Demam denggi sering dikaitkan sebagai salah satu daripada penyakit – penyakit urban. Sebab apa haku mengatakan demam denggi merupakan penyakit urban? Sebabnya ialah penyakit ini seringkali berlaku dibandar – bandar dan juga kawasan – kawasan yang sedang mengalami pembangunan yang pesat. Kalau dilihat dari statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, Top 5 negeri yang mencatat kes denggi tertinggi di Malaysia adalah negeri – negeri yang maju dan sedang pesat membangun seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.

Dan dengan kempen – kempen dari pihak kesihatan, ramai rakyat negara ini tahu apa penyebab demam denggi dan tempat – tempat pembiakan nyamuk aedes. Tapi, adakah mereka sedar bahawa effort untuk mengelakkan demam denggi adalah tanggungjawab bersama? Tidak, ramai yang tidak sedar, malah mereka lebih mengharapkan pihak kesihatan atau PBT untuk menangkis kejadian demam denggi ini sedangkan masyarakat adalah key player dalam perang demam denggi ini.

Sebagai seorang pekerja barisan hadapan yang memerangi denggi, haku tidak nampak peperangan dengan nyamuk aedes ini patut digalas oleh pihak kesihatan sahaja dan PBT sahaja. Peranan masyarakat sangat penting dalam mengurangkan kejadian demam denggi.

Sebab apa haku berkata demikian? ok, pihak kesihatan dan PBT ditugaskan untuk melakukan kawalan terhadap sesebuah lokaliti samada kawalan dari segi mengelakkan penularan kes ataupun kawalan dalam mengurangkan kepadatan nyamuk aedes. Dan kawalan yang sering dilakukan oleh pihak kesihatan dan PBT ialah dengan melakukan kajian aedes dan semburan kabus fogging disesebuah lokaliti. Kajian aedes yang dilakukan disesebuah lokaliti adalah untuk melihat index nyamuk yang terdapat dikawasan itu dan juga mencari dan memusnahkan tempat – tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk  Aedes. Manakala, semburan fogging pula dilakukan apabila sesebuah lokaliti itu terdapat kes demam denggi. Tujuan semburan fogging dilakukan adalah untuk memutuskan rangkaian penyakit  demam denggi dengan membunuh nyamuk – nyamuk dewasa yang mungkin terdapat virus denggi didalam badannya. (Semburan fogging juga dilakukan ditempat yang tiada kes sekiranya kepadatan nyamuk dikawasan tersebut sangat tinggi.)

More >

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 15% [?]