Murky is On The Way!
Posts tagged Filem
Mini Siri Terbaru Astro, The Pacific memang Best!
Apr 5th
ASTRO bulan ini membawakan satu siri cerita yang dijangkakan akan mendapat sambutan paling tinggi dikalangan subscriber mereka. Lupakan Akedemi Fantasia, lupakan drama lakonan Fasha Sandha, Spa Q dan lupakan rancangan – rancangan lain di Astro. Mini siri yang haku maksudkan ialah The Pacific.
Dari penerbit mini siri Band Of Brothers iaitu Steven Spielberg dan Tom Hanks, jalan cerita The Pacific boleh dikatakan hampir sama dengan cerita Band Of Brothers, cuma yang membezakannya ialah peperangan yang berlaku ialah di pasifik bukannya di Eropah. Mini siri ini berdasarkan pengalaman veteren Perang Dunia Kedua yang menceritakan bagaimana keadaan mereka semasa bertempur dengan tentera Jepun di Pasifik.
Bagi yang pernah menonton mini siri Band of Brothers di Astro suatu masa dulu, pasti tidak mahu melepaskan peluang menonton mini siri terbaru ini. Mana tidaknya, cerita – cerita dan filem – filem dari Steven Spielberg memang semuanya terbaik terutamanya apabila beliau membuat filem – filem atau cerita – cerita perang. Malah, aksi – aksi pertempuran dalam mini siri ini cukup real, seperti filem- filem perangnya yang lain.
Rancangan mini siri The Pacific ini boleh ditonton disaluran HBO iaitu saluran 411 dan ia sudah pun ditayangkan pada hari Sabtu yang lalu iaitu 3 April 2010 dan setiap episod baru akan ditayangkan setiap hari sabtu, jam 09.00 malam. Dan untuk makluman anda juga, terdapat 10 episod dalam cerita The Pacific ini. Sekiranya anda terlepas salah satu episod yang ditayangkan setiap hari Sabtu, jangan risau, rancangan ini mempunyai siaran ulangan. Contoh siaran ulangan yang boleh ditonton ialah setiap hari Isnin bermula jam 10.00 malam sehingga jam 12.00 tengahmalam. More >
Popularity: 3% [?]
Filem From Paris With Love
Mar 2nd
Siapa yang tidak mengenali aktor John Travolta, pelakon serba boleh Hollywood. Beliau bukan saja hebat berlakon dalam filem aksi, malah hebat berlakon dalam filem – filem lawak. Dan jangan terkejut, beliau juga hebat menari dan juga merupakan seorang penyanyi. Sejak akhir – akhir ini beliau sudah jarang berlakon filem – filem aksi dan banyak terlibat dalam filem – filem komedi seperti Wild Hogs dan Old Dogs. Mungkin pada usia 54 tahun menyebabakan beliau banyak tertumpu pada lakonan bergenre sebegitu. Namun, tanggapan haku yang beliau sudah bersara dari berlakon dalam filem – filem aksi ternyata meleset apabila beliau bersama Jonathan Rhys Meyes telah muncul dalam filem aksi berjudul From Paris With Love yang telahpun ditayangkan dipawagam pada 25 Februari yang lalu.
Filem ini mengisahkan seorang pegawai perisikan kelas rendah yang menjadi pembantu khas Duta Amerika Syarikat di Perancis. Ejen James Reece lakonan Jonathan Rhys Meyes yang sering diarahkan ketuanya yang juga duta tersebut melakukan kerja – kerja perisikan kelas rendah telah meminta kepada ketuanya untuk melakukan kerja – kerja perisikan yang lebih tinggi dan mencabar. Akhirnya apa yang diimpikan oleh beliau untuk menjadi ejen perisikan kelas tinggi tercapai apabila dia telah diminta oleh ketuanya untuk membantu ejen Charlie Wax (lakonan John Travolta) yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat untuk menjalankan satu misi penting di Perancis iaitu misi menggagalkan rancangan pengganas di Perancis.
Popularity: 3% [?]
The Book of Eli
Feb 26th
Bosan dan slow, itulah gambaran yang boleh haku berikan terhadap filem terbaru lakonan Denzel Washington, The Book Of Eli. Dari apa yang haku lihat dengan reaksi penonton filem ini dipawagam tadi, ramai yang mengeluh dan ada juga penonton yang meninggalkan panggung sebelum filem ini habis ditayangkan. Filem ini sebenarnya sudahpun ditayangkan di Amerika Syarikat pada 15 Januari 2010 yang lalu dan baru ditayangkan di Malaysia pada 25 Februari 2010. Walaupun haku berpendapat filem ini membosankan, ia sudahpun mendapat hasil lebih kurang $100 juta Dollar dan mendapat tempat ke – 2 dibelakang filem Avatar pada minggu pertama tayangannya.
