Murky is On The Way!
Posts tagged Demam Denggi
Demam Denggi, tanggungjawab bersama
Apr 9th
Demam denggi sering dikaitkan sebagai salah satu daripada penyakit – penyakit urban. Sebab apa haku mengatakan demam denggi merupakan penyakit urban? Sebabnya ialah penyakit ini seringkali berlaku dibandar – bandar dan juga kawasan – kawasan yang sedang mengalami pembangunan yang pesat. Kalau dilihat dari statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, Top 5 negeri yang mencatat kes denggi tertinggi di Malaysia adalah negeri – negeri yang maju dan sedang pesat membangun seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.
Dan dengan kempen – kempen dari pihak kesihatan, ramai rakyat negara ini tahu apa penyebab demam denggi dan tempat – tempat pembiakan nyamuk aedes. Tapi, adakah mereka sedar bahawa effort untuk mengelakkan demam denggi adalah tanggungjawab bersama? Tidak, ramai yang tidak sedar, malah mereka lebih mengharapkan pihak kesihatan atau PBT untuk menangkis kejadian demam denggi ini sedangkan masyarakat adalah key player dalam perang demam denggi ini.
Sebagai seorang pekerja barisan hadapan yang memerangi denggi, haku tidak nampak peperangan dengan nyamuk aedes ini patut digalas oleh pihak kesihatan sahaja dan PBT sahaja. Peranan masyarakat sangat penting dalam mengurangkan kejadian demam denggi.
Sebab apa haku berkata demikian? ok, pihak kesihatan dan PBT ditugaskan untuk melakukan kawalan terhadap sesebuah lokaliti samada kawalan dari segi mengelakkan penularan kes ataupun kawalan dalam mengurangkan kepadatan nyamuk aedes. Dan kawalan yang sering dilakukan oleh pihak kesihatan dan PBT ialah dengan melakukan kajian aedes dan semburan kabus fogging disesebuah lokaliti. Kajian aedes yang dilakukan disesebuah lokaliti adalah untuk melihat index nyamuk yang terdapat dikawasan itu dan juga mencari dan memusnahkan tempat – tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Manakala, semburan fogging pula dilakukan apabila sesebuah lokaliti itu terdapat kes demam denggi. Tujuan semburan fogging dilakukan adalah untuk memutuskan rangkaian penyakit demam denggi dengan membunuh nyamuk – nyamuk dewasa yang mungkin terdapat virus denggi didalam badannya. (Semburan fogging juga dilakukan ditempat yang tiada kes sekiranya kepadatan nyamuk dikawasan tersebut sangat tinggi.)
Popularity: 15% [?]
Din Beramboi kritikal disebabkan penyakit kencing tikus atau demam denggi berdarah?
Mar 31st
Seperti yang kita semua tahu, pelawak terkenal yang juga salah seorang juri dalam rancangan realiti TV Raja Lawak, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, 44, sedang dirawat di ICU Hospital Selayang akibat penyakit yang sedang dihidapinya iaitu Leptospirosis atau lebih dikenali dengan penyakit kencing tikus.
Tetapi hari ini, Buletin Utama TV3 dan laporan dari Bernama menyatakan yang anak sulung Din Beramboi Nil Aina Adibah Mior, 18, menafikan yang ayahnya sedang menghidap penyakit yang berpunca dari kencing tikus itu. Menurut laporan dari kedua – dua media elektronik itu juga, doktor yang sedang merawat Din Beramboi mensyaki bahawa pelawak terkenal itu menghidap penyakit Demam Denggi Berdarah, dan masih lagi dirawat di dalam wad ICU tetapi semakin stabil.
Menurut kenyataan anaknya kepada Bernama, Din Beramboi sebenarnya tidak koma seperti yang dilaporkan oleh akhbar, beliau hanya “ditidurkan” oleh petugas perubatan supaya mereka dapat merawatnya dengan mudah. Anaknya juga menyatakan yang bapanya berkemungkinan akan dipindahkan ke wad biasa esok dan diperiksa oleh pegawai perubatan untuk melihat samada terdapat simpton – simpton penyakit kencing tikus seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Walauapapun penyakit yang sedang dihidapi oleh abang Din Beramboi kita ini, diharap beliau cepat sembuh dan marilah kita berdoa demi kesihatan beliau.
update: 11.52pm / 31.03.2010
Update: 01/04/2010 – Din Beramboi disahkan mengidap penyakit “Denggue Shock Syndrom” oleh Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh dan masih dalam keadaan Kritikal – Harian Metro
Popularity: 14% [?]


