Murky is On The Way!
Posts tagged Blogspot
Redirection ke blog baru dalam hanya 6 saat.
May 20th
Sebelum ini haku pernah mengeluarkan tutorial Redirect Blogspot Link ke domain baru yang memberitahu bagaimana mahu melakukan redirection link dari Blogspot ke WordPress Self Hosting. Namun begitu, tutorial yang haku keluarkan itu tidak readers friendly kerana readers terpaksa klik sana sini untuk ke blog baru anda. So, hari ini haku ingin kongsikan satu tutorial yang haku ambil dan translate kan ke bahasa melayu dari blog libertyinteractivemarketing mengenai cara – cara untuk melakukan auto – redirection blog lama ke blog baru.
Tutorial ini bukan saja memberitahu cara – cara untuk homepage redirection, malah untuk setiap entry – entry yang ada pada blog lama. Lagipun, redirection seperti diatas kelihatan kurang menarik pula (haha).
Popularity: 4% [?]
WordPress Tutorial 6: Memasang Plugins di blog anda.
Mar 28th
Rasanya ini adalah tutorial WordPress haku yang terakhir, mesti muak bukan??(haha) biasalah semua tutorial yang haku buat neh memang sudah diketahui oleh bloggers yang menggunakan WP-Self Hosting. Lagipun tutorial yang haku buat ini adalah basic tutorial untuk mereka yang berubah dari Blogger ke WP-self hosting. Jadi tiada apa yang baru, lagipun banyak tutorial – tutorial seperti ini boleh dicari dilaman – laman carian Google. Berbalik kepada tajuk diatas. Tutorial yang terakhir untuk kali ini ialah mengenai memasang plugins di blog WP-Self Hosting anda. Salah satu kelebihan menggunakan WP-self hosting ini ialah kita tidak perlu memodified coding HTML sekiranya mahu memasang widget. Tidak seperti menggunakan Blogger dimana setiap kali kita ingin memasang widget, kita perlu me”modified” coding HTML.
Berkongsepkan “plug and Play”, plugins boleh di’install’ melalui dua cara iaitu menggunakan FTP ataupun direct install dari Dashboard WP-Self Hosting anda. Mudah bukan? Tidak perlu copy paste coding html, tidak perlu alter mana – mana coding tersebut supaya ia ngam dengan blog kita dan yang paling penting tiada ads tersembunyi seperti ads widgeo. Okeh, tidak membebel banyak, haku teruskan dengan cara – cara memasang plugins.
Popularity: 3% [?]
WordPress Tutorial 5: Pastikan RSS readers anda sentiasa hidup
Mar 28th
Selepas selesai melakukan re-direct link dari Blogger ke WP-self hosting, kini tiba pula step yang boleh dikira sangat penting iaitu melakukan Re-Direct RSS readers dari Blogger ke WordPress atau menukar URL original feed anda(bagi yang sudah mempunyai akaun feedburner). Bagi bloggers yang mempunyai ramai sucsribers semasa di Blogspot, kegagalan melakukan redirect feed akan menyebabkan Feed anda mati. Ini bermakna, subscriber anda semasa di Blogspot tidak akan mendapat updates dari blog anda sedangkan blog terbaru anda sentiasa diupdate. Jika tidak melakukan redirect feed atau menukar URL asal feed anda ke yang baru, subscribers akan membuang atau menghentikan langganan feed – feed yang sudah mati ini. Ini sangat merugikan kerana subscriber merupakan salah satu punca traffik blog kita.
Oleh itu, melakukan re-direct Blogger feed ke WordPress atau menukar URL original feed adalah penting kerana ia akan memastikan subscriber anda akan sentiasa menerima updates dari blog anda dan seterusnya dapat mengekalkan traffik blog anda.
Bagi tutorial kali ini, haku menggunakan Feedburner sebagai servis Feed blog kita.
Popularity: 3% [?]
WordPress Tutorial 4: Tukar permalink WordPress Self Hosting dan maintain traffik.
Mar 27th
Apabila sudah berpindah ke domain yang baru, kita terpaksa membina balik repultasi blog yang telah jatuh mendadak samada dari segi traffik ataupun page rank. Ini salah satu sebab mengapa ramai blogger lebih selesa duduk di Blogspot kerana tidak mahu membina balik blog mereka setelah berpindah hosting. Sebenarnya, anda tidak perlu risau sekiranya takutkan traffik menjunam dengan teruk. Dengan melakukan sedikit alteration pada setting Permalink WordPress, blog baru kita masih dapat mengekalkan traffik dari entry – entry blog lama.
Seperti yang kita tahu, default permalink wordpress memang cukup buruk, cukup hodoh dan cukup tak friendly dengan search engine. Dan ramai juga yang tahu, tajuk memainkan peranan penting dalam SEO sesebuah blog. Oleh itu, ramai pengguna wordpress akan menukar permalink setting mereka kepada yang lebih SEO friendly. Selalunya mereka akan memilih permalink yang memaparkan tajuk dibelakang. Contoh seperti dibawah.
http://www.murkiester.com/Blog/2010/03/tajuk-entry/
Popularity: 3% [?]
WordPress Tutorial 3: Re – Direct Blogspot Link ke domain baru.
Mar 26th
Salam, semalam haku telah tunjukan bagaimana memindahkan entry – entry lama dan follower ke domain baru. Diharap tiada masalah dalam melakukan pemindahan tersebut. Bagi yang menggunakan applikasi Disqus komen, memang agak mengecewakan kerana tidak dapat memindahkan komen di blog lama anda ke blog baru. Haku telah cuba mencari – cari disekitar Google tetapi tidak jumpa tutorial yang mengajar bagaimana mahu memindahkan komen yang menggunakan applikasi Disqus ke komen WordPress. Jadi satu je tip yang haku boleh berikan kepada mereka yang menggunakan applikasi Disqus diblog lama, install Plugin Disqus ke blog baru anda. Itu saja cara untuk membawa komen – komen diblog lama anda ke rumah baru.
Okeh, berbalik kepada tajuk diatas. Apabila seseorang blogger telah menukar domain blog yang lama ke yang baru, re-direct perlu dilakukan bagi memastikan readers mereka tidak berkunjung ke outdated domain atau link. Begitu juga dalam search engine. Setiap search engine akan menyimpan database link – link lama atau nama – nama domain yang dah outdated. Dengan melakukan re-direction, readers atau user dapat dibawa ke tempat yang betul oleh search engine. Selain itu juga, bila domain lama telah dilakukan re-direction, search engine akan mengunakan domain yang baru dari menggunakan domain yang lama dalam engine carian mereka.
Oleh itu, Tutorial haku kali ini ialah berkenaan Re -Direck link blog lama anda ke blog baru. Tutorial ini juga agak simple dan sangat penting dalam memastikan readers atau users tidak berkunjung ke domain kita yang sudah outdated.
Popularity: 7% [?]


