Murky is On The Way!
Posts tagged Harimau Muda
Pasukan bola sepak Malaysia semakin bagus, FAM?
Nov 10th
Tahniah walaupun tewas! itu antara pujian aku terhadap skuad kebangsaan yang baru sahaja tewas dalam pertemuan menentang pasukan ranking 30 dunia iaitu Jepun dalam perlawanan bola sepak Sukan Asia petang tadi. Walaupun tewas 0 – 2 hasil jaringan Kensuke Nagai dan Hotaru Yamaguchi, ternampak sedikit peningkatan terhadap mutu permainan pasukan Malaysia pada edisi sukan Asia kali ini.
Jika dilihat dari perlawanan sebentar tadi dan juga perlawanan sebelumnya menentang Kyrgyzstan, aku memang berbangga dengan semangat juang anak didik K. Rajagopal dalam edisi Sukan Asia kali ini jika nak dibandingkan dengan edisi sebelum dimana pasukan kebangsaan tewas kesemua perlawanan. Walaupun apapun keputusan menentang pasukan China nanti, aku tetap berbangga dengan pasukan Malaysia kerana berjaya membuktikan kebangkitan pasukan negara di rantau Asia.
Tetapi, kebangkitan pasukan kebangsaan ini bukan bermakna program pembangunan FAM berjaya. Pada hemat aku, pucuk tertinggi FAM kalau meletak jawatannya sekarang, aku yakin, bola sepak Malaysia boleh pergi lagi jauh dari ini. So, pada pucuk pimpinan FAM, janganlah anda bermegah dengan prestasi pasukan Malaysia sekarang dengan mengatakan peningkatan prestasi pasukan Malaysia hasil dari idea anda. Kalau 20 tahun berada diatas tapi hasilnya seperti ini, maka sudah patut sangat anda lepaskan kedudukan anda kepada orang yang paling layak.
Kepada pasukan Malaysia, diharap anda semua dapat melakar kejutan apabila menentang pasukan China nanti dan buatkan peminat – peminat bola sepak negara gembira!
Jom layan highlight pasukan Malaysia
Popularity: 5% [?]
Harimau Muda Ditipu, Orang – Orang FAM makan duit?
Mar 10th
Apa lagi alasan yang bakal diberikan oleh setiausaha FAM Datuk Azzuddin Ahmad setelah segala – galanya terbongkar luas. Pekung yang dibuka melalui email oleh Michal Mertinyak iaitu Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok kepada akhbar Harian Metro semalam telah menceritakan segala – galanya terhadap tindakan kaki kelentong badan induk bola sepak negara ini. Hati peminat mana yang tidak kecewa setelah apa yang diwar – warkan oleh FAM sebenar bohong semata – mata.
Akhbar Harian Metro semalam yang bertajuk Raja Lawak di Slovakia memang benar – benar mengejutkan haku sebagai salah seorang peminat bola sepak tanah air. Jika sebelum ini haku beria – ia memuji tindakan FAM yang menghantar skuad muda negara menimba pengalaman bermain dalam perlawanan kompetetif diluar negara, sekarang aku diantara ribuan peminat bola sepak yang kecewa dengan tindakan FAM menipu hidup – hidup para peminat bola sepak tanah air. Mereka bersungguh – sungguh dan memekik bahawa tindakan mereka berjaya menyelamatkan nasib skuad Harimau Muda, tetapi sebenarnya tidak, mereka bukan saja menggunakan skuad Harimau Muda untuk menutup kelemahan mereka, malah sanggup menipu demi menyelamatkan diri.
Popularity: 7% [?]
Akhirnya Harimau Muda mendapat perhatian
Feb 2nd
Tahniah kepada Azrai Khor dan terima kasih kepada FAM kerana masih mengambil berat terhadap nasib Harimau Muda. Hari ini dibahagian sukan akhbar arus perdana mengumumkan yang skuad Harimau Muda bakal menyertai Liga Divisyen 1 Bawah 21 Tahun di Slovakia. Keputusan yang dibuat hasil daripada mesyuarat Exco FAM semalam jelas memberikan khabar gembira kepada skuad Harimau Muda terutamanya kepada Coach Azrai. Jika sebelum ini coach Azrai melahirkan kebimbangan terhadap nasib anak buahnya yang gagal mendapat tempat di dalam Liga Super dan Liga Singapura, kini beliau boleh merangka strategi bagi menghadapi perlawanan yang bakal mereka tempuhi di Slovakia nanti dan seterusnya memantapkan skuad Harimau Muda.
Bagi Azrai, kegagalan mendapat tempat didalam Liga Super dan Liga – S merupakan satu hikmah kepada skuad beliau. Beliau memang tidak menjangkakan yang para pemainnya akan diberi pendedahan di luar negara.
Popularity: 7% [?]
Kemana hala tuju Skuad Harimau Muda
Jan 21st
Sudahlah tidak mendapat tempat didalam Liga – S, mereka juga dilarang bermain di Liga Super. Itu lah nasib Harimau Muda A dibawah kendalian Jurulatih Azrai Khor Abdullah yang kini tidak dapat merasai perlawanan kompetetif. Tindakkan tidak berakal FAM ini jelas mengundang kontroversi di dada – dada akhbar sejak akhir – akhir ini dan ramai pihak mengkritik tindakan badan induk bola sepak negara yang menolak penyertaan Harimau Muda untuk bermain didalam Liga – M dengan menggantikannya dengan pasukan yang sepatutnya bermain di Liga Perdana iaitu Pahang. Malah, pengkritik sukan, Serbegeth Singh menganggap apa yang berlaku pada skuad ini adalah akibat daripada kesilapan bodoh mereka. Melakukan sesuatu pekara tanpa memikirkan akibatnya.
Popularity: 5% [?]
Harimau Muda naib juara Empat Negara Pra-Sukan SEA
Oct 7th
Malaysia 3 – Vietnam 1
Malaysia 1 – Laos 1
p/s: Hanya dapat lihat persembahan skuad bawah 20 menentang Thailand ari 2, manakala dua lagik perlawanan xdpt sbb kerja..tapi masa melihat perlawanan menentang Thailand masa 2, skuad negara main penuh skill, laju dan fully adapt taktikal coach, cuma alpa bila dah leading pasukan Thailand. diorang juga xgugup dalam perlawanan 2..maybe sebab dah biasa dengan perlawanan kompetetif, maklum lar skuad neh neh kan juara liga perdana..apa2hal pun keep it up Harimau Muda!
Popularity: 1% [?]



