Posts tagged blog
Ranking Alexa ku jatuh umpama nangka busuk
Jul 27th
Salam kepada bloggers yang setia mengunjungi blog yang semakin tidak hensem ini. Setelah sepuluh hari tidak menghiraukan blog ini, haku kembali untuk menulis walaupun masa tidak mengizinkan. Sebenarnya haku mencuri sedikit masa tidurku untuk menulis sepatah dua tulisan (yang sebenarnya berpatah – patah) diblog ini kerana rindu untuk menulis.
Agak sedih sebenarnya apabila melihat blog ini semakin uzur dan tidak terjaga lebih – lebih lagi apabila melihat monthly posting haku yang tidak sampai 5 posting. Malu dan rasa seperti mahu menutup terus blog ini kerana tidak mengemaskininya dengan baik. Mesti ramai yang berkata, “Macam neh dimanakan blogger? 5 post sebulan?” hohoo. Nak buat macamana? masa 24 jam ja sehari, kalau sehari manusia mempunyai 48jam, jangan kata satu posting sehari, 5 posting pun haku boleh buat (hehe).
Haku bukan memberi alasan untuk tidak berblog, tapi entry haku sebelum ini menjelaskan ketidakbanyakkan masa untuk menulis blog. Akibat dari tidak menulis blog juga menyebabkan haku blog haku semakin teruk ranking Alexa nya. Jika 2 bulan lepas haku hampir – hampir melepaskan diri dari cengkaman ranking 300k kebawah, sekarang ia jatuh dengan busuknya ke ranking 400k keatas. Shame on me kerana tewas dalam perlumbaan mengejar ranking terbaik dikalangan blogger – blogger Malaysia.
Popularity: 2% [?]
Antara Blogger, Photographer, Worker dan studerr?
Jul 17th
Salam hari sabtu kepada bloggers – bloggers dan orang awam yang tengah bercuti sekarang. Wah! best betul korang mengeliat baru bangun dari tidur ya, jeles haku kerana terpaksa bangun awal pagi untuk ke tempat kerja (huhuu). Tak pe, rezeki, takde kerja takde duit, takde duit tak boleh enjoy, eh!?. (haha). Hari neh haku saja – saja merajinkan kepala dan jari untuk mengeluarkan idea dan menulis blog ini. Rasa macam tak seronok pula bila tengok blog sendiri makin kekurangan cerita dan entry – entry terbaru.
Dulu, semasa mula – mula Murkiester.blogspot.com bertukar menjadi murkiester.com, haku cukup bersemangat untuk berblog sampai kadang kala dalam satu hari haku akan publiskan entry lebih dari dua kali. Rajin dan eager punya pasal. Tapi sejak 2 bulan kebelakangan ini, semangat untuk berblog semakin pudar sehinggakan sekarang, priority untuk berblog haku dah letakkan paling bawah sekali dari kehidupan seharian haku. Tidak seperti awal tahun ini, kemana saja haku pergi, haku akan bawa laptop comel haku kemana – mana semata – mata memudahkan haku untuk berblog dan melawat blog orang lain. Sampaikan ada satu tahap, orang lain berkaraoke, haku berblog (hehe).
Popularity: 2% [?]
Redirection ke blog baru dalam hanya 6 saat.
May 20th
Sebelum ini haku pernah mengeluarkan tutorial Redirect Blogspot Link ke domain baru yang memberitahu bagaimana mahu melakukan redirection link dari Blogspot ke WordPress Self Hosting. Namun begitu, tutorial yang haku keluarkan itu tidak readers friendly kerana readers terpaksa klik sana sini untuk ke blog baru anda. So, hari ini haku ingin kongsikan satu tutorial yang haku ambil dan translate kan ke bahasa melayu dari blog libertyinteractivemarketing mengenai cara – cara untuk melakukan auto – redirection blog lama ke blog baru.
Tutorial ini bukan saja memberitahu cara – cara untuk homepage redirection, malah untuk setiap entry – entry yang ada pada blog lama. Lagipun, redirection seperti diatas kelihatan kurang menarik pula (haha).
Popularity: 4% [?]
