Murky is On The Way!
Posts tagged DSLR Tips
5 cara murah untuk kuasai DSLR
Jan 19th
DSLR merupakan satu fenomena yang cukup biasa dikalangan orang ramai. Dulu, sekiranya kita melihat seseorang mengunakan SLR atau DSLR pasti terdetik didalam hati yang mengatakan orang itu seseorang yang profesional dalam bidang fotografi. Namun begitu, dengan harga DSLR yang semakin murah (jika dibandingkan dengan 2-3 tahun lepas) ditambah pula kualitinya gambarnya yang lagi better dari compact camera telah menyebabkan DSLR menjadi kegilaan ramai. Tetapi DSLR bukan seperti compact camera yang boleh kita angkat dan shoot. Bagi yang baru berjinak – jinak dengan DSLR, ia pasti akan memeningkan kepala apabila mahu menggunakanya. Ya! setiap benda boleh dipelajari untuk menggunakannya, namun Ia bukanlah boleh dipelajari dalam tempoh satu hari. Ia memerlukan pembelajaran secara berterusan untuk menguasai segala fungsi yang ada pada DSLR tersebut.
Tetapi untuk mempelajari dan menguasai DSLR bukanlah sesuatu pekara yang mudah. Ia agak sukar dan memerlukan kita untuk menghadiri kelas seperti kelas menjahit atau kelas memasak. Kalau tidak, tiadalah kelas – kelas fotografi dianjurkan oleh photographer profesional. Tetapi untuk menyertai kelas – kelas yang dianjurkan memerlukan modal yang besar dan banyak. Jadi disini aku ingin kongsikan tips untuk menguasai DSLR dengan cara yang murah dan mudah.
Popularity: 12% [?]
Digital Camera Magazine Edisi Malaysia: Majalah fotografi paling popular di Malaysia
Apr 15th
Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua.
Siapa diantara bloggers disini yang kaki photography? mesti ramai bukan? tak kiralah yang menggunakan kamera kompak ke, DSLR ke ataupun kamera handphone. Kalau dah minat mengambil gambar, boleh dikata kaki photogrphy. Dan haku rasa ramai juga readers blog ini juga gila edit mengedit gambar mengunakan photoshop bukan. Mestilah minat, kalau dah kaki ambil gambar mesti minat mengedit, lagipun haku pernah berkata dulu, gambar tanpa edit umpama lagu tanpa irama. Cewah.
Ok, back to topic, sebenarnya entry haku kali ini haku nak reviewkan satu majalah Fotografi yang selalu haku langgan iaitu majalah Digital Camera. Siapa yang merupakan seorang photographer mesti tahu tentang majalah ini sebab majalah ini memang menjadi salah satu sumber rujukan mereka. Dan kepada yang tidak tahu, haku akan ceritakan secara pelahan – lahan supaya korang tahu kelebihan majalah yang selalu haku baca neh.
Majalah ini sebenarnya asal dari United Kingdom dan dibawa ke Malaysia oleh syarikat Velocity Media Sdn. Bhd. Majalah ini mempunyai banyak info dan tips mengenai photography jika hendak dibandingkan dengan majalh fotografi yang lain. Dari mempelajari teknik – teknik mengambil gambar sehinggalah mendapatkan info – info mengenai DSLR, semuanya anda boleh dapati dalam majalah ini. Memang tak rugi kalau menjadikan majalah ini sebagai sumber rujukan fotografi korang. Haku mula melanggan majalah ini lebih kurang setahun lepas selepas haku memiliki DSLR haku sendiri. Banyak majalah fotografi sudah haku baca dan laman – laman web haku lawati untuk mempelajari teknik – teknik mengambil dan mengedit gambar sehinggalah salah seorang rakan photographer haku mencadangkan kepada haku untuk membaca majalah Digital Camera.
Haku cukup terkejut setelah membaca majalah ini kerana terdapat info dan ilmu yang sangat – sangat haku perlukan untuk memantapkan ilmu fotografi dan editing haku. Dan start daripada itu, haku terus melanggan majalah ini kerana haku rasa majalah ini sudah cukup untuk haku mengorek tip photography tanpa perlu mencarinya dilaman web atau dimajalah lain.
Popularity: 42% [?]



