Murky is On The Way!
Posts tagged Hollywood
Green Zone (Film)
Mar 13th
Pernahkah anda terfikir peperangan di Iraq merupakan konspirasi Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menjatuhkan Presiden Saadam Hussain? dan benarkah Iraq, negara yang mundur memiliki senjata pemusnah besar – besaran atau tujuan pendudukan negara – negara penceroboh di negara Iraq adalah untuk mengaut emas hitam yang wujud di bumi Iraq. Walau apapun alasan Amerika dan negara sekutunya menyerang dan menduduki Iraq, tindakan mereka jelas tidak berperikemanusian dan tidak wajar dilakukan sama sekali. itulah mesej yang dicuba disampaikan dalam filem terbaru lakonan aktor kacak Hollywood, Matt Damon dalam filem Green Zone. Filem ini sudahpun ditayangkan diseluruh dunia termasuk Malaysia pada 12 Mac 2010 yang lalu.
Filem yang berlatarbelakangkan suasana selepas perang Teluk ke – 2 mengisahkan seorang pegawai tentera yang bernama Roy Miller (Matt Damon) yang bertugas sebagai pegawai waran didalam unit Mobile Exploitation Team. Dia dan anggotanya ditugaskan untuk mencari Senjata Pemusnah Besar – besaran (WMD) yang dipercayai disembunyikan oleh tentera Iraq sebelum tercetusnya peperangan diantara Iraq dan Amerika. Mensyaki maklumat yang diterima dari CIA tidak tepat, beliau mula mempersoalkan segala maklumat yang diterimanya dari ketuanya. Namun, tindakannya menyebabkan rasa kurang senang dikalangan pihak atasan tentera dan CIA. Ingin tahu kesahihan maklumat yang diterima, beliau mula menjalankan siasatannya sendiri. Dibantu oleh seorang penduduk tempatan yang bernama Freddy (Khalid Abdalla) dan juga salah seorang pegawai CIA yang kurang senang dengan tindakan agensinya, beliau mula mencari Jeneral Al – Rawi yang dikatakan mempunyai maklumat mengenai senjata yang disembunyikan dinegara berkenaan. Setiap klu dan maklumat yang beliau terima, beliau semakin dapat hampir memberkas Jeneral berkenaan. Bukan itu sahaja, beliau juga merasakan yang peperangan yang berlaku di Iraq adalah konspirasi negara asalnya.
Popularity: 3% [?]
The Book of Eli
Feb 26th
Bosan dan slow, itulah gambaran yang boleh haku berikan terhadap filem terbaru lakonan Denzel Washington, The Book Of Eli. Dari apa yang haku lihat dengan reaksi penonton filem ini dipawagam tadi, ramai yang mengeluh dan ada juga penonton yang meninggalkan panggung sebelum filem ini habis ditayangkan. Filem ini sebenarnya sudahpun ditayangkan di Amerika Syarikat pada 15 Januari 2010 yang lalu dan baru ditayangkan di Malaysia pada 25 Februari 2010. Walaupun haku berpendapat filem ini membosankan, ia sudahpun mendapat hasil lebih kurang $100 juta Dollar dan mendapat tempat ke – 2 dibelakang filem Avatar pada minggu pertama tayangannya.
Popularity: 4% [?]
Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief
Feb 12th
Filem terbaru dari Chris Columbus iaitu pengarah salah satu filem sequal Harry Potter , Percy Jackson & The Lightning Thief ( Nama asal filem ini ialah Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief) telah pun ditayangkan dipawagam tanah air pada 11 Februari 2010. Filem ini diadaptasikan dari salah satu novel bersiri Percy Jackson & The Olympian berjudul The Lightning Thief dimana penulisnya adalah Rick Riordan
Filem berkisarkan mengenai pengembaraan anak kepada Dewa Poseidon iaitu Percy Jackson bersama – sama Annabeth Chase anak kepada dewa Athena dan juga makhluk Satyr iaitu Grover Underwood untuk menyelamatkan ibu Jackson yang diculik oleh dewa Hades. Dalam pada itu juga, Jackson telah dituduh mencuri anak panah Zeus dan diburu oleh makhluk – makhluk ganas yang mahu membunuhnya kerana mencuri anak panah dewa tersebut. Dalam usaha mengelakkan peperangan yang melibatkan ayahnya Poseidon dan Zeus, beliau bersama – sama Anna & Grover keluar mengembara dari kem persembunyian anak – anak dewa untuk mencari anak panah tersebut dan juga menyelamatkan ibunya dari cengkaman dewa Hades. Semasa pergembaraan mereka, bermacam – macam aksi dan ujian ditempuhi oleh mereka antaranya bertempur dengan Medusa (makhluk yang boleh menyumpah mangsanya menjadi batu dengan hanya melihat) dan juga raksasa ular.
Popularity: 7% [?]