Kisah disebalik kata kunci Piala Thomas
May 18th
Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua. Hari ini rasanya ingin haku menulis secara santai – santai, malas nak fikir untuk keluarkan entry – entry yang memerlukan idea berat, cukuplah sekadar idea – idea yang terlintas dalam kepala haku neh. Sebenarnya, start dari awal bulan ini, mood haku nak berblog memang cukup down gila – gila sampaikan pernah terfikir nak berehat sebentar dari dunia blog. Haku bukan apa, cuma penat berkerja lebih masa. Badan dan minda haku memang betul – betul exhausted, exhausted disebabkan kena berkerja teruk, exhausted kerana memikirkan masalah kerja, keluarga dan awek (ceh!) dan exhausted kerana nak maintain blog haku neh (Hehe).
Tapi disebabkan ingin maintain ranking Alexia dan menaikan PR blog ini, haku try juga update blog haku ini walaupun takde isu nak diceritakan. Mujurlah ada event yang sedikit sebanyak memberi haku inspirasi untuk menulis dan update blog haku ini. Event yang haku maksudkan, kejohanan Piala Thomas, dapatlah juga haku update blog haku dengan entry – entry terbaru dan mengelakkan blog haku dari bersawang. Kalau korang perasan, sepanjang kejohanan Piala Thomas bermula, haku tak update langsung cerita – cerita lain melainkan Piala Thomas. Nampak sangat haku takde idea dan malas nak menulis entry lain (malas? hohoo).
Dalam duk concentrate menulis pasal Piala Thomas, haku tak sangka, ia banyak membantu blog haku mendapat traffik yang mencurah – curah sehingga hampir mencecah 2k sepanjang kejohanan Piala Thomas berlangsung tanpa perlu berblogwalking. Itu tak termasuk entry – entry yang berkaitan dengan sukan Badminton tanah air yang haku tulis sebelum kejohanan bermula. Tak sia – sia haku memaksa diri haku menonton perlawanan yang melibatkan Malaysia dalam Piala Thomas dan menulis mengenainya selepas game. Mujur Malaysia tak layak sehingga Final, kalau tidak sudah tentu banyak lagi traffik yang masuk ke sini.
Popularity: 4% [?]
Denaihati ingin memberikan 2 laptop Acer Aspire One Percuma!
Apr 12th
Berjalan ke blog rakan – rakan tadi, mata haku terhenti disatu entry contest yang cukup menarik untuk disertai. Lantas haku berhenti diblog tersebut dan klik link yang menganjurkan peraduan itu. Blog yang haku maksudkan itu ialah blog Denaihati. Beliau menganjurkan dua peraduan dimana hadiahnya cukup menarik untuk dimenangi. Hadiah dia ialah 2 laptop Acer Aspire One dimana pemenang setiap peraduan akan mendapat laptop Acer Aspire One. Dan syarat untuk menyertainya pun cukup mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah: -
Untuk peraduan pertama, Referral paling banyak:
1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://www.murkiester.com (tengah cari sponsor untuk hadiah entri terbaik)
2. Follow @ http://twitter.com/denaihati
3. Follow @ http://facebook.com/denaihati
Untuk peraduan pertama ini, hadiah akan diberikan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI sepanjang 2010 berdasarkan analisa Google Analytics. Cara untuk menjadi TOP REFERRER adalah bebas, anda boleh menampalkan banner denaihati di sidebar atau letakan link denaihati.com dalam setiap entri baru.
Popularity: 4% [?]




Apa Plugins WordPress yang sesuai untuk dipasang pada blog anda?
Mar 30th
Posted by Zul Murky in Wordpress Tutorial | 856 views
37 comments
Rembat dari Google
Bagi blogger yang menggunakan WordPress Self Hosting, memasang plugins umpama memodified sebuah kereta. Ada yang memasang Plugin untuk mempertingkat blog mereka dan ada juga yang memasang Plugin untuk mencantikkan blog mereka. Untuk pengentahuan anda semua, sehingga setakat ini, plugins yang terdapat di WordPress telah menjangkau lebih 8900 plugins dan didownload hampir 82.5 juta kali. Wow! banyak tue.
Tapi tak semua plugins berfungsi dan berguna. Ada juga plugins yang rosak dan ada juga plugins yang boleh memberikan kesan buruk kepada blog kita. Selain itu, ada juga plugins yang mempunyai fungsi yang sama cuma penciptanya berlainan. Jadi, haku hari ini mahu berkongsi plugins WordPress yang digunakan diblog haku sebagai tool untuk mempertingkatkan dan mencantikkan blog haku. Dalam entry ini, haku bahagikan kepentingan plugins untuk blog haku kepada dua iaitu plugins paling penting dan optional plugins dimana haku menganggapnya sebagai tidak berapa penting tetapi berguna untuk blog haku.
More >
Popularity: 5% [?]