Posts tagged Filem
Avatar – Filem Review
24
Pengarah: James Cameron
Tarikh Filem ditayangkan: 17/12/2009
Para pelakon: Michelle Rodriguez, Sam Worthington, Sigourney Weaver, Stephen Lang
(more…)
Popularity: 3% [?]
The storm warriors : Movie Trailer (The Storm Riders 2)
11
Cis! tergantung cerita dia..Huhhh..Itu lar kata – kata yang terkeluar dari mulut haku selepas tiba – tiba keluar senarai pelakon dan muzik yang menandakan filem itu sudah habis ditayangkan. Pada mereka yang sudah menonton filem ini mesti tahu filem apa yang haku maksudkan, kepada yang tidak tahu, filem yang haku maksudkan adalah filem The Storm Warrior. Filem yang mula ditayangkan di Hong Kong dan Australia pada 10 December 2009 adalah sambungan kepada Filem The Storm Riders yang dibuat pada tahun 1998 (lebih 10 tahun nak tunggu squeal filem ini..) dan juga merupakan filem pertama Hong Kong yang banyak menggunakan efek CGI atau dalam bahasa panjangnya computer-generated imagery. (more…)
Popularity: 1% [?]
Ninja Assassin
11
Ninja Assassin, Filem lawan – lawan, filem potong – pontong, filem darah – darah, filem kelar – kelar, filem tikam – tikam dan filem apa – apa lagi lar yang berjaya membuatkan haku terasa apa yang orang – orang dalam filem tu rasa, terutama part tok guru dia memulas perut hero filem itu huhuu. Filem ini cukup mudah dan simple jalan ceritanya dan tidak berbelit – belit memudahkan penonton untuk memahami jalan cerita ini.
Filem mengenai seorang Ninja, Raizo (lakonan Rain) yang sedang diburu oleh Clan nya (Ozunu Clan) kerana telah membelot dari kumpulannya kerana enggan membunuh seorang ahli kumpulannya yang ditangkap kerana melarikan diri disamping juga kisah lampaunya dimana kekasihnya dibunuh disebab akibat yang sama iaitu cubaan melarikan diri. Dalam masa yang sama, Ozunu Clan ini juga ingin membunuh seorang ejen Europol Mika Coretti (lakonan Naomie Harris) kerana menyiasat kes – kes pembunuhan politik yang dilakukan oleh kumpulan Ozunu ini. Disebabkan kumpulan sedang memburu Mika, Raizo telah bertindak menyelamatkan ejen tersebut. Dan mereka bersama-sama dengan pasukan Europol untuk menghapuskan kumpulan ini.
Popularity: 1% [?]
Valkyrie
0
Sapa kenal akan TOM CRUISE . . ..yah..kalau ada yang tidak kenal maka mereka bukan seorang yang kaki tengok muvee aka movie..namun coretan haku neh bukan lar berkenaan si pelakun hensem 2..tapi filem yang dibintanginyaa..baru-baru neh haku telah merajinkan diri ke wayang terdekat untuk melihat muvee..namun mata haku tertumpu ke satu filem yang haku rasa menarik, ditambah pula dengan thriller yang ditunjukkan di skrin besar kaunter tiket.. disebabkan tayangan 30 saat yg menarik dan juga melihat pelakunnya adalah Tom Cruise, terus haku ke kaunter tiket untuk membeli tiket wayang tersebut.. ini pertama kali haku melihat Tom Cruise berlakun dalam filem yg berunsur perang..
kerna wajah Claus von Stauffenberg (kiri) hampir sama dengan Tom Cruise (kanan)
Bagi pengamatan haku, 3 bintang setengah dari lima bintang dapat haku berikan .. ini disebabkan jalan cerita yang agak slow..namun begitu jalan ceritanya tidaklah sukar untuk difahami kecuali mereka yang langsung tidak tahu mengenai sejarah perang dunia ke-2 mungkin mengambil masa yang lama untuk memahami cerita ini.. aksinya pula hanya dapat dilihat di 10 minit pertama dan 15 minit terakhir filem ..tetapi lakunan pelakun2 dalam filem ini mmg tidak mengecewakan terutama pelakun yang memegang watak Adolf Hitler..hehehe..mmg menjadi watak pemimpin Nazi tersebut..dan overall cite ini boleh dikatakan memuaskan.
So..bagi haku filem ini mmg patut untuk diulang tengok atau dibelinya DVD filem ini untuk dibuat koleksi. Bagi pengemar filem yang menceritakan kisah benar dan perang, haku suggest kan korang menonton filem ini..mmg berbaloi dengan harga tiket yg korang bayar..dan bagi perempuan..haku pun suggestkn korang tgk sbb pelakun dia Tom Cruise..hehehe..mana taknya..pompuankan tak suka tgk cite perang..tapi dalam panggung 2 haku tgk ramai gak pompuan tgk..hahaha..
Popularity: 1% [?]
Recent Comments