Murky is On The Way!
Posts tagged facebook
Ingin promosikan blog anda secara percuma?
Mar 22nd
Tentu ramai blogger yang dah tahu macam mana hendak mempromosikan blog mereka dengan percuma. Biasalah, blogwalking, exchange banner atau link dan watermark pada gambar adalah cara promosi percuma yang sudah diketahui oleh ramai blogger baik blogger baru ataupun blogger lama. Jadi tidak perlulah haku menulis lagi kaedah promosi tersebut. Cuma haku akan berkongsi tips cara promosi percuma yang jarang – jarang dilakukan oleh blogger tetapi mempunyai kesan yang lebih kurang sama dengan tiga cara yang haku sebutkan tadi.
Cara pertama ialah melalui signature. Apa yang haku maksudkan signature tue? Signature yang haku maksudkan itu bukan tandatangan kat borang atau kat kertas conteng. Signature yang haku maksudkan ialah signature kat email dan ID. Bagi yang gemar berbalas – balas email ataupun suka meng”foward” email, jangan lupa letakkan sekali nama blog anda dihujung email anda. Dengan cara ini, pembaca yang terima email anda akan melihat nama blog anda dihujung email yang diterima olehnya. Jadi atas dasar ingin tahu, dia mungkin akan klik pada link blog anda.
Begitu juga dengan ID. ID yang haku maksudkan ialah ID forum. Sekirannya anda neh kaki berforum, pihak admin akan menyediakan satu ruang dibawah setiap posting anda. Ruang itu merupakan ruangan signature dimana anda bebas untuk menulis perkataan dibawah selagi ia tidak melanggar peraturan forum. Jadi gunakan ruangan tersebut untuk meletakkan link blog anda. Tetapi, ada syaratnya anda meletakkan link blog anda pada signature. Syaratnya ialah anda mestilah seorang yang aktif berforum kerana setiap kali anda aktif mengeluarkan posting, signature anda akan sentiasa terpampang. Jadi kepada yang bukan kaki forum, apalagi, startlah berforum untuk membantu mempromosikan blog anda.
Popularity: 4% [?]
Faiza Alih – Satu lagi bangsat yang cuba bermain api.
Mar 17th
Jika dulu kecoh dengan Adukatruna yang menghina almarhum sultan Johor dan Lynette Lincoln yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W, kini masih ada lagi bangsat yang cuba mencipta kontroversi dengan menggunakan Facebook sebagai medium untuk dia membuat onar. Si bangsat yang haku maksudkan ini ialah Faiza Alih. Kontroversi yang dibuat oleh bangsat ini lebih hebat dari Adukateruna dan Lynette Lincoln iaitu menghina Al – Quran dan juga Yang Di – Pertuan Agong kita iaitu Sultan Mizan.
Haku baru dapat tahu kontroversi yang dibuat oleh si bangsat ini selepas membaca laporan akhbar hari ini yang menyatakan terdapat pengguna Facebook menghina yang Al-Quran dilaman Facebook Yang Di – pertuan Agong kita. Setelah haku membuat carian dilaman Facebook, haku dapat lihat komen – komen yang dibuat oleh si bangsat ini di laman Facebook baginda. Memang cukup memanaskan mata haku melihat tulisan si bangsat tersebut. (Klik sini untuk lihat laporan akhbar)
Popularity: 13% [?]
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak TULIS buruk padahnya
Feb 5th
Siapa disini yang tidak mengenali blog dan Facebook? rata – ratanya ramai diantara kita yang mengenali kedua – dua laman sosial networking ini baik budak sekolah ataupun orang tua. Tanya lar pakcik – pakcik di kedai kopi, mak cik – mak cik dipasar dan juga budak – budak sekolah, kebanyakkan mereka memang tahu apa itu blog dan Facebook. Tetapi bagaimana mereka mengenali Facebook dan blog? Salah satunya sudah tentu melalui akhbar dan televisyen kerana kedua – dua medium ini telah mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
Tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka – mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman facebook dan juga blog. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang ditulis oleh mereka ini dapat dilihat oleh jutaan pembaca diseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?
Popularity: 11% [?]
Facebook bakal kenakan cas kepada pengguna?
Jan 19th
Setelah kekenyangan melantak roti subway yang panjangnya sepanjang lengan lelaki, haku terus membukak laptop adik haku untuk berblog. Seperti yang haku janji sebelum neh, haku akan tetap berbloggging walaupun sibuk memburu nyamuk. Cuma masalahnya haku menghadapi sekarang ialah kesukaran untuk memerah otak supaya dapat mengeluarkan ayat – ayat mukadimah walaupun 2 batang rokok Dunhill dah haku sigup. Macam hampeh betul! haha.
Popularity: 6% [?]




