Murky is On The Way!
Posts tagged gol Switzerland
Sepanyol tumbang dikedai mamak
Jun 17th
Baca je tajuk kat atas tue, mesti ramai peminat – peminat pasukan Spain kecewa dengan kekalahan pasukan kegemaran mereka ditangan pasukan kerdil Eropah, Switzerland 0 – 1. Rata – rata haku tengok sebelum game, ramai yang menyatakan Spain boleh menang mudah terutamanya dari mulut – mulut penyokong Spain. Haku yang kureng dengan pasukan ini pun berharaplah yang pasukan Spain neh bakal tersungkur ditangan Switzerland sebelum game dan akhirnya menjadi kenyataan apabila lepaking haku kat kedai mamak tidak sia – sia apabila melihat team kalah sebentar tadi.
Balik dari mesyuarat dengan penduduk tadi, haku cuba luangkan masa lepak – lepak di kedai mamak untuk menonton siaran langsung Piala Dunia antara Spain dan Switzerland. Saja layan – layan mata melihat gelagat fan Spain menonton live kat kedai mamak sambil melantak roti bakar. Ramai rupanya penyokong Spain neh, hampir 6 kedai mamak haku pergi tuk lihat live game malam tadi dan hampir kesemuanya full house. Last – last, ada satu kedai yang meja dia available, so haku lepaklah kat kedai mamak Kassim Mustapa di Bukit Jambul, Penang. Walaupun TV nya 21 inci, kira jadilah, boleh haku tengok game Spain dan Swiss.
Popularity: 3% [?]


