Sapa kenal akan TOM CRUISE . . ..yah..kalau ada yang tidak kenal maka mereka bukan seorang yang kaki tengok muvee aka movie..namun coretan haku neh bukan lar berkenaan si pelakun hensem 2..tapi filem yang dibintanginyaa..baru-baru neh haku telah merajinkan diri ke wayang terdekat untuk melihat muvee..namun mata haku tertumpu ke satu filem yang haku rasa menarik, ditambah pula dengan thriller yang ditunjukkan di skrin besar kaunter tiket.. disebabkan tayangan 30 saat yg menarik dan juga melihat pelakunnya adalah Tom Cruise, terus haku ke kaunter tiket untuk membeli tiket wayang tersebut.. ini pertama kali haku melihat Tom Cruise berlakun dalam filem yg berunsur perang..

filem ini merupakan kisah benar dan merupakan salah satu cubaan membunuh pemimpin Nazi Jerman iaitu Hitler yang difilemkan. Filem ini diarahkan oleh Bryan Singer (director X-men) dan dilakunkan oleh aktor terkenal, Tom Cruise. Berlatarbelakangkan tahun 1944, sekumpulan pegawai tentera Jerman telah merancang satu pembunuhan yang ditujukan kepada pemimpin Nazi pada masa itu iaitu Adolf Hitler dan menggunakan Operasi Valkyrie (National Emergency Plan) untuk mengambil alih negara Jerman. Tom Cruise membawa watak seorang Kolonel Tentera Jerman, Claus von Stauffenberg yang merupakan perancang utama pembunuhan pemimpin Nazi itu.

Salah satu sebab mengapa Tom Cruise diambil jadi pelakon utama..
kerna wajah Claus von Stauffenberg (kiri) hampir sama dengan Tom Cruise (kanan)

Bagi pengamatan haku, 3 bintang setengah dari lima bintang dapat haku berikan .. ini disebabkan jalan cerita yang agak slow..namun begitu jalan ceritanya tidaklah sukar untuk difahami kecuali mereka yang langsung tidak tahu mengenai sejarah perang dunia ke-2 mungkin mengambil masa yang lama untuk memahami cerita ini.. aksinya pula hanya dapat dilihat di 10 minit pertama dan 15 minit terakhir filem ..tetapi lakunan pelakun2 dalam filem ini mmg tidak mengecewakan terutama pelakun yang memegang watak Adolf Hitler..hehehe..mmg menjadi watak pemimpin Nazi tersebut..dan overall cite ini boleh dikatakan memuaskan.

So..bagi haku filem ini mmg patut untuk diulang tengok atau dibelinya DVD filem ini untuk dibuat koleksi. Bagi pengemar filem yang menceritakan kisah benar dan perang, haku suggest kan korang menonton filem ini..mmg berbaloi dengan harga tiket yg korang bayar..dan bagi perempuan..haku pun suggestkn korang tgk sbb pelakun dia Tom Cruise..hehehe..mana taknya..pompuankan tak suka tgk cite perang..tapi dalam panggung 2 haku tgk ramai gak pompuan tgk..hahaha..

More About Valkyrie Film

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]