Posts tagged blogger

Part 1: Jenis – jenis blog yang seronok untuk dikunjungi

151

Sudah 3 hari haku tidak membuat entry terbaru. Bukan ketiadaan idea, tetapi kesuntukan masa dan kepenatan berkerja menghalang haku untuk menulis entry yang sebenarnya sudah lama haku pendam. Sebenarnya, haku memerlukan masa yang cukup lapang sekirannya mahu membuat satu – satu entry, at least 1 atau 2 jam haku perlukan untuk membuat satu entry. Jadi dalam masa 3 hari ini haku cuma mampu untuk berblogwalking dan membaca entry kawan – kawan sekirannya haku dapat mencuri masa.

Ok, berbalik kepada tajuk entry haku ini, seperti mana yang haku karutkan di permulaan entry diatas haku mengatakan yang haku akan berblogwalking dan membaca entry – entry disetiap blog yang haku singgah dan dalam masa yang sama akan meninggalkan komen diblog terbabit, tetapi bukan semua blog yang akan aku berhenti dalam jangka masa yang cukup lama, hanya beberapa blog saja yang haku akan betul – betul berenti semata – mata mahu membaca setiap entry  terbaru atau lama yang terdapat pada blog mereka. Ini menujukkan bahawa haku seronok berada diblog mereka dan membaca entry – entry pada blog mereka.

(more…)

Popularity: 11% [?]

Memasang audio sebenarnya annoying

99

Salam semua, entry haku yang haku nak release hari ini sebenarnya dibuat dalam keadaan terpaksa kerana haku khuatir akan mendapat tentangan dari beberapa pihak yang bakal tidak puas hati dengan hasil penulisan haku kali ini. Tetapi terpaksa ditulis juga kerana masih terdapat beberapa blogger yang kurang arif mengenai apa yang perlu dan apa yang tidak perlu ada dalam blog. Jika siapa – siapa yang pernah membaca entry “Apa yang perlu anda tahu mengenai blog anda” pastinya anda sedar apa sebenarnya yang kita perlu ada dalam sesebuah blog dan perlu avoid beberapa pekara yang boleh dianggap sebagai annoying kepada blog kita. Cuma entry haku kali ini mahu membincangkan salah satu daripada 30 tips hasil perbincangan blogger – blogger profesional didalam sebuah forum terkemuka tanah air.

Seperti yang kita ketahui, blog umpama rumah kita dimana kita sentiasa mahu ia kelihatan cantik dan menarik. Tetapi adakah anda sedar ada satu benda yang anda letakkan didalam blog anda akan menyebabkan blog kita dianggap annoying oleh pembaca. Haku rasa ramai yang tahu benda itu. Benda yang haku maksudkan audio. Pasti ramai blogger yang membaca entry ini ada atau pernah memasang audio didalam blog anda bukan?. Haku pun dulu tidak terkecuali, pernah memasang audio dalam blog haku. Ya, memasang audio sebenarnya sesuatu yang cool dan style. Tapi sebenarnya ia lebih annoying dari cool. Sebab apa haku katakan ia annoying? okeh disini haku berikan sebabnya:

(more…)

Popularity: 8% [?]

Senang ke main blog?

27

“Senang tak main blog zul?” ahaa, soalan cepumas yang terkeluar dari mulut member haku yang bukan merupakan seorang blogger. Termenung haku sekejap kerana tidak tahu hendak menjawapnya dengan tepat. Hendak kata susah tak lar susah, hendak kata senang taklah senang, itu lar jawapan yang haku boleh berikan  pada member haku itu.  So, entry haku kali neh berkisarkan pengalaman haku bermain blog. Susah ke senang ke terpulang pada masing – masing, anda semua pasti ada jawapan yang tersendiri

Untuk pengentahuan semua, haku mula berblogging sejak akhir 2008 lagi dan masa itu haku hanya berblog untuk tatapan rakan – rakan haku sahaja. Ini bermakna haku tidak menghiraukan langsung pasal traffik, kualiti entry, update dan macam – macam lagi. Apa yang haku peduli, rakan – rakan rapat haku boleh buka dan baca apa yang haku tulis didalam blog.  Sebab itu kalau anda semua lihat entry – entry diawal penubuhan blog neh, banyak menceritakan life haku bersama rakan  – rakan haku, penulisan yang mengarut – ngarut dan entry – entry yang dicedok dari tempat lain.  Namun setelah sekian lama haku berada dalam dunia blog secara ‘saja – saja’, timbul keinginan dalam diri haku neh hendak berblog secara serius.

(more…)

Popularity: 10% [?]

Sebab – sebab memilih WordPress Self Hosting

30

blogger-vs-wordpress

Sekiranya anda membaca entry terdahulu, mungkin sekarang anda sudah berkira – kira untuk berpindah ke WordPress Self Hosting. Bukan haku hendak mengatakan penggunaan Blogspot tidak bagus, haku pun dahulu adalah Blogspot User, tetapi disebabkan beberapa masalah yang timbul semasa haku menggunakan Blogspot, haku beralih ke WordPress Self Hosting kerana menurut info – info yang haku dapat dan juga pengalaman haku sendiri menggunakannya,  Haku dapati WordPress Self Hosting lebih baik daripada Blogspot. Bawah neh antara yang haku nampak setelah sebulan menggunakan WordPress dan haku try bandingkan dengan Blogspot, memang banyak perbezaannya.

Total Control.

Sekiranya anda menggunakan blogspot untuk berblog, chances untuk blog anda di delete oleh Google sangat tinggi terutamanya apabila blog anda di “flag” oleh orang – orang yang dengki dengan anda ataupun blog anda di cop sebagai spammer. Jadi Self Hosted memberi kawalan 100% terhadap blog anda. Cuma anda sahaja yang boleh delete blog anda. Tapi anda kena berhati – hati agar blog anda tidak di hack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

(more…)

Popularity: 3% [?]

Murkiester[dot]com kembali ..

2

Finally, setelah lama murkiester[dot]com tidak kelihatan akhir ia muncul kembali di internet. Hampir dua minggu blog ini tergendala akibat proses pemindahan dari Blogspot ke WordPress yang begitu rumit. Terima kasih kepada Mr. Sam dari serverfreak sales team kerana membantu haku melakukan pemindahan domain dari hosting godaddy.com ke serverfreak. Rupa-rupanya masalah domain haku tidak dapat berpindah disebabkan domain haku berusia kurang dari 3 bulan (domain haku didaftarkan pada bulan 12/2008).  Jadi beliau membantu haku menukar nameserver kepada server serverfreak. Syukur alhamdullilah, setelah menukar nameserver baru, akhirnya haku dapat masuk ke cpanel hosting baru haku dua hari lepas.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]

Go to Top