Murky is On The Way!
Posts tagged Datuk Khazali Din
Nidzam Adha meletak jawatan, Datuk Khazali Din bila lagi??
Jan 29th

Sebahagian daripada 1,000 penyokong Kedah berkumpul di luar stadium mendesak Pengurus Pasukan Bola Sepak Kedah, Datuk Khazali Din meletak jawatan selepas perlawanan Liga Super antara Kedah dan Johor FC di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi. Keputusan Kedah 1, Johor FC 3. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Jurulatih sementara Kedah, Mohd Nidzam Adzha, yang menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan Liga Super, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan prestasi hambar pasukan kendaliannya.
Mohd Nidzam berkata, keputusan berkenaan dibuat memandangkan beliau gagal membawa pasukan berada pada kedudukan terbaik walaupun berusaha bersungguh-sungguh.
“Saya menyerahkan tugasan ini kepada penolong jurulatih Radhi Mat Din dan memberi fokus sepenuhnya kepada skuad Piala Presiden selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Nidzam yakin pemain mampu bangkit semula memburu kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini memandangkan saingan masih di peringkat awal dan berharap mereka tidak putus asa serta bersatu padu sebagai satu pasukan.
Beliau turut melahirkan penghargaan atas sokongan padu yang ditunjukkan penyokong setia Skuad Kenari yang mahu pasukan itu bangkit mencari kemenangan dan sekali gus berada pada kedudukan terbaik musim ini.
Beliau yang sebelum ini adalah jurulatih skuad Piala Presiden Kedah dipilih untuk memangku jawatan Ketua Jurulatih bagi menggantikan Wan Jamak yang digantung tujuh perlawanan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). – BERNAMA
Popularity: 1% [?]
Datuk Khazali Din sila letak jawatan!
Jan 21st
4 perlawanan, 2 seri, 2 kalah, 6 bolos dan ZERO jaringan. Tahun lalu tiada piala, tahun ini nampak seperti bakal terjerumus ke Liga Perdana. Jika pengurusan sebelum ini berjaya membawa kejayaan Double Treble, pengurusan sekarang berjaya membawa kejayaan double bebal. Kenapa aku kata double bebal? tahun lepas gagal mendapatkan walaupun 1 piala, tahun ini nampak seperti anak ayam. Terbaru, pasukan Kedah baru sahaja di “anak ayam” kan oleh pasukan Kelantan di tempat sendiri apabila tewas 0 – 3. pasukan Kedah sekarang tidak seperti dulu, dulu pasukan Kedah sangat digeruni, sekarang?
Apa sebabnya kejatuhan pasukan Kedah? mudah sahaja, pengurusan Kedah yang tidak berkaliber, kedekut dan adanya Datuk Khazali Din yang berlagak nak jadi coach. Tak percaya? tanya Azrai Khor sebab apa dia tidak mahu pulang ke pasukan lamanya sebaliknya memilih Negeri Sembilan. Rasanya Shafizan Hashim (Pelam) dan Fauzi Shaari (Pak Long) berpindah ke pasukan lain pun atas sebab yang sama, hatta Marlon Alex James pun pernah menempelak pengurusan KFA yang tidak cekap!
Popularity: 2% [?]



