara pasti berdepan laluan sukar untuk cuba melayakan diri ke perlawanan akhir piala Thomas. Tapi atas semangat “Malaysia Boleh”, peminat badminton tanah air yakin yang skuad negara dapat menempuh segala halangan dihadapan mereka.
Oleh itu, selamat berjuang buat para pemain negara. Lupakan segala kontroversi yang berlaku sekarang untuk seketika dan tumpukan persiapan anda dalam kejohanan badminton ini. Diharapkan para pemain dapat melaksanakan tanggungjawab mereka ini dengan baik dan cuba membawa balik Piala Thomas ke bumi Malaysia.
Malaysia:
Perseorangan:
- Lee Chong Wei
- Wong Choong Han
- Mohd Hafiz Hashim
- Tan Chun Seang
Beregu:
- Koo Kean Keat
- Tan Boon Heong
- Mohd Zakry Abdul Latif
- Mohd Fairuzizuam Mohd Tazari
- Hoom Thien How
- Ong Soon Hock
Popularity: 15% [?]
Disebalik kejayaan Lee Chong Wei
Mar 19th
Rasanya tidak terlambat bagi haku mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya merangkul kejuaraan All England, kejuaraan yang menjadi impian setiap pemain badminton negara. Tetapi, cerita kejayaan Datuk Lee Chong Wei hanyalah secebis cerita gembira yang terukir didalam drama badminton negara yang penuh dengan duka dan kontroversi.
BAM tidak ubah seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), penuh dengan cerita dan drama sehinggakan para peminat tidak faham dengan hala tuju sebenar persatuan itu. Dari isu masalah jurulatih beregu, prestasi pemain yang tidak menentu, masalah kewangan dan yang terbaru kemelut politik diantara pegawai tertinggi persatuan itu seolah – oleh memberi petanda bahawa impian negara untuk merangkul Piala Thomas dalam kejohanan yang akan datang ini tidak akan menjadi kenyataan.
Berita mengenai pengantungan Setiausaha Kehormat BAM, P Ganga Rao semalam hanya menambah masalah dan pergolakan yang sedang berlaku didalam BAM itu sendiri. Dengan tempoh hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum bermulanya Piala Thomas, BAM sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian terhadap persiapan para pemain dari sibuk bersengketa sesama sendiri.
Lihat apa yang berlaku hari ini, Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjaga kebajikan para pemain dari BAM kerana persatuan itu gagal menjalankan tanggungjawab mereka terhadap para pemain dengan sebaik mungkin. Bahkan, timbul keraguan dikalangan pegawai BAM yang dikatakan cuba mengaut keuntungan diatas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap persatuan itu. Ini menunjukan BAM bukan sahaja bermasalah di peringkat atasan, tetapi pengurusan mereka juga lemah.
Popularity: 13% [?]



