Posts tagged fotografi

Blog, kerja & World Cup

Fuh! setelah seminggu lebih blog ini tidak di update dengan entry – entry terbaru, tergerak pula hati untuk menulis sedikit coretan di blog ini. Rasa kesian pula dengan blog ini setelah haku membiarkan ia terkontang – kanting tanpa belaian tuannya. Akibatnya, blog ini bukan saja bersawang, malah traffik yang selalunya jem tiba – tiba menjadi lengang selengang – lengangnya. Banyak sebab haku tidak update blog ini dengan entry – entry terbaru. Bukan kerana ketiadaan idea untuk menulis, tapi sebab – sebab lain yang tidak dapat haku elakkan. Dari kerja sampailah demam Piala Dunia, semuanya memberi kesan buruk kepada blog haku ini.

Haluankiri.com

Seperti korang tau kan yang haku sekarang dalam projek mengembangkan blog yang baru haku lancarkan awal bulan ini iaitu Haluakiri.com. Blog yang haku usahakan bersama member haku (apekhuhu) adalah salah satu projek kitorang yang mahu mengembangkan minat dan skill fotografi kami. So, haku terpaksa menumpukan blog berkenaan dari blog ini kerana mahu meletakkan material – material supaya blog tersebut tidak kosong dengan entry. Lagipun kalau nak meletakkan material dalam tue, haku kena kerap melakukan outing dan editing supaya blog tu sentiasa diupdate dengan entry – entry terbaru. Itulah sebab mengapa haku jarang memberi tumpuan kepada blog ini. Sibuk mencari material dan idea. Tambah pula, blog haluankiri.com masih dalam proses branding tuk projek side income kitorang sebagai event photgrapher, so kena perbanyakkan contoh – contoh gambar untuk diletakkan di blog berkenaan supaya dapat tarik orang tuk amek kami sebagai photographer wedding diorang.

More >

Popularity: 2% [?]

  • Share/Bookmark

Bila si Jejaka DSLR bertemu si Manis Photoshop..

Selepas mengeluarkan entry mengenai Majalah Digital Camera , hari neh terasa mahu mengodek – godek software Photoshop CS 3 untuk mengedit gambar. Dari pejabat lagi haku tak sabar – sabar mahu mencari gambar – gambar yang mahu diedit dan juga mengedit gambar member haku. So disebabkan hari neh haku tiada idea mahu menulis blog, haku menghabiskan masa berjam – jam duduk mengadap Photoshop mengedit gambar – gambar semasa di menonton perlawanan akhir Piala FA minggu lepas dan juga mengedit gambar rakan haku yang sarat mengandung. Nasib baik haku sempat menunaikan hajat member haku tu sebab agak lama dia menunggu haku datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil gambarnya kerana ke esokan paginya dia selamat melahirkan anak sulungnya. Huhuu, patutlah naluri haku berkata ambil gambar dulu baru pergi stadium, rupanya dah sampai due date dah member haku tue (hehe).

Ok, takmau menulis banyak – banyak, haku tengah kering idea neh, haku sajikan gambar – gambar edited haku kat korang semua.

More >

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]

  • Share/Bookmark