Murky is On The Way!
Posts tagged Friendster
Ingin promosikan blog anda secara percuma?
Mar 22nd
Tentu ramai blogger yang dah tahu macam mana hendak mempromosikan blog mereka dengan percuma. Biasalah, blogwalking, exchange banner atau link dan watermark pada gambar adalah cara promosi percuma yang sudah diketahui oleh ramai blogger baik blogger baru ataupun blogger lama. Jadi tidak perlulah haku menulis lagi kaedah promosi tersebut. Cuma haku akan berkongsi tips cara promosi percuma yang jarang – jarang dilakukan oleh blogger tetapi mempunyai kesan yang lebih kurang sama dengan tiga cara yang haku sebutkan tadi.
Cara pertama ialah melalui signature. Apa yang haku maksudkan signature tue? Signature yang haku maksudkan itu bukan tandatangan kat borang atau kat kertas conteng. Signature yang haku maksudkan ialah signature kat email dan ID. Bagi yang gemar berbalas – balas email ataupun suka meng”foward” email, jangan lupa letakkan sekali nama blog anda dihujung email anda. Dengan cara ini, pembaca yang terima email anda akan melihat nama blog anda dihujung email yang diterima olehnya. Jadi atas dasar ingin tahu, dia mungkin akan klik pada link blog anda.
Begitu juga dengan ID. ID yang haku maksudkan ialah ID forum. Sekirannya anda neh kaki berforum, pihak admin akan menyediakan satu ruang dibawah setiap posting anda. Ruang itu merupakan ruangan signature dimana anda bebas untuk menulis perkataan dibawah selagi ia tidak melanggar peraturan forum. Jadi gunakan ruangan tersebut untuk meletakkan link blog anda. Tetapi, ada syaratnya anda meletakkan link blog anda pada signature. Syaratnya ialah anda mestilah seorang yang aktif berforum kerana setiap kali anda aktif mengeluarkan posting, signature anda akan sentiasa terpampang. Jadi kepada yang bukan kaki forum, apalagi, startlah berforum untuk membantu mempromosikan blog anda.
Popularity: 4% [?]
Facebook bakal kenakan cas kepada pengguna?
Jan 19th
Setelah kekenyangan melantak roti subway yang panjangnya sepanjang lengan lelaki, haku terus membukak laptop adik haku untuk berblog. Seperti yang haku janji sebelum neh, haku akan tetap berbloggging walaupun sibuk memburu nyamuk. Cuma masalahnya haku menghadapi sekarang ialah kesukaran untuk memerah otak supaya dapat mengeluarkan ayat – ayat mukadimah walaupun 2 batang rokok Dunhill dah haku sigup. Macam hampeh betul! haha.
Popularity: 6% [?]


