Murky is On The Way!
Posts tagged gengblogger.com
Tajuk Gempak! tapi isi??
Mar 15th
Hari ini haku buka salah satu entry paling popular dalam laman komuniti blogger yang paling popular di Malaya neh, alangkah kecewanya haku dengan entry yang bagi haku AGAK nonsense. Hendak gelak tak lawak, hendak baca pun, tatau apa yang hendak dibaca. Entry terbabit hanya letakan gambar lembu dengan beberapa patah perkataan. Rasa tertipu pun ada dengan tajuk entry berkenaan. Tajuknya memang gempak, tetapi bila dibaca isinya? Ibarat makan ketam, nampak sedap, bila gigit cengkerang dia, hanya air sahaja, tiada ISI. Tetapi kredit kepada owner blog terbabit kerana bijak menggunakan tajuk entry dia untuk menarik visitor termasuk haku. Tapi kredit hanya pada title ye, bukan isi. Isinya pada haku zero (haha..sorry terpaksa berterus terang).
Isi Zero yang haku maksudkan ialah isi yang tiada kualiti, tak kena pada tajuk ataupun ciplak. Dah banyak kali haku terkena dengan tajuk – tajuk entry seperti ini. Dalam 20 entry, hanya 20% sahaja yang betul – betul berkualiti dan berisi. Yang lainnya? mengarut – ngarut bila dibaca. Bukan itu sahaja, ada juga entry yang memang gempak, isi entry terbabit pun memang terbaik, TETAPI sayang seribu kali sayang, duplicate. Kalau macam ini punya entry, tak habislah entry terbabit yang akan dibaca oleh haku, malah sedikit pun haku tidak akan hargai entry blogger terbabit. Buat apa haku hendak hargaikan, lagipun benda tue bukan dia yang punya. hmm..
Popularity: 4% [?]
Gengblogger: Antara Blogger Lelaki dengan Blogger Perempuan
Mar 3rd
Perasan atau tidak anda yang menjadi ahli Gengblogger yang perempuan lebih banyak mendominasi ruangan populariti berbanding lelaki? Boleh dikatakan hampir 75% sidebar yang menunjukkan profile – profile popular banyak didominasi oleh para gadis sampaikan haku naik hairan dan berkata kepada diri sendiri “tak popular ke blogger – blogger lelaki neh atau admin Gengblogger neh pilih kasih? asyik gadis je yang selalu dapat tempat.. huh!”. Jadi, disebabkan perasaan ingin tahu dan tidak puas hati (kerana lelaki dikalahkan oleh kaum wanita ..haha) haku terus membuat sedikit kajian dan pemerhatian terhadap laman tersebut kerana ingin mengentahui mengapa profile blogger perempuan lebih popular dari para lelaki.
Popularity: 5% [?]
Option “Read More” menyusahkan atau anda sengaja yang buat susah?
Feb 24th
Semalam haku cukup tertarik dengan salah satu topik forum yang dibuat oleh salah seorang ahli Gengblogger.com iaitu topik “Korang suke ke blogger buat “read More kat post”. Haku tertarik dengan topik tersebut kerana ada rupanya blogger yang anti dengan option “read more” neh dan yang paling haku menghairankan, ada yang menyalahkan internet yang lembab untuk mengatakan tidak kepada “read more” sesebuah entry. Ok, sebelum haku bercerita dengan lebih panjang lebih baik haku minta maaf dahulu kalau – kalau entry haku kali ini menimbukan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Bagi mereka yang tidak suka pada option”read more” itu terpulang kepada anda, tetapi option “read more” sebenarnya sangat penting dalam meringankan dan memperkemaskan blog anda.
Seperti yang korang tahu, option “read more” ini memberi peluang kepada blogger untuk meletakkan lebih banyak entry diruangan homepage dengan meminimakan scroll mouse anda disamping MERINGANKAN blog – blog yang mempunyai banyak gambar atau video pada blog mereka. Cuba anda bayangkan blog tanpa option “read more”, dengan entry yang panjang berjela ditambah pula penuh dengan gambar – gambar, seriously haku bagitau memang lambat dan yang paling utama sekali, memang jenuh untuk scroll sampai kebawah semata – mata mahu mencari entry – entry lama dan old page.
Popularity: 3% [?]


