Murky is On The Way!
Posts tagged FAM
Tiket Final Malaysia RM50?
Oct 25th
Harga tiket paling gile mahal pernah aku tengok dalam sejarah Final Piala Malaysia. AKu tak tahu apa yang difikirkan oleh FAM sekarang, samada mahu menanggung kos perlawanan ataupun mahu mengisi poket – poket pegawai tertinggi FAM. Sejak akhir – akhir ini, tindakkan FAM semakin melampau dan semakin menekang penyokong dengan harga tiket yang tidak munasabah. Semasa final piala AFF dengan Indonesia, walaupun ramai yang menganggap tiket pada perlawanan itu mahal, mereka tetap datang menyokong kerana pada waktu itu, penyokong nampak kebangkitan skuad negara, tetapi kali ini, penyokong dapat lihat kerakusan FAM memanipulasikan prestasi skuad negara untuk mengaut untung dari penyokong. Mana tidaknya, setiap perlawanan friendly penyokong terpaksa membayar sehingga RM20 untuk memasuki stadium hanya untuk melihat perlawanan friendly, dan kali ini tindakan FAM betul – betul telah menguji kesabaran penyokong – penyokong bola sepak apabila mengenakan harga tiket yang paling mahal dalam sejarah liga bola sepak tempatan iaitu RM50 untuk semua tempat duduk di Stadium Shah Alam.
Tiket bagi semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini ditetapkan pada harga RM50.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.
- Datuk Hamidin Mohd Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Popularity: 2% [?]
Siapa FAM nak kacau pilihan pemain
Jan 3rd
Rasa jaki pula aku tengok komen – komen pegawai tertinggi FAM tentang player – player Malaysia yang mahu berhijrah ke kelab diluar Malaysia. Ada yang kata pikir masak – masaklar, jangan pikir tawaran lumayan lar dan ada juga yang perlekeh standard liga di ASEAN dan demand suruh main di Jepun atau Korea. Kepala Hotak dia tak cermin standard Liga Super dulu sebelum mengeluarkan statement. Apa bagus sangat ke Liga Super Malaysia neh? Dengan tiada pemain Import, gaji selalu tertunggak, format selalu bertukar – tukar dan paling teruk mendapat kelas paling rendah dalam Asia dan layak bermain di Liga AFC sahaja!
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menegur pemain negara yang mahu dipancing oleh kelab negara asing, terutama dari Indonesia berfikir dulu masak-masak sebelum membuat keputusan untuk berpindah mengembangkan sayap kerjaya masing-masing.
Popularity: 6% [?]
Pasukan bola sepak Malaysia semakin bagus, FAM?
Nov 10th
Tahniah walaupun tewas! itu antara pujian aku terhadap skuad kebangsaan yang baru sahaja tewas dalam pertemuan menentang pasukan ranking 30 dunia iaitu Jepun dalam perlawanan bola sepak Sukan Asia petang tadi. Walaupun tewas 0 – 2 hasil jaringan Kensuke Nagai dan Hotaru Yamaguchi, ternampak sedikit peningkatan terhadap mutu permainan pasukan Malaysia pada edisi sukan Asia kali ini.
Jika dilihat dari perlawanan sebentar tadi dan juga perlawanan sebelumnya menentang Kyrgyzstan, aku memang berbangga dengan semangat juang anak didik K. Rajagopal dalam edisi Sukan Asia kali ini jika nak dibandingkan dengan edisi sebelum dimana pasukan kebangsaan tewas kesemua perlawanan. Walaupun apapun keputusan menentang pasukan China nanti, aku tetap berbangga dengan pasukan Malaysia kerana berjaya membuktikan kebangkitan pasukan negara di rantau Asia.
Tetapi, kebangkitan pasukan kebangsaan ini bukan bermakna program pembangunan FAM berjaya. Pada hemat aku, pucuk tertinggi FAM kalau meletak jawatannya sekarang, aku yakin, bola sepak Malaysia boleh pergi lagi jauh dari ini. So, pada pucuk pimpinan FAM, janganlah anda bermegah dengan prestasi pasukan Malaysia sekarang dengan mengatakan peningkatan prestasi pasukan Malaysia hasil dari idea anda. Kalau 20 tahun berada diatas tapi hasilnya seperti ini, maka sudah patut sangat anda lepaskan kedudukan anda kepada orang yang paling layak.
Kepada pasukan Malaysia, diharap anda semua dapat melakar kejutan apabila menentang pasukan China nanti dan buatkan peminat – peminat bola sepak negara gembira!
Jom layan highlight pasukan Malaysia
Popularity: 5% [?]