Popularity: 4% [?]
Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief
Feb 12th
Filem terbaru dari Chris Columbus iaitu pengarah salah satu filem sequal Harry Potter , Percy Jackson & The Lightning Thief ( Nama asal filem ini ialah Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief) telah pun ditayangkan dipawagam tanah air pada 11 Februari 2010. Filem ini diadaptasikan dari salah satu novel bersiri Percy Jackson & The Olympian berjudul The Lightning Thief dimana penulisnya adalah Rick Riordan
Filem berkisarkan mengenai pengembaraan anak kepada Dewa Poseidon iaitu Percy Jackson bersama – sama Annabeth Chase anak kepada dewa Athena dan juga makhluk Satyr iaitu Grover Underwood untuk menyelamatkan ibu Jackson yang diculik oleh dewa Hades. Dalam pada itu juga, Jackson telah dituduh mencuri anak panah Zeus dan diburu oleh makhluk – makhluk ganas yang mahu membunuhnya kerana mencuri anak panah dewa tersebut. Dalam usaha mengelakkan peperangan yang melibatkan ayahnya Poseidon dan Zeus, beliau bersama – sama Anna & Grover keluar mengembara dari kem persembunyian anak – anak dewa untuk mencari anak panah tersebut dan juga menyelamatkan ibunya dari cengkaman dewa Hades. Semasa pergembaraan mereka, bermacam – macam aksi dan ujian ditempuhi oleh mereka antaranya bertempur dengan Medusa (makhluk yang boleh menyumpah mangsanya menjadi batu dengan hanya melihat) dan juga raksasa ular.
Popularity: 7% [?]
Universal Soldier: A New Beginning – Filem Review
Jan 31st
Haku memang tidak menyangkakan yang Filem Universal Soldier akan ada sequel terbaru selepas filem terakhir mereka iaitu Universal Soldier: The Return. Universal Soldier: A New Beginning ataupun dikenali dengan nama Universal Soldier : Regeneration di sesetengah negara telah pun ditayangkan di Malaysia pada 28 Januari yang lalu di pawagam. Walaubagaimanapun filem ini sebenarnya telah ditayangkan lebih awal dibeberapa negara dan negara pertama yang dapat menonton filem ini adalah negara Israel!
Bagi yang pernah menonton filem Universal Soldier yang sebelum filem ini, sudah pasti anda tidak mahu terlepas menonton sequal filem terbaru keluaran Sony Picture dipawagam. Filem yang penuh dengan aksi tembak menembak dan bunuh membunuh sudah pasti dapat menarik minat penonton yang gemarkan filem bergenre 18SG. Dipermulaan filem ini sahaja anda akan disajikan dengan aksi kejar mengejar dan tembak menembak diantara penganas dan polis.
Tapi sayangnya, aksi Jean-Claud Van Damme tidak seperti di filem – filem Universal Soldier yang sebelumnya. Aksinya agak keras dan lambat. Mungkin faktor usianya membataskan aksi beliau dalam filem ini. Sekirannya anda peminat Van Damme, pastinya anda tahu yang beliau merupakan pakar seni mempertahankan diri. Filem ini juga berbeza sedikit dengan filem – filemnya yang sebelum ini dimana askarnya lebih banyak senyap dari bercakap.
Jangan lupa saksikan Universal Soldier : A New Beginning dipawagam. Ia pasti mengimbau kembali zaman diakhir 80-an dan awak 90-an dimana filem – filem seperti ini kerap ditayangkan.
Popularity: 5% [?]
Filem Review Tooth Fairy
Jan 23rd
Ramai penggusti – penggusti WWE pernah terlibat dalam dunia lakonan antaranya Stone Cold Steve Austin (The Condemned & Longest Yard), John Cena (The Marine), The Great Khali (The Longest Yard & Get Smart), Goldberg (The Longest Yard, Universal Soldier: The Return & Half Past Death 2) dan ramai lagi. Namun mereka semua tidak dapat menandingi kehebatan Dwayne Douglas Johnson aka The Rock yang telah banyak terlibat dalam industri perfileman di Hollywood. Kebolehan beliau berlakon dalam filem – filem aksi dan juga komedi menyebabkan beliau sungguh laku untuk dipanggil oleh pengarah – pengarah di Hollywood untuk berlakon dalam filem mereka. Antara filem – filem top yang dilakonkan oleh beliau ialah The Mummy Return, Walking Tall, The Scorpion King, Be Cool dan The Game Plan yang merupakan filem komedi paling berjaya pernah dilakonkan oleh The Rock. Dan kini, The Rock kembali dengan filem komedi terbarunya iaitu Tooth Fairy yang telah pun ditayangkan pada 22 Januari yang lalu.
Popularity: 3% [?]