Menjelang Perlawanan Akhir TM Piala FA 2010 : Negeri Sembilan vs Kedah
Apr 6th
Mesti ramai penyokong kedua – dua negeri ini tidak sabar menunggu tarikh keramat 10 April 2010 ini apabila berlangsungnya perlawanan akhir TM Piala FA diantara Negeri Sembilan dan Kedah. Ramai peminat tidak menyangkakan bahawa kedua – dua pasukan ini layak ke peringkat akhir setelah media – media massa banyak menjangkakan yang perlawanan akhir bakal menemukan Selangor dan Terengganu. Tapi itulah hakikatnya, bola itu bulat, apa pun boleh jadi.
Menjelang perlawanan akhir sabtu ini, pasti persiapan rapi sedang dilakukan oleh kedua – dua negeri ini baik para penyokong ataupun pasukan negeri yang bertanding nanti. Bagi penyokong yang menetap di Lembah Klang, pasti tiada masalah untuk datang menyokong pasukan negeri masing – masing. Tapi penyokong – penyokong yang datang dari negeri lain pasti sudah berkira – kira budget untuk ke sana. Ada yang terpaksa memecah tabung, ada juga yang meminjam dari kawan atau adik – beradik. Tak kurang juga ada yang berkongsi – kongsi duit untuk datang ke stadium dan ada juga menyewa bas untuk bertandang ke stadium Bukit Jalil. Itulah ragam yang kita boleh lihat setiap kali berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak di Malaysia.
Bagi pasukan negeri pula, jurulatih kedua – dua pasukan dilihat sedang mencongak strategi untuk merangkul kejuaraan Piala FA. Jurulatih Kedah, Abdul Yusof pasti mahu memenangi trofi kejuaraan sulungnya sejak menjadi ketua Jurulatih dan membawa kembali Piala FA dibumi Kedah manakala Wan Jamak Wan Hassan pula sudah tentu mahu menambah koleksi kejuaraan peribadinya dan juga Negeri Sembilan.
Popularity: 12% [?]
Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala FA
Apr 4th
Tamat sudah perlawanan kedua separuh akhir Piala FA antara pasukan Kedah dengan Terengganu dan juga pasukan Negeri Sembilan dengan Selangor. Dan sudah pasti, perlawanan akhir Piala FA pada tahun akan menemukan pasukan Sang Kenari dan Sang Kijang setelah kedua – dua pasukan itu menumpaskan lawan masing – masing.
Kedah yang berbekalkan jaringan 2 – 0 semasa ditempat lawan dan N. Sembilan pula membawa bekalan 2 – 1 dari Selangor telah bermain bersungguh – sungguh untuk memastikan kelebihan yang dibawa oleh mereka ke tempat sendiri dapat digunakan sebaiknya.
Walaupun Negeri Sembilan tewas pada perlawanan malam ini di Paroi, mereka mendapat kelebihan Gol ditempat lawan setelah mereka berjaya menewaskan selangor pada perlawanan peringkat pertama. Kegagalan Selangor menjaringkan dua gol pada malam ini memusnahkan ego jurulatih K. Devan untuk merangkul Piala FA pada tahun ini.
Popularity: 4% [?]
Harimau Muda Ditipu, Orang – Orang FAM makan duit?
Mar 10th
Apa lagi alasan yang bakal diberikan oleh setiausaha FAM Datuk Azzuddin Ahmad setelah segala – galanya terbongkar luas. Pekung yang dibuka melalui email oleh Michal Mertinyak iaitu Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok kepada akhbar Harian Metro semalam telah menceritakan segala – galanya terhadap tindakan kaki kelentong badan induk bola sepak negara ini. Hati peminat mana yang tidak kecewa setelah apa yang diwar – warkan oleh FAM sebenar bohong semata – mata.
Akhbar Harian Metro semalam yang bertajuk Raja Lawak di Slovakia memang benar – benar mengejutkan haku sebagai salah seorang peminat bola sepak tanah air. Jika sebelum ini haku beria – ia memuji tindakan FAM yang menghantar skuad muda negara menimba pengalaman bermain dalam perlawanan kompetetif diluar negara, sekarang aku diantara ribuan peminat bola sepak yang kecewa dengan tindakan FAM menipu hidup – hidup para peminat bola sepak tanah air. Mereka bersungguh – sungguh dan memekik bahawa tindakan mereka berjaya menyelamatkan nasib skuad Harimau Muda, tetapi sebenarnya tidak, mereka bukan saja menggunakan skuad Harimau Muda untuk menutup kelemahan mereka, malah sanggup menipu demi menyelamatkan diri.
Popularity: 7% [?]




